Friday, 18 July 2025

BELIMBING BULUH ASAM BOI

 ASSALAMUALAIKUM



LAMA PI TAK KONGSI RESEPI MUDAH...TERJUMPA HANTARAN PENULIS  PUAN SRI DIAH SHAHARUDI DI FB BELIAU TERTARIK JUGA...MANA TAU KUT ADA YANG INGIN CUBA KALAU KEBETULAN ADA BELIMBING BULUH DI RUMAH

Belimbing Asam Boi.
Fuhh. Sedapnya sampai boleh dikunyah begitu sahaja. Setengah piring boleh sekali hadap. Hahaha, jangan salahkan saya tau.
Mari saya ajar.
1. Setengah kilo belimbing buluh dibersihkan. Masukkan dalam bekas plastik.
2. Masukkan garam dua sudu besar dan tuangkan air suam 500 grm. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing itu.
3. Selepas seharian buang air garam dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan sepuluh biji asam boi putih.
4. Kacau sebati dan tuangkan air suam 500 gm. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari baru boleh makan sebab nak bagi rasa asam boi meresap dalam belimbing.
5. Lagi lama lagi sedap.
▪️Okey inilah yang saya janjikan semalam. Siapa yang mesej, yang WhatsApp, yang Telegram dah dapat resipi ini tapi tak buat, memang nak kena rotan!

17 comments:

  1. Ya allah kecur air liur SA, tengok gambar dan baca resepi pun dah kecur...

    ReplyDelete
  2. Alahaiiii pokok belimbing buluh kat kg dah nak mati lah pulak. kalau tak boleh buat sebab buahnya besar sizenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh notie boleh suburkan semula sebelum mati pokok ni hidup lama

      Delete
  3. sedapnya kak.....kecur air liur huhuhu...dulu arwah nenek rajin buat, bersusun ...ada yg jeruk ada yg manis (tatau nama)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh miza yaka org lama mmg rjn olah apa yg ada sbg makanan xyah nk beli semua

      Delete
  4. wahh..kalau kat kampung Taufik sampai terbuang buang belimbing buluh ni huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik banyak kegunaan belimbing ni jgn biarkan terbuang berkhasiat utk kshtan

      Delete
  5. x pernah makan jeruk belimbing buluh ni. kalau bubuh dlm masakan tu biasa la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu boleh buat jeruk n masukkan dlm masakan sambal sedap juga

      Delete
  6. uiii sedapnyaaa kalau mkn dgn nasi, ikan goreng dan sambal belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies ya terbuka makan nasi bertambah

      Delete
  7. tengok pun dah kecur air liur kak oi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dana ya kecur liur rasa masam manis

      Delete
  8. Rasa asam ni kan...dah jadi jeruk pasti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu ya asam masakan sedap dah jadi jeruk

      Delete
  9. Uwaaaah manisan belimbing wuluh 😍😍😍😍. Tak pernah tahu belimbing wuluh dibuat manisan seperti ini. Berarti rasa asamnya dah berkurang sangat yaaa. JD terpikir nak buat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”