ASSALAMUALAIKUM
Monday, 30 June 2025
ANUGERAH KELUARGA MITHALI MAAL HIJRAH 1447H - YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU
Sunday, 29 June 2025
SELAT HORMUZ
ASSALAMUALAIKUM

Jalan laut
isu maut
Teluk Parsi
Oman sisi
.
Ruang sempit
Iran apit
kapal minyak
lalu banyak
.
Gamat perang
saling serang
kawal lalu
gendang palu
.
Bimbang tutup
kena letup
baru tahu
angkat bahu
MAAL HIJRAH
.
Langkah hijrah
tentu arah
tinggal lama
azam atma
.
Jejak pindah
aral redah
bina baru
maju luru
.
Iman teguh
kukuh sungguh
tegar juang
mungkar buang
.
Suci hati
amal pasti
Allah reda
rahmat ganda
Saturday, 28 June 2025
APA JAWABNYA
ASSALAMUALAIKUM
Sebelah nawab taulan
merendah,
sumandak rampai gamat
dan lauh;
cubalah jawab soalan
mudah,
gendak dicapai teramat
jauh?
.
Hanya kelisa ampu
bertinggung,
bemban dipangkah bangat
dikerat;
pundaknya rasa tak mampu
tanggung,
beban apakah tersangat
berat?
.
Tersalah jala cermat gerangan,
jalan di beting dihadang sawa;
apakah pula teramat
ringan?
amalan penting dipandang
lewa.
.
Bercermat angkit rangka
sebaris,
merongkah kasau adi dirikan;
teramat sakit luka
dihiris,
apakah pisau yang
digunakan.
Friday, 27 June 2025
CAHAYA MUHARAM
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
Thursday, 26 June 2025
MUHARAM
ASSALAMUALAIKUM
MUHARAM
.
Meraikannya melatari
malam
mengimarahkannya
merubah makna
mensyukuri momen
menjelang Muharam
mulia
.
Mentari masih mengelilingi mayapada
menyinari merata
menyeluruhi
moga Muhaimin
merestui, merahmatinya
menyertakan maslahat
mahmudah
murni mawaddah menjalin mahabah
menyisihkan mazmumah
.
Muhasabah menginsafi makna menilainya
meminggirkan
mungkar
melangkah
meneruskan mauduk madani
mencapai matlamat
mandiri
menghijrahkan maujud
meruntuhkan menara mahu
menyatakan mimpi makrifat maknawi