ASSALAMUALAIKUM
FILEM SILAM
.
Layar filem
klasik
paparan latar
hitam putih
dahulu
.
Rakam warna
samar
cerita mudah
kehidupan
semalam
.
Sekadar menghadap
suratan takdir
sejak dari
azali
.
Tenang tempuh duga
walau merasa
amat sukar
sekali
KECAMUK
.
Kelam-kabut gerak
arahnya kalut
entah apa
tujuan
.
Mangkin cetus runsing
mungkinkah rusuh
huru hara
tragedi
.
Mohon Allah
hindar
kegelisahan
jerut jiwa
tiasa
.
Damba hanya tenang
merangkul tabah
berhadapan
bahana
SAHABAT GRAHA
Kamarsinah Sarkam
di hari lahir
doa moga
afiat
.
Allah limpah
rahmat
murah rezeki
hidup jaya
tiasa
.
Tulis ilham
indah
di Graha Karya
ukir seni
puisi
.
Salam santun
kasih
ukhuwah erat
moga kekal
abadi
MERINDU MIMPI
.
Sirna bayang mimpi
dalam gelita
pencarian
terhenti
.
Tunggu malam jelang
lena beradu
harap jua
adanya
.
Tafsir makna citra
majas ruangan
di awangan
kayangan
.
Masih gantung impi
kehilangannya
sementara
sahaja

puitis
ReplyDeletetksh Dana simpan karya sini
Delete