ASSALAMUALAIKUM
ARTIS
.
Aku pernah menyertai pertandingan nyanyian Felda Wilayah Pahang Tengah suatu ketika dahulu. Penyertaanku sekadar suka-suka kerana suaraku biasa-biasa sahaja. Namun pihak pengurusan Felda di kampungku tetap memilihku untuk mewakili rancangan. Mungkin mereka melihat keberanianku berdepan khalayak. Maklumlah, ketika itu aku aktif dalam pelbagai kegiatan belia dan kemasyarakatan.
Pada malam pertandingan, aku menaiki Land Rover Felda menuju ke Sungai Tekam Utara, dihantar oleh seorang kakitangan Felda. Di sana aku bertemu ramai peserta dari pelbagai rancangan Felda. Salah seorang peserta menghampiriku lalu berkongsi kisahnya.
Katanya, dia baru sahaja melahirkan anak. Bajunya sentiasa basah dek susu yang mengalir kerana pada waktu itu sepatutnya dia berada di sisi bayinya untuk menyusukan anak. Namun demi amanah mewakili kampungnya, Felda Sungai Nerek, dia terpaksa meninggalkan anaknya.
Pengorbanannya ternyata tidak sia-sia. Pada malam itu, beliau berjaya muncul sebagai juara pertandingan nyanyian tersebut. Tahun demi tahun berlalu. Kini beliau bergelar datin, manakala suaminya pernah menjadi seorang Yang Berhormat. Rupa-rupanya Datin Normah juga merupakan emak saudara kepada penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza.
.
juara nyanyi -
kembaran baju sejuk
rezeki anak
wah patutle dia menang. Anak saudara penyanyi tersohor. Mesti suara dia sedap kan.
ReplyDeleteMesti sedap kan suaranya... dah anak saudaranya pun memang sedap nyanyi
ReplyDelete