ASSALAMUALAIKUM
KUALA TERENGGANU, 27 Jun 2025 – Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu telah menyaksikan penganugerahan dua kategori khas, iaitu Anugerah Keluarga Lengkap Mithali dan Anugerah Keluarga Tunggal Mithali sebagai penghormatan kepada institusi keluarga cemerlang.
Penerima Anugerah Keluarga Lengkap Mithali ialah Mat Husin @ Mat Rawi bin Hamat bersama isteri, Noor Laila binti Abdul Hshapar dari Setiu, manakala Anugerah Keluarga Tunggal Mithali disampaikan kepada Abu Bakar bin Ali dari Kuala Terengganu.
Setiap penerima membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan menyempurnakan penyampaian dalam majlis yang penuh gilang-gemilang di Wisma Darul Iman.
Anugerah berprestij ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghormatan terhadap keluarga yang menampilkan ciri-ciri teladan dalam aspek kekeluargaan, keagamaan dan sosial. Ia juga diharapkan dapat menjadi model serta ikutan kepada masyarakat dalam membina institusi keluarga bahagia, sejahtera dan berkualiti.
Tahniah buat sahabat kak dah, tumpang berbangga ๐งก
ReplyDeletetksh miza alhamdulillah rezeki shbt
DeleteAlhamdulillah. Semua dengan izin Allah SWT. Terima kasih Sis Miza
DeleteTahniah buat sahabat Kak PI.
ReplyDeleteHebat 9 orang anak semua berjaya ke menara gading
tksh MRSA ya sorangnya dah jadi ushawan korporat
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih ya. Semoga menjadi inspirasi buat generasi muda.
Deletewalaupun sudah bersara tapi tetap curahkan bakti
ReplyDeletetksh dik begitulah guru tiasa uja didik ilmu
DeleteKongsi ilmu , kerana Allah SWT. Lepas bersara belajar tafsir AL QURAN BERSANAD 30 juzuk di Pondok Darul ULOOM LAKLOK Jertih Besut Terengganu. Alhamdulillah.
DeleteWah, tahniah Kak Laila. Dulu waktu belajar di UM, adik Kak Laila, Raudah selalu bawa saya jalan-jalan ke rumah Kak Laila. Saya membonceng motosikal Raudah. Pernah juga beberapa kali bermalam di rumah Kak Laila.
ReplyDeletetksh amie wah best fren raudah ya kak kenal lela ja adik2nya xkenal
DeleteMasyaallah Amie. Kawan Raudah rupanya. Masa tu anak kak Lela kecil-kecil lagi. Pindah ikut suami balik Besut anak 6 orang. Kemudian bertambah 3 lagi
DeleteRezeki yang tidak terduga
ReplyDeletetksh cikgu ya alhamdulillah
DeleteYa ..betul. Rezeki yang tidak diduga. Hanya Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata.
DeleteTak banyak keluarga yg masih mau memiliki anak banyak. Saluuut dengan pasangan noorlaila Ghafar yg memenangkan anugrah. Anak 9 tp semua sukses ๐๐๐๐. Memang cocok menjadi panutan
ReplyDeletetksh fanny rezeki anak ramai alhamdulillah
DeleteTerima kasih Sis Fanny Nila. Bukan mudah mendidik anak-anak yang ramai. Alhamdulillah.. Doakan anak-anak dengan doa Nabi Muhammad saw kepada anak angkat baginda Anas Bin Malik. Ya Allah kurniakan kepada anak-anakku , anak-anak yang Soleh, harta yang banyak dan berkat. Usia yang panjang dalam mentaati NYA
DeleteAlhamduillah tahniah. bukan biasa org nya.. dgn sembilan org anak dan semuanya berjaya juga.. hebat!!
ReplyDeleteamiin tksh cikgu generasi muda elok jadikannya inspirasi
DeleteTerima kasih Time Traveller. Alhamdulillah
DeleteTerima kasih Time Traveller. Alhamdulillah
Deletehebat ya... anak 9 semua masuk IPT..
ReplyDeletetksh phais ya semua graduan universiti
DeleteYa Pha Is. Semua santunan daripada Allah SWT
Delete