ASSALAMUALAIKUM
Friday, 31 January 2025
KESIAN
Thursday, 30 January 2025
SERENADE AGRARIA
ASSALAMUALAIKUM
SERENADE AGRARIA
(Sajak)
Sepi desa terpinggir
ritma cengkerik alun ritma sekata senjakala jelma
malam labuh tirai ceritera
purnama mengambang
sinar kejora terangi mimpi gelita
Impi esok serlah ceria tanpa resah
mengoles benih cinta menyubur cambah
sebati bersama alam sejati semula jadi
Aroma harum tanah pusaka
hijau ungu jingga dedaunan tari gemalai pohonan
sentuhan bayu pagi membelai nyaman
mewariskan budidaya bumi selama
mengerat salam doa demi langkah berkarya
basah bibir berzikir bertasbih tahmid
rezeki-Nya berguguran.
Tinggi mentari di atas ubun
menular bahang.
Serenade agraria lestari
mengukir arca bahagia
melodi indah simfoni desa
lagu petani.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
30/1/025
Wednesday, 29 January 2025
Tuesday, 28 January 2025
OPERA MALAM
ASSALAMUALAIKUM
Monday, 27 January 2025
LAWATAN KE UNIVERSITI INDONESIA
ASSALAMUALAIKUM
BARU-BARU INI SAHABAT PI PENULIS @SPTA PUAN FADZIAH FAUZIAH MEMBAWA ROMBONGAN KOLEJ YANG MANA BELIAU ANTARA PENSYARAH KANAN DI KUANTAN MELAWAT INSTITUTE SENI INDONESIA DAN UNIVERSITI ANDALAS DI PADANG SUMATERA INDONESIA....BELIAU TELAH MENGUNGKAP BEBERAPA RANGKAP PANTUN ACARA SEMPENA PERTEMUAN DAN PERPISAHAN
Tumbuh di sini
raflesia,
mekar angsana sisi
kasturi,
gali keladi sisih
jerami;
Institute Seni
Indonesia,
agam terbina indah
berseri,
terima kasih sudi
terima kami.
.
Mencari tami jatuh di
bawah,
mengambil kiwi di atas
para,
menggubah gundi selesai
sudah;
kunjungan kami jalin
ukhuwah,
siswa dan siswi
senusantara,
santunan budi kenangan
indah.
Dedaun palas rimbun
rumpunnya,
ambil pastikan bukan
kemumu,
selasih juga sisi
telaga;
University Andalas
megah namanya,
sudi raikan kami bertamu,
terima kasih nan tidak
terhingga.
Pohon cemara hinggap
kedidi,
lebat berbuah di tepi
hutan,
tinggi sebasah setara
ara;
bertemu mesra bertaut
budi,
moga ukhuwah kemas
ikatan,
walau terpisah batas negara
Tumbuh selasih tepi
telaga,
dipetik dara ketika
mandi,
ayam serama meniti
para;
terima kasih tidak
terhingga,
ukhuwah mesra santunan
budi,
sudi bersama langkah
kembara.
.
Ketika gelap menuju
pekan,
membeli barang letak
di meja,
hidang juadah pengat
keladi;
salah dan silap mohon
maafkan,
apa yang kurang bukan
sengaja,
kenangan indah kekal
abadi.
.
Terasa jelak hendak
mendaki,
terlalu tinggi bukit
di huma,
rimbun berangan perdu
berlumu;
semoga kelak ada
rezeki,
kembara lagi
bersama-sama,
luas pandangan
menambah ilmu.
Sunday, 26 January 2025
LANGKAH MULA HIDUP
ASSALAMUALAIKUM
Salam Ahad hujung minggu sejahtera ceria selalu...musim cuti sekolah ramai yang berkenduri meraikan raja sehari PI kongsi lagu puisi kuatrin @graha karya, dedikasi buat pengantin baru yaNg menaiki jinjang pelamin semalam hari ini, esok dan seterusnya...selamat pengantin berbahagia bersama menuju syurga.
LANGKAH MULA HIDUP
Baru bermula hidup sebenar ketika telah diijab-kabul lorong laluan cerah bersinar harapan murni moga terkabul . Ibu dan bapa menadah tangan di dalam masjid acara nikah memohon restu akan pasangan berbahagia hindar bertingkah . Hidup bersama saling berkongsi santun hubungan lestari kasih senantiasa bertoleransi masalah remeh segera sisih . Bersanding pula pengantin baru wajah berseri atas pelamin raja sehari debar terharu direnung bagai menatap cermin . Cinta suci suami isteri kekal abadi sehingga syurga susah dan senang suratan diri tawakal reda Allah menduga
Saturday, 25 January 2025
PULAU TAWAR
ASSALAMUALAIKUM
PULAU TAWAR
.
Tinta sejarah terlakar di sini
kampung terpencil di tebingan sungai Pahang mengalir
berenang nyaman toman patin jelawat tenggalan belida keli
bermain arus petang pagi hilir mudik
belatuk pungguk enggang sewah helang serindit
di rimbunan pauh nyatuh
kuang puyuh
berlarian jauh
Mandala hijau damai belantara sekitar
gajah seladang rusa kijang kancil
fauna berbilang-bilang
Ada istana Sultan Ahmad Pahang
hijrah justeru kemelut porak peranda
angkara Inggeris memutar belit kata nasihat
kucar-kacir sentosa peradaban murni menjiwa jelata
sekian kurun lalu
Di tanah ini juga
tumpah darah kelahiran pejuang bangsa
1847 gerangan lalu
tarikh sebenar lahirnya wujud persona Mat Kilau
milik Pencipta alam semesta
1887 British tingkah merawa Pahang
dicongak kira lebih kurang
kedewasaan pendekar terbilang
pejuang sejati pertahankan tanah negeri
Muncul Jumaat 26 Disember 1969
di masjid Pulau Tawar bersolat mengaji berzikir
lalu ceritera rahsia hilang gelandangan
dalam perburuan musuh menjejak langkah
ungkap segala
Sebelum pulang pada Pencipta
122 usia akhir
lirih menitip pesan,
berjuang demi tanah warisan
pertahan hingga titisan
darah terakhir
Al-fatihah
Friday, 24 January 2025
DOA
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
DOA
(Sajak)
Ya
Allah!
Ya Tuhanku
Mohon daku reda-Mu
Mohon Ampuni segala dosaku, ibu bapaku
Adik-adiku, guru-guruku, saudara-maraku
Kawan-kawanku, jiran-jiranku
para muslimin muslimat
mohon lindungilah daripada
gangguan mara bahaya
mala petaka penyakit menggerunkan
gila, sopak, kusta segala penyakit merbahaya
sesungguhnya hanya Engkau Maha Penyembuh
semua penyakit yang berada di langit dan di bumi
hanya kepada-MU hamba memohon perlindungan
berkati dan rahmati kami hamba-hamba Mu
dengan rezeki melimpah Ya Wahab! Ya Razak!
Ya Mughni! Ya Ghani! Ya Fatah! Ya Haiyyum!
Ya Qayyum! Ya Zalljalaliwalikram!
Alhamdulillahirobil alamin
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
24/1/025
Thursday, 23 January 2025
PELARIAN
Wednesday, 22 January 2025
ANUGERAH PENCAPAIAN AKHIR TAHUN 024
ASSALAMUALAIKUM
SEBELUM BERMULA CUTI SEKOLAH ABQORI DAN MIA MENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN MASING-MASING DALAM SAHSIAH AKADEMIK DAN SUKAN...TAHNIAH MIA N ABQORI
Monday, 20 January 2025
DODOILAH DODOI
ASSALAMUALAIKUM
DODOILAH DODOI
Dodoilah dodoi cahaya mata
dalam buaian
lena beradu
henti tangisan
tersedu-sedu
pejamkan mata
mimpi berserta
.
Ibu lagukan irama cinta
lupakan duka
rusuh merindu
dodoilah dodoi
cahaya mata
dalam buaian
lena beradu
.
Siang dan malam ibu dodoikan
doa semoga
beramal soleh
bijak berilmu insan terpilih
melangkah jauh
arah pastikan
dodoilah dodoi
cahaya mata
dalam buaian
lena beradu
Sunday, 19 January 2025
PETANI MODEN
ASSALAMUALAIKUM
PETANI MODEN
Aku mengenali Iqbal Abdul Halim dalam grup Graha Karya di bawah
Akademi SPTA. Beliau seorang jurutera yang berminat dalam bidang penulisan. Aku
suka membaca hantarannya @facebook mengisahkan pelbagai kegiatannya. Kini
kerjayanya telah bertukar daripada jurutera pada petani. Beliau telah membeli
sebidang tanah dusun terbiar dan berusaha keras bertumpah keringat
memajukannya. Beliau dibantu isteri dan anak-anaknya. Anak-anaknya cuma tiga orang saja. Masih lagi
bersekolah rendah. Beliau menanam tanaman
kontan seperti kantan. Tapi diganggu kera yang merosakkannya. Menghindarkan
kera mengikut petua lama mudah saja. Hanya dengan letakkan belacan sekitarnya.
Jika kera terkena belacan tergaru-garulah dia dan melarikan diri dari situ. Tapi memang
tidak digalakkan berbuat begitu kerana kasihan pada kera yang tergaru-garu
tiasa hingga mati. Iqbal membina kolam
ternakan ikan pilihannya. Padaku beliau seorang anak muda yang amat bersemangat
menghargai tanah dan air dan berbudi padanya tanpa jemu.
petani moden -
belacan keping potong
petua lama
Saturday, 18 January 2025
HALAL
ASSALAMUALAIKUM
HALAL
Rezeki halal hidup
pun berkah,
meraguinya gamat bertingkah.
.
Makanan halal
mendarah daging,
penjual ingkar kalut berlengging.
.
Pilih semua kaitan
halal,
tersangkut pula istilah dalal.
.
Logo halal pun jadi
polemik,
tersalah guna bibir mencemik.
.
Pentingkan halal
demi pengguna,
riuh bertekak di sini sana.
.
Perkara halal
syiarnya Islam,
ketara jua masih yang kelam.
.
Semata halal hindarkan
haram,
masih tak patuh bertambah geram.
.
Tafsiran halal asyik
telagah,
jelaskan maksud tidak semenggah.
Friday, 17 January 2025
LANGKAH SASTERAWAN
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
KHABAR DUKACITA PERTENGAHAN REJAB SASTERA MALAYSIA KEHILANGAN PENGGIATNYA IAITU DR MUHD KAMIL IBRAHIM DAN USTAZ ISMAIL HASHIM/ILHAMI HISYAM...KEDUA-DUANYA PENULIS MAPAN PROLIFIK....LANGKAN YG TELAH MENDAHULUI MENEMUI KEKASIH ABADI......INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT-NYA MENGAMPUNI SEMUA DOSA DAN MENEMPATKAN INSAN TERPILIH DI KALANGAN PARA SOLEHIN BERIMAN AMIIN YRBA
Thursday, 16 January 2025
TERKESIMA
ASSALAMUALAIKUM
TERKESIMA
(Soneta)
Teruja dara lihat teruna
tiup seruling iring puteri
cerlang gemerlap akan busana
lenggok gemalai menari-nari
.
Puteri turun dari kayangan
wajah berseri ayu jelita
terbang bersama baju layangan
pentas dunia sirna gelita
.
Putera raja senyum menanti
sambut tangan puteri kayangan
teruna hanya rela perhati
menyulam cinta ternyata angan
.
Dara setia masih menunggu
jeling teruna berpaling ragu
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
16/1/025
Wednesday, 15 January 2025
WALINONG SARI
ASSALAMUALAIKUM
WALINONG SARI
(Talibun)
Merenung suri jari melentik,
segera dara rapat padanya,
cindai berkilat disambung bimbing,
ringkas gerinya pandang menawan;
Walinong Sari puteri cantik,
Inderapura tempat asalnya,
pandai bersilat melambung lembing,
tangkas langkahnya menumbang lawan.
Anduh di para sumandak lupa,
rambang ketara lewa pandangan,
serba abaikan tercenung diri,
raut selasih tenung alahan;
jodoh setara tidak berjumpa,
Mambang Segara dewa kayangan,
cuba kalahkan walinong Sari,
bertaut kasih di gunung Tahan.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
8/1/025
Tuesday, 14 January 2025
TAKHTA
ASSALAMUALAIKUM