ASSALAMUALAIKUM
DRAMA TOPENG
.
Ruang drama
pentas
aktor bertopeng
peranannya
memukau
.
Tabir bayang
wayang
selak perlahan
perhatian
teruja
.
Hibur lindung walang
sekian lama
dura lara
gelita
.
Biar aksi
rencam
bertukar gaya
demi tarik
tumpuan
TEKNOLOGI PALSU
Waspada
maklumat
kebenarannya
fikir lama
teliti
.
Sumber nyata
kutip
olah jawapan
pertanyaan
penyoal
.
Simpan sikit
ragu
kecerdasannya
sederhana
minima
.
Bijaksana
minda
manfaat guna
anugerah
Ilahi

Teruskan berkarya..sajak dan cerpin..sentiasa membaca menjadikan minda sihat
ReplyDeleteTKSH CIKGU YA MENULIS MEMBACA TERAPI MINDA
Deleteteknologi palsu tapi ramai yg tertewas
ReplyDeletetksh anies ya tknologi palsu yg menipu
DeleteWaspada selalu..
ReplyDeleteTeknologi palsu , banyak yg terkecoh dan menjadi korban. Harta hilang diambil orang
ReplyDelete