Friday, 4 July 2025

NYANYUK

 ASSALAMUALAIKUM



NYANYUK
.
Setelah usia semakin bertambah banyak, ingatan seseorang kian lemah. Selalu saja terlupa sesuatu. Akibatnya akan menimbulkan mudarat. Misalnya kalau terlupa menutup dapur gas kala memasak. Aku pun pernah mengalaminya. Habis hangus rentung bubur kacang kumasak kerana aku leka berada di luar rumah, bersembang dengan jiran-jiranku. Sejak kejadian itu aku lebih berwaspada agar tidak berulang lagi. Bimbang juga kelalaianku itu menyebabkan aku kehilangan rumahku disambar api. Kadangkala tika bersolat pun selalu terlupa beberapa rokaatnya. Terpaksa diulang lagi lakukan solat agar yakin sempurna ibadahnya. Daripada perkongsian info di media massa kuperolehi untuk mengelak lupa membawa nyanyuk, elok amalkan membaca al-Quran setiap hari. Rajin membaca dan menulis. Selain itu amalkan pemakanan berkhasiat juga cuba elak mengambil makanan berasam yang boleh menjejaskan kesihatan otak.

Nuzul al-Quran –
surah amalan Muslim
sains afiat

9 comments:

  1. Minta dijauhkan lah dari penyakit nyanyuk...

    ReplyDelete
  2. Semoga tak berlaku kepada kita semua, doa adalah senjata umat Islam..minta kepada Allah husnol khotimah

    ReplyDelete
  3. Nasihat yang baik..elak makanan asam..infor kesihatan

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam.
    Terima kasih perkongsiannya Kak PI.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak PI atas peringatan itu kerana sy pernah terlupa tutup api dapur gas sampai hangit periuknya...

    ReplyDelete
  6. Cheq akan cuba mengelak makanan yang berasam mulai dari sekarang huhuu...

    ReplyDelete
  7. Takut juga sebenarnya kalau nyanyuk

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak paridah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    kebiasaanya semakin usia meningkat, ingatan mula berkurangan walaupun tidaklah mesti. Elok juga diamalkan doa yang diriwayatkan Imam Bukhari, mudah2Nan Allah jaga daya ingatan kita..

    'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat kedekut, dan aku berlindung kepada-Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk (dikembalikan kepada umur yang paling hina), serta aku memohon perlindungan-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur.'

    Boleh juga amalkan surah al-A`laa ayat: 6 utk pulihkan penyakit nyanyuk dan lupa.
    Letakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat dan membaca ayat ini sebanyak 7X

    Wallahu ta`ala a`lam

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”