ASSALAMUALAIKUM
.
Perancangan pasti
segala bongkar
satu-satu
rahsia
.
Tercengang memandang
hadam cerita
sukar rasa
menelan
.
Namun masih bingung
lama melengung
tafsir isu
semasa
.
Bertanya mengapa
tragedi ngeri
bebas laku
durjana
.
HAIKU
Membina
puisi
tradisi
Jepun
haiku
itu
ujian
.
Minda
gelut fikir
mencari
kigo
jangan
lupa
kireji
.
Wajah
citra pasti
makna
tersirat
akhir
baris
selesai
.
Nampak
amat mudah
frasa
digabung
tiga
baris
sahaja

dulu masa belajar TESL di UM, ada belajar buat haiku ni dalam Bahasa Inggeris. Tp skrg dah lupa caranya. huhuhu...
ReplyDeletetksh cikgu puisi haiku ni agak sukar ditulis sbb tu diajar pada pelajar tahap tinggi
DeleteHaiku ni apa kak PI, sori lah bertanya sebab kite bukan orang sastera.
ReplyDeletetksh dik haiku ni puisi tradisi Jepun
DeleteBaru tahu haiku tu puisi jepun....
ReplyDeletetksh Dana ya haiku puisi tradisi Jepun
DeleteSelamat berkarya
ReplyDeleteAwalnya tak paham apa itu haiku. Lalu saya Googling dan cari contohnya. JD paham. Puisi jepang tp singkat yaaa. 3 baris supaya bisa dibaca dalam 1 napas. Tp pasti nya tak mudah membuat ini
ReplyDelete