RIMA AKHIR DAFTAR SUKU KATA & PENGGALAN BUNYI
Genre : Daftar Lema
Penulis : Tabir Alam
Penerbit : SPTA
Nombor ISBN :789672 994588 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 145
Harga: 22 RM
Pengulas : Paridah Ishak
Rima Akhir Daftar Suku kata & Penggalan Bunyi merupakan buku terbaru terbitan SPTA tulisan Abdullah Abd.Rahman dikenali dengan nama pena Tabir Alam. Beliau seorang penulis prolifik telah menerbitkan sejumlah buku secara persendirian juga menyelenggara terbitan lebih 100 antologi penulis Akademi SPTA yang mana beliau selaku admin.
Penulis mengenengahkan idea penulisan yang memerlukan rima akhir dalam pemilihan diksi untuk memantapkan puisi moden atau tradisi. Sekadar rima rawak agak mudah menyesuaikannya. Tapi rima akhir yang selari sempurna agak sukar menelitinya.
Sekiranya memerlukannya terpaksa menyelongkar kamus DBP.
Penulis memudahkan pemuisi menyelesaikan masalahnya hanya dengan merujuk buku ini untuk menentukan rima sempurna agar karya puisi lebih indah.
Makna setiap perkataan juga diberi penjelasan yang tepat. Naskhah ini menambah ilmu pengetahuan berkenaan kosa kata bahasa Melayu yang teramat luas perbendaharaannya.
Naskhah Rima Akhir Daftar Suku Kata dan penggalan bunyi, Penulis menghimpunkan perkataan dari dua dan tiga suku kata dari kata dasar yang selalu digunakan yang selalu digunakan dalam pantun, syair, gurindam dan seloka yang terikat.daftar rima akhir melibatkan 23 abjad kecuali E, Q dan X.
maknanya huruf V pun termasuk sekali ya? menarik ni!
ReplyDeletetksh anies ya v pun ada
DeleteTahniah kepada penulis
ReplyDeletetksh wp alhamdulillah
DeleteOk dibaca dgn baik.. tiada 3 huruf yg digunakan.. menarik utk dibaca.. 😊
ReplyDeletetksh cikgu ya menambah tahu
DeleteMantap laaaa penulis
ReplyDeletetksh dik...penulis kerjanya menulis heh heh
DeleteSaya sering cek kamus sinonim, antonim atau pun kamus Rima yg berisi Kata2 Indonesia. Sebab dengan begitu diksi kita bisa jadi semakin banyak saat menulis puisi atau pun prosa kan
ReplyDeletetksh fanny kak rajin juga guna web rima tapi la ni masalah pula nk buka
Delete