BAHANA PERANG
.
Mudarat perang memang ketara menyusahkan
kehidupan yang terlibat atau tidak. Justeru maslahahnya berangkai-rangkai
menyangkut semua. Selain kehilangan nyawa yang tewas, kemusnahan harta benda,
penularan penyakit juga menyebabkan kos sara hidup meningkat drastic dengan
asbab yang relevan atau pihak peniaga mengambil kesempatan daripada situasi
semasa. Seperti ketika kini kala Iran sedang melawan serangan USA dan sekutunya
dan Selat Hormuz yang menjadi laluan kapal pengangkut minyak di negara Asia Barat
terpaksa demi menjaga keselamatannya. Maka harga minyak pun melonjak tinggi
kerana permintaan yang banyak tapi bekalannya berkurangan. Kenaikan harga
minyak menyebabkan harga barangan runcit dll turut naik berganda kerana kos
produk dan penghantaran. Nilai duit semakin hari kian kecil. Aku bukanlah pakar
ekonomi. Namun terpaksa memikirkannya kerana kewanganku daif. Tapi tetap perlu
membeli segalanya dengan harga yang tidak mampu dibayar. Tidak lama lagi akan
menyambut hari raya pula. Walau apapun kesulitan membelit masih tetap bersyukur
nikmat-Nya melindungi kehidupan daripada azab yang tidak tertanggung.
.
akhir Ramadan -
barangan keperluan
tambahan angka
DAM DAM DUM!
Dam dam dum bunyi mercun
kanak-kanak segera datang berduyun
dam dam dum mercun berdentum
semaraklah hari raya ini tahun.
Itulah senikata stanza lagu raya nyanyian Biduanita Negara, Saloma bahagian
akhir sebelum ditiadakan baris-baris itu kini untuk menyesuaikannya dengan
situasi era sekarang yang melarang permainan mercun pada musim perayaan atau
bila-bila masa. Walau dilarang/diharamkan, penjualannya berleluasa juga.
Tapi kala 60-70an tidak ada larangan itu sebab itu senikata lagu raya Saloma
itu kedengaran syahdu dan indah harmoni menggambarkan keriaan suasana hari
raya. Tidak pula berita akhbar, radio, TV semasa yang melaporkan tentang
kecederaan, putus tangan/kaki, buta mata dll akibat bermain mercun.
Mungkin saja cara pemberitaan dahulu tidak terlalu menyeluruh. Itu cuma anggapanku saja.
Tika ini tidak boleh lagi begitu. Hak asasi manusia yang tidak mahu terganggu
dengan bunyi bingit letusan mercun sentiasa disuarakan.
Sedikit petikan di ambil dalam sembang pagi radio PAHANG FM "Koi tak kira
koi nak main mercun bola juga, koi nak baling kat depan rumah te."
"Nape aok marah sangat te? Tanya DJ
"Mestilah koi marah anak koi nak tidor, anak koi baby lagi, deme lentum
lentam main mercun...tak reti base betul...yang main tu bukan budak-budak tapi
bapak budak...dah guana?"
Hmm. Aku gelak kecil.
Apalagi media massa cakna dengan cerita kemudaratan akibat bermain mercun. Dada
akhbar, media sosial sentiasa ada berita tentang itu setiap kali menjelang
raya. Bermain tapi menimbulkan mudarat baiklah tak usah dibuat, menurutku.
Lagipun bermain mercun menyambut puasa dan hari raya bukan budaya Melayu sejati.
Boleh jadi kita tidak tahu mengendalikan permainan ini seperti orang Cina. Maslahah
mengakibatkan mudarat memang wajib dihindari.
..
Corong
radio -
senikata
lagu raya
sketsa kelmarin

Masih teringat2 lagi lagu saloma ni walau dah lama tak berkumandang
ReplyDeletetksh wp ya lagu raya saloma sesuai situasi semasa dulu kut
Deleteharu biru, keluh kesah..semua ada bimbang gundah gulana, keningau dah dua hari tak ada jual beras di mana2 marekt..bingung dah makan apa jika beras tak ada stok..
ReplyDeletetksh cikgu yaka beras xda tanda2 harga nk melonjak tu
Deletekan... kesan perang tu bkn jauh pun, tp kita rs dkt pd harga barangan & kehidupan harian...
ReplyDeletetksh anies xperang harga barang melambung tambah lagi perang
DeletePerang ini membuat 1 dunia sengsara. Memang benci sangat dengan Trump dan sekutunya yg 1 itu. Ntah kapan lah mereka akan merasakan azab nya.
ReplyDeleteMercon ini pun saya tak suka. Dulu saya lama tinggal di Aceh kak. Lalu ketika suasana Aceh panas dengan perang antara GAM (gerombolan Aceh merdeka) dan militer Indonesia, saya takuuut dengar suara ledakan bom dan senjata mereka. Krn mereka perang di hutan belakang rumah saya, sampai pernah pelurunya terkena ke jendela rumah kami.
Sejak itu saya takut dengar suara2 keras macam mercon. Mengingatkan saya dengan suara ledakan2 saat msh di Aceh