Thursday, 21 August 2025

PANGLIMA AWANG

 ASSALAMUALAIKUM



PELAYARAN PANGLIMA AWANG

#1

Bermula  syair irama merdu,

lafaz bismilah luahan syahdu,

Panglima Awang kisah berpadu,

pelayar laut   asa soldadu.

#2

Nama  Enrique dalam sejarah,

dari Zamatra lintas daerah,

terlalu jauh langkahan hijrah,

lawan Portugis dayanya kerah.

#3

Muda  belia waja perkasa,

semangat juang dirinya sasa,

pada Melaka tumpahkan jasa,

siap siaga senantiasa.

#4

Gara  Alfonso De Albuquerque,

Ferdinand  Magellan sama laku,

hasad khianat telah terpaku,

tawan Melaka mencengkam kuku.

#5

Mereka  saling bekerjasama,

harta ghanimah kaut bersama,

pantas kalahkan para panglima, 

jadikan hamba niat utama.

#6.

Panglima  Awang turut ditangkap,

tersalah langkah masuk perangkap,

di dalam kapal tiada tingkap,

terkedu kata berubah sikap.

#7

Pada  Magellan menghamba diri,

berubah wajah menjadi Henry,

the  Black pula gelaran beri,

rentas lautan berhari-hari.

#8

Kemahirannya  dipergunakan,

pelayarannya arah pastikan,

kebolehannya diperhatikan,

raja Sepanyol pun meraikan.

#9

Sanggup  tunaikan hasrat Magellan,

pusing dunia siap bekalan,

dana biaya untuk berjalan,

kapal Trinidad  layar berbulan.

#10

Panglima Awang hamba tebusan,

Magellan  beri kan pelepasan,

bersama-sama usai urusan,

lautan luas hujung garisan.

#11

Menolak  sopan saranan nikah,

gadis Sepanyol sempurna tingkah,

adik Magellan ayu melangkah,

enggan hatinya memijak takah.

#12

Iktikad  Islam kuat imannya,

konon dibaptis lakonan hanya,

agar terjaga sejahteranya,

rakan kenalan hormat dirinya.

#13

Terus  belayar siang dan malam,

meredah ombak segara dalam,

barat dan timur serata alam,

temu benua jelajah kelam.

#14

Laut  Atlantik layar bergulat,

arus Pasifik antara julat,

pilih sempena tiada ralat,

nama Magellan letak di selat.

#15

Ramai  kelasi yang ikut serta,

juga Antonio Pegafetta,

setiap waktu tulis cerita,

riwayat lama tersurat fakta.

#16

Panglima  Awang pandai bahasa,

terjemah makna sudah biasa,

perantaraan jadi selesa,

hubungan mudah antara bangsa.

#17

Turut  bersama pergi berperang,

tanah Afrika juga diserang,

keperwiraan bukan sebarang,

jati dirinya ternyata terang.

#18

Di pulau  Cebu Trinidad henti,

Rajah Humibon telah menanti,

suarakan pula hasrat di hati,

serang Lapu Lapu bunuh mati.

#19

Tidak  menjadi akan rencana,

tewas Magellan tika di sana,

tamat usia padah mengena,

tinggallah sudah dunia fana.

#20

Panglima  Awang nasib selamat,

pulang ke kapal laku bercermat,

laju Trinidad arah berhemat,

pulau Maluku hentian tamat.

#21

Tiba  di sana Trinidad rosak,

kapal Victoria nyata lasak,

bawa kelasi kala terdesak,

jadi pengiring lengkap berpasak.

#22

Panglima  Awang hilang di sini,

tuju Melaka bawa begini,

hai Taming Sari keris berseni,

pedang Curia Si manjakini.

#23

Panglima  Awang azam sungguhnya,

usaha cari dan temuinya,

negeri Perak nasab sultannya,

akhir budinya besar jasanya.


6 comments:

  1. baru hari tu sy terbaca komen kat tik tok
    ada someone up video psl dato' azhar mansor
    katanya dato' azhar pelayar pertama dari malaysia
    tapi mungkin mereka lupa tentang panglima awang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies panglima awang melayu pertama belayar keliling dunia tercatat sejarahnya

      Delete
  2. Sejarah lalu..kita pelajari demi Negara tercinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu belajar sejarah kenal identiti kita

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Saya ada beberapa buah buku berkenaan Panglima Awang. membaca kisah yang diceritakan menjadikan saya hanyut dan berimaginasi jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam amiin tksh ustaz...yaka mmg seronok baca buku sejarah tokoh ni pengalaman pada zaman silam mengujakan

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”