Thursday, 31 July 2025

KATARSIS

 

Assalamualaikum



 


Alhamdulillah KATARSIS, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak Sifu. Antologi terbitan Akademi SPTA ini merupakan 117 puisi  pelbagai genre karya 32 penulis Akademi SPTA sempena meraikan jelang Aidilfitri dan Aidiladha amat indah. 3 puisi setiap penulis dipilih daripada grup GRAHA KARYA @Facebook. Antara puisinya, limerick, saduka, kuatrin, ikatan berima, sajak, akrostik, rondel, sajadah, terza rima, terset, soneta, tanka, haibun, prosa, tautogram. Terima kasih banyak Sifu kesudiannya.  Tiga  puisi PI terselit dalam antalogi ini;

 

1. Sambal Itam Pahang - haibun

2. Sekuntum Momen – sajak prosa

3. Mengapa - tautogram

 

 

Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya

Sekiranya ingin memiliki antologi ini sila hubungi penulisnya atau penerrbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.

Wednesday, 30 July 2025

PENGLIPUR LARA MEDIA MAYA

 ASSALMUALAIKUM



PENGLIPUR LARA MEDIA MAYA

 

Penghibur  massa mengurai duka

isu semasa amatlah peka

riuh celoteh

tiada letih

kadang pendengar perih terluka

.

Tajuk  pilihan pembuka kata

menguja dengan mengata-ngata

abai peduli

terasa mangli

pening menyaring maklumat dusta

.

Penglipur  lara media maya

anggun wajahnya tampan bergaya

kerjaya baru

fakta keliru

ceriteranya sukar percaya

.

Ternyata  sikap amat berani

sentuh semua itu dan ini

jadi pengampu

tujuan tumpu

melalut pula buntu begini

 

 


Tuesday, 29 July 2025

NILAI RATNA

 ASSALAMUALAIKUM





NILAI RATNA
.
Sinar cerlang
aura gilang
harga ratna
nilai cakna
.
Teguh utuh
uja sentuh
ingin milik
erat kilik
.
Namun takdir
tentu hadir
kala hilang
rundung walang
.
Perlu jaga
jiwa raga
hati-hati
agar pasti

 

SAWAH PADI

.

Atas  batas

jalan pantas

sawah luas

lihat puas

.

Peluh  tumpah

hasil limpah

tanam padi

subur jadi

.

Burung  ciak

ria biak

ikan renang

senang wenang

.

Gara tani

dulu kini

ulang kerja

titi senja


Monday, 28 July 2025

PERANGKAP KEPERCAYAAN

 ASSALAMUALAIKUM



PERANGKAP KEPERCAYAAN

.

Keyakinan  memerangkap kepercayaan tanpa peduli apa pun

buang kebenaran nyata depan mata pinggirkan sisi

biarkan segala kebohongan menipu pandang

asal bahagia teruskan sahaja permainan

meski kemelut belit kemahuan tulen

sanya iman prinsip genggam

perangkap percaya salah

terbuka kunci

.

Terbuka kunci

perangkap percaya salah

sanya iman prinsip genggam

meski kemelut belit kemahuan tulen

asal bahagia teruskan sahaja permainan

biarkan segala kebohongan menipu pandang

buang kebenaran nyata depan mata pinggirkan sisi

Keyakinan  memerangkap kepercayaan tanpa peduli apa pun



Saturday, 26 July 2025

GELOMBANG HABA

 ASSALAMUALAIKUM



KARYA PILIHAN
❤ Paridah Ishak
GELOMBANG HABA
(Sonian)
Salam Sabtu hari Sejana moga rencana usai sempurna.
Alhamdulillah terima kasih Sifu Tabir Alam sudi pilih puisi sonian karya kakpidah dan diadaptasi dalam grafik menarik @ GRAHA KARYA.
Pic Sifu TA(C)

GELOMBANG HABA

Haba  bergelombang

panas membara

siang malam

terasa

Dedaun pun  gugur

pohon gerigis

percik api

terbakar

Debu halus spora

ruangan alam

lintas batas

sempadan

Mentari tenggelam

cahaya samar

ulang citra

jerebu


Friday, 25 July 2025

BUDI BAHASA

 ASSALAMUALAIKUM



SYAIR BUDI BAHASA
.
Inilah syair budi bahasa,
tandanya kita orang berbangsa,
hidup di kota atau di desa,
adab dijaga senantiasa.
.
Budi bahasa disanjung tinggi,
sifat mulia tidaklah rugi,
bijak bestari sisih meranggi,
berbuat baik pelbagai segi,
.
Budi bahasa budaya kita,
warisan lama sudah tercipta,
didikan diri mencapai cita,
walau ke mana arah merata
.
Budi bahasa insan budiman,
ambil yang benar jadi pedoman,
mudah berkawan atau berteman,
tidak bermusuh hidup pun aman.
.
Puisi syair melodi indah,
ceria rasa hapuslah gundah,
gubahan kata susunan madah,
coretan kalam usailah sudah.

Thursday, 24 July 2025

DARIPADA CEMPEDAK BAIKLAH NANGKA

 ASSALAMUALAIKUM




Sigai dedalu melurut kayu,
balam di huma menggetus rata,
mua rasanya lembab membasah;
bagai lalu hangus surut layu,
dalam dilema memutus kata,
kedua-duanya penyebab susah.
.
Adinda hendak carilah bingka,
senda sumandak mengolah nada,
redup ke bandar ada agenda;
daripada cempedak baiklah nangka,
daripada tidak baiklah ada,
hidup sekadar seada-ada.
.
Penghulu Langka mengira-ngira,
peti suasa isinya sundang,
bertam berumpun sewarna perah;
terlalu suka berpura-pura,
seperti rasa manisnya udang,
hai ketam pun berwarna merah.