Monday, 8 September 2025

SARJAN HASSAN

 ASALAMUALAIKUM

SARJAN HASSAN
.



Filem Sarjan Hassan merupakan sebuah karya agung yang terus diminati ramai sejak ditayangkan pada tahun 1958 hingga kini. Seniman ulung Tanah Air, P. Ramlee, memegang watak utama sebagai Sarjan Hassan.
Menurut seorang kurator Muzium Negeri Sembilan dalam sebuah vlog, filem tersebut diinspirasikan daripada kisah benar perjuangan Sarjan Hassan bin Othman menentang musuh negara. Sarjan Hassan mendapat pendidikan awal di sekolah agama sebelum menyertai tentera dan menjalani latihan rekrut di Rejimen Askar Melayu, Depoh Port Dickson pada tahun 1946. Beliau terdorong menyertai angkatan tentera setelah anak, isteri, dan ibu mentuanya dibunuh oleh gerombolan Komunis yang merampas makanan di kampung.
Sebagai seorang anggota tentera, beliau berkhidmat dengan penuh keberanian dan berjaya menewaskan 11 anggota Komunis. Atas jasa dan pengorbanannya, Ratu Elizabeth II menganugerahkan beliau pingat Military Medal pada 1 September 1952, disampaikan melalui Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray.
Sarjan Hassan turut menulis pengalamannya menentang Komunis, yang dijadikan skrip persembahan di pelbagai majlis. Ketika Sarjan Hassan bersama kumpulannya membuat persembahan drama di Ipoh, P Ramlee turut menontonnya. Tertarik dengan kisah perjuangan itu, P. Ramlee meminta Sarjan Hassan menulis skrip. Beliau menerima bayaran sebanyak 10 ribu ringgit hasil penulisannya. Namun, skrip asal yang menekankan penentangan pasukan tentera terhadap Komunis dipinda oleh pihak penerbit untuk disesuaikan dengan suasana ketika itu yang menekankan keharmonian hidup berbilang kaum.
Menjelang 10 hari sebelum pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, Sarjan Hassan sekali lagi mencatat jasa besar antara tentera terlibat berjaya menggagalkan cubaan sabotaj oleh kira-kira 500 anggota Komunis di Waterfall Estate, Rawang.
.

Hari Tentera –
Sarjan Hassan Bin Othman
sentuhan wira

8 comments:

  1. wira tanah air yang telah mengorbankan keringat, masa dan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. moga Allah mencucuri rahmat ke atasa rohnya..

    ReplyDelete
  2. Wira yang mempertaruhkan nyawa demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  3. teringat semula cerita dalam filem Sarjan Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh wp tahun ni depa xtayang sarjan hassan sempena merdeka

      Delete
  4. jiwa pahlawan mempertahan tanah air, sedih dengan apa yang sedang berlaku sekarang, kita bagai di jajah semula kerana ras yang menguasai pentadbiran tidak peka pada kedaulatan dan sejarah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tksh ana benar mrk meraikan merdeka dgn gembira n xmemperingati para pejuangnya

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”