ASSALAMUALAIKUM
PAUTAN
Paut-memaut
kait-mengait
antara lain
saling mengikat
ukhuwah kasih
sulaman bait
erat genggaman
salam melekat
.
Suri suami nyalakan cinta
merah membara
haba meruang
sandarkan duka
bersukacita
berkongsi asa
cekal berjuang
.
Zahir cahaya mata warisan
sentuhan ilmu
tarbiah kalbu
tanggungjawabnya
tanpa alasan
belaian manja
ayah dan ibu
.
Berdegup jantung beriring detik
wujudnya kecil
tumbuh dewasa
mekarlah puspa
rangginya cantik
wira arjuna
lindungan sasa
.
Berbahagia seni santunan
negeri
keluarga damai bina
imam teraju
akur pimpinan
rancang
rencana nyata laksana
.
Kaitan hidup sudah takdir-Nya
seandai kaya
membantu daif
cakna segala
susah payahnya
lantera ilmu
suluhan naif
.png)
Hidup ini indah bahagia bila kita bersyukur dan menghargai..
ReplyDeletetksh cikgu ya hargai kehidupan kerana kita semua ada kaitannya
Deletesuka tengok foto tu.. rumah kampung dinding kelarai, bumbung ijok.. berlari tak pakai selipar pijak jalan tanah merah.. teringat-ingat
ReplyDeletetksh ustaz ya suasana silam bersama alam n kenangan indah
Delete