Thursday, 12 June 2025

RIMA AKHIR DAFTAR SUKU KATA DAN PENGGALAN BUNYI

 RIMA AKHIR DAFTAR SUKU KATA & PENGGALAN BUNYI

Genre : Daftar Lema

Penulis : Tabir Alam

Penerbit : SPTA

Nombor ISBN :789672 994588  ( Sastera Kehidupan)

Bilangan mukasurat : 145

Harga: 22 RM

Pengulas : Paridah Ishak


 


Rima Akhir Daftar Suku kata & Penggalan Bunyi merupakan buku terbaru terbitan SPTA tulisan Abdullah Abd.Rahman dikenali dengan nama pena Tabir Alam. Beliau seorang penulis prolifik telah menerbitkan sejumlah buku secara persendirian juga menyelenggara terbitan lebih 100 antologi penulis Akademi SPTA yang mana beliau selaku admin.


Penulis mengenengahkan idea penulisan yang memerlukan rima akhir dalam pemilihan diksi untuk memantapkan puisi moden atau tradisi. Sekadar rima rawak agak mudah menyesuaikannya. Tapi rima akhir yang selari sempurna agak sukar menelitinya.


Sekiranya memerlukannya terpaksa menyelongkar kamus DBP.

Penulis memudahkan pemuisi menyelesaikan masalahnya hanya dengan merujuk buku ini untuk menentukan rima sempurna agar karya puisi lebih indah.


Makna setiap perkataan juga diberi penjelasan yang tepat. Naskhah ini menambah ilmu pengetahuan berkenaan kosa kata bahasa Melayu yang teramat luas perbendaharaannya.

Naskhah Rima Akhir Daftar Suku Kata dan penggalan bunyi, Penulis menghimpunkan perkataan dari dua dan tiga suku kata dari  kata dasar yang selalu digunakan yang selalu digunakan dalam pantun, syair, gurindam dan seloka yang terikat.daftar rima akhir melibatkan 23 abjad kecuali E, Q dan X.  

10 comments:

  1. maknanya huruf V pun termasuk sekali ya? menarik ni!

    ReplyDelete
  2. Ok dibaca dgn baik.. tiada 3 huruf yg digunakan.. menarik utk dibaca.. 😊

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tksh dik...penulis kerjanya menulis heh heh

      Delete
  4. Saya sering cek kamus sinonim, antonim atau pun kamus Rima yg berisi Kata2 Indonesia. Sebab dengan begitu diksi kita bisa jadi semakin banyak saat menulis puisi atau pun prosa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny kak rajin juga guna web rima tapi la ni masalah pula nk buka

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”