Tuesday, 12 May 2026

SELAMAT HARI JURURAWAT

 ASSALAMUAIKUM



 SELAMAT HARI JURURAWAT

.

Kawan baikku, Zainab Long, memilih kerjaya sebagai jururawat sebaik tamat persekolahan. Hubungan ukhuwah kami terjalin erat hingga kini. Walau jarak memisahkan, beliau tetap sudi mengunjungiku.

Ketika aku berada dalam Akademi SPTA di Facebook, aku turut bersahabat dengan Salmah Amir, Seti Zaleha, Kamarsinah Sarkam dan Hamimah Ibrahim yang juga mantan jururawat. Aku sering merujuk kepada mereka apabila berdepan masalah kesihatan. Maklumlah, aku sendiri kurang sihat dan agak sukar untuk kerap menemui doktor.

Terima kasih sahabat-sahabatku yang sentiasa prihatin dan tidak pernah jemu membantu. Sempena Hari Jururawat, aku titipkan penghargaan buat semua jururawat yang melaksanakan tugas mulia dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang dalam merawat pesakit. Semoga segala pengorbanan kalian dikurniai rahmat serta ganjaran-Nya yang tidak terhingga.
.

12 Mei —
sahabat jururawat
penuh prihatin

6 comments:

  1. Selamat hari jururawat buat yang berkaitan.

    ReplyDelete
  2. Semoga teman kakak semakin sukses dalam karir jururawatnya yaaa. ☺️❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny insyaALLAH kawan2 kak tu semua pesara dah

      Delete
  3. Semalam pun dah ucap n belanja kat adik2 jururawat yang jaga dana kt centre hemodialisis

    ReplyDelete
  4. antara golongan yg byk menyumbang bakti kpd masyarakat

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”