ASSALAMUALAIKUM
CERITERA SERATUS TAHUN
Mula perang
dunia pertama
rampas kuasa penuh muslihat
menguasainya niat utama
gabung sekutu naratif jahat
.
Lemahlah empayar Uthmaniah
penjarah jajah negara Islam
menukar pegangan rohaniah
unsur mazmumah segera sulam
.
Berlaku perang dunia lagi
kali kedua adu senjata
himpun ghanimah galak bahagi
adikuasa penentu kata
.
Wilayah Arab
di timur tengah
norma hidupnya berubah corak
jajah Palestin tanpa berlengah
Zionis ligat mengatur gerak
.
Sudah seratus tahun berlalu
mencipta onar gila perintah
di akhir zaman mengukir pilu
membujur lalu melintang patah
Semoga yang baik2 je...sebagai umat ISlam,memang dah akhir2 nie...
ReplyDeleteBila fikir2 kan..amalan yang ada pun tak seberapa...Allahakbar, semoga Allah pelihara kita semua..aamin
amiin tksh dik ya umat Islam tiasa diasak hati2 tiasa
DeleteKata-kata puitis, simbolik tersirat
ReplyDeletetksh cikgu sokongannya
DeleteSelagi Islam tidak bersatu selagi itu akan ditindas
ReplyDeletetksh wp ya betul tu bersatu tambah kuat xbersatu mudah diceraikan
Deletekita rasa bertuah kerana telah merdeka
ReplyDeletetksh dik ya merdeka n bijak mengurusnya
Deleteooo seratus tahun selepas kejatuhan empayar uthmaniah ya...
ReplyDeletetksh anies ya sudah seratus tahun kejatuhan uthmaniah
Delete