Friday, 22 November 2024

GELAMA KERING

 ASSALAMUALAIKUM


GELAMA KERING

 

Aku membaca hantaran sahabatku Iqbal Halim juga penulis Graha Karya berkenaan kegiatannya memancing ikan gelama di laut bersaama anaknya Amsyar. Banyak juga hasil pancingannya. Ikan itu dikeringkan pula. Aku memang suka makan ikan kering dengan nasi panas. Pantas saja aku menulis pesanan memintanya mengirimkannya padaku. Terpaksalah Iqbal bebersusah-payah mengirimkannya padaku dengan pos laju. Alhamdulillah sudah selamat kepenerimaanku. Bersamanya turut disertakan antologi puisi Secawan Kopi 7.  Terima kasih banyak dik Iqbal baik budinya.

 

pemancing ikan –

gelama jemur kering

kiriman laju




Thursday, 21 November 2024

DAERAH KOMA

 ASSALAMUALAIKUM


DAERAH KOMA
Daerah sunyi ini tiba-tiba aku berada dalam ruangannya. Empat persegi bersudut sempit. Mata melingas sekitarnya. Tiada sesiapa. Aku ingin bertanya. Kemusyhkilan tenggelam jauh dasar sukma. Membeku berbuku dingin. Di mana hilang semua? Aku masih menunggu. Menunggu siapa? Persona dekat, kekasih, insan pengasih. Aku rindu sapa lunak bicara, belai ulit mesra ayah bonda. Kenapa aku sendirian di sini? Membiarkanku sunyi? Aku ingin bergandingan bersama menikmati bahagia persis biasa. Tapi mungkinkah? Aku masih terpenjara dipasung longlai. Mata terpejam lamunan merawang. Mengharap esok usai lalu. Bersua hajat.


LAGU PUISI RONDEL SIFU TA (C)


Wednesday, 20 November 2024

PERTEMUAN

 ASSALAMUALAIKUM


HARI RABU LAYAN DENDANGAN LAGU PUISI PI GUBAHAN SUNO HEH HEH









Tuesday, 19 November 2024

PUISI SUNGAI

 ASSALAMUALAIKUM

PUISI SUNGAI

 

Aku menerima jemputan menghadiri majlis penyampaian hadiah pada peserta yang menyertai sayembara Puisi Sungai dan Kelestarian Alam anjuran Persatuan Sahabat Sungai Malaysia, Pusat Pengurusan Alam Sekitar (EMC)/UNESCO/PENA di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP. Majlis diadakan pada malam 15 November 2024. Senarai nama pemenangnya telah disiarkan di media sosial. Tidak pula terselit namaku. Maknanya tentulah aku tak menang. Tahniah semua pemenang. Aku memang tidak gemar menghadiri majlis sastera sekadar hendak bersibuk sekiranya tiada kena-mengena denganku.  Nampaknya majlis itu bukan calang-calang. Lagilah aku segan hendak menghadirinya. Aku pun meneruskan rutin seharianku seperti biasa iaitu tidur tika mataku mengantuk.

 

Puisi Sungai -

15 November

rutin lestari


Sambil tu nikmat lagu puisi PI gubahan SUNO




Monday, 18 November 2024

DAMBAAN

 ASSALAMUALAIKUM

KARYA PILIHAN
DAMBAAN
(Tautogram)
Terima kasih Sifu Tabir Alam sudi pilih karya puisi tautogram PI sebagai KARYA PILIHAN




DAMBAAN

 

Duniaku  dusun dukacita

diserkup dedaun duga denainya

dahan dipaut dipatahkan durjana

diri diam dilamun dilema

dikejar dura derita

daku dungu dalam dimensi debar

 

 Desir  desah dedaun dasawarsa

deru dari dataran daksina

doaku dosaku  dihapuskan Dia

dambaan duniaku damai

dian darma dinyalakan

dan daku dakap dingin detiknya

 


Sunday, 17 November 2024

MATA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL MENYOROTI AKSARA PUISI SONIAN....NIKMATI LAGU PUISI KARYA PI GUBAHAN SUNO





Friday, 15 November 2024

YA RAHMAN YA RAHIM

 

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU JOM DENGAR LAGU PUISI RONDEL n SAJAK KARYA PI GUBAHAN SUNO






 


SEGENGGAM KOPI

 ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM SUDI PILIH PUISI PANCALARIK KARYA PI SEBAGAI KARYA PILIHAN

SEGENGGAM KOPI
(Pancalarik)

SEGENGGAM KOPI

 

Kopi

serbuk halus

isi penuh cawan

hidangan minuman petang

hirup

.

Pahit

likat lekat

tekak perit perih

tinggalkan di meja sepi

sejuk

.

Gara

analogi

tolak jauh sisi

misal bidalan masalah

lari

.

Tegar

kopi hidup

tetap minum cermat

tambahan sekolam air

azam


Wednesday, 13 November 2024

KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL

 ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH ABQORI MENANG TEMPAT KELIMA LONGEST DISTANCE LELAKI 

KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL....TAHNIAH ABQORI











Tuesday, 12 November 2024

RASUL JUNJUNGAN MULIA

ASSALAMUALAIKUM




RASUL JUNJUNGAN MULIA

Isnin minggu terawal
dua belas Rabiulawal
Muhammad (SAW) lahir akmal terkawal
Tahun Gajah wujudnya ehwal
.
Siti Aminah bonda sejati
bersabung nyawa ternanti-nanti 
di dalam lena terbuai mimpi
sinaran terang di malam sepi
seluruh alam tidak bertepi
lahir zuriat sempurna rapi

Ayahandanya Abdullah dulu berpulang
bondanya pula menyusul jelang
mengadap Allah tahun berselang
nabi piatu berulit walang
cinta kudus jauh menghilang
 .
Mengusik jiwa ceriteranya
pahit dan getir perjuangannya
mendakwah Islam keseluruhannya
utusan Allah maktub tugasnya
demi maslahat santun umatnya

 
Malidur Rasul ingatan umat
hari sejarah Nabi Muhammad (SAW)
jiwanya kamil menjunjung rahmat
risalah Allah berserta nikmat
anugerah-Nya semesta alam
cahaya Islam

Sunday, 10 November 2024

DESA TERCINTA

 ASSALAMUALAIKUM



pic SUNO (c)


DESA TERCINTA


Aku melukis wajah desaku

jauh letaknya di hulu sana

Indah dan permai pandang terpaku

bendang terhampar luas saujana


Bayu  berhembus lembut menyapa

dedaun nyiur melambai-lambai

mengiring langkah berdepa-depa

perhati padi tidak terabai



 Di bawah malam bulan mengambang

padi digoreng dalam kuali

saling membantu adik dan abang

menumbuk emping berselang seli


Pelita ayan liuk cahaya

gelap gelita cerah sedikit

riuh ketawa sukar percaya

kopi yang hitam manis melekit


Usai cerita mengemping padi

pandangan mesra teruna dara

bertaut kasih cinta terjadi

dinginnya malam kian ketara


Malam purnama aura mengemping

desaku indah dalam karangan

citraan klasik hayat berdamping

kini yang tinggal hanya kenangan

Wednesday, 6 November 2024

HIJRAH MERDEKA

 



ASSALAMUALAIKUM

 

Dua  naskhah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 024 telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Dan turut disertakan cenderadurja berupa gelang akar bahar dan sebotol kecil perfume. Sifu telah beribadah umrah di Mekah dan ziarah baru-baru ini dan tidak lupa membeli ole-ole untuk penulis SPTA.  Alhamdulillah! Terima  kasih banyak sifu. Tiga buah puisi kakpidah terselit dalam antologi HIJRAH MERDEKA. .Terharu sekali sifu sudi memilih karya kakpidah iaitu puisi kuatrin PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG, limerick PENUKIL PANTUN, terza rima MAULIDUR RASUL, HARI MALAYSIA.  37 penulis, menulis tiga buah puisi  dengan judul pilihan masing-masing dalam antologi ini. Semua puisi menarik ditelusuri karya penulis Akademi SPTA mengagumkan.

TAHNIAH SIFU TA selaku penyelenggara, penerbit dan semua penulis terlibat.

Sekiranya ingin miliki antologi puisi HIJRAH MERDEKA sebagai khazanah sastera bernilai sila hubungi Sifu Tabir Alam @facebook.




Monday, 4 November 2024

MARAN BANDAR SEJAHTERA

 ASSALAMUALAIKUM


 



Pic google imges (c)



MARAN BANDAR SEJAHTERA

 

Sempena cuti Hari Deepavali baru-baru ini ,aku mengikuti anak-anak dan cucu-cucuku bermusafir ke Rompin selama tiga hari. Kebetulan anakku ada tugasannya menyelia projek Pantai Hiburan Rompin.  Dalam perjalanan pulang singgah seketika di bandar Maran. Maran Bandar Sejahtera tertulis pada papan tanda di pinggir jalan masuk utama. Di sinilah tempat aku bersekolah menengah rendah dulu. Ada tiga sekolah berasrama terdiri di sini iaitu sekolah rendah, sekolah agama dan sekolah menengah.  Pengalamanku  selama berada di sini bersama kawan-kawan sepersekolahan abadi dalam kenanganku. Sifu Tabir Alam pernah bertanya; apakah sudah siapkan syair sejumlah dua puluh tiga rangkap syair untuk terbitan SPTA dengan bimbingan diberi tidak lama lagi. Jawabku tentulah belum. Asyik berjalan saja kala cuti, tiadalah masaku hendak menulis.  Aku rasa hendak menulis tentang bandar Maran untuk projek syair PRAJA dengan bimbingan Sifu Tabir Alam kalau masih berkesempatan.

 

Hari Deepavali –

sekolah bandar Maran

musafir ilham


Tuesday, 29 October 2024

PUTIH GINGGER OYEN

 ASSALAMUALAIKUM


PUTIH GINGGER OYEN

 

 







Setelah Mektam dijemput Izrail kembali ke syurga, anakku membawa sepasang anak kucing berwarna jingga untuk perminan anak-anaknya. Semua anak-anaknya memang sukakan kucing dan menyayanginya. Terutama Damia. Kucing dua beradik sewarna itu kelihatannya amat berdisiplin. Mereka tidak buang najis merata-rata kecuali di tempat yang disediakan.

 

Sebelum kehadiran kucing dua beradik itu, rumah anakku sering didatangi Putih iaitu kucing dimiliki jiran sebelah rumahku. Pada mulanya tiada apa yang berlaku antara mereka. Mutakhir ini Putih menunjukkan garangnya. Dia bersengketa dengan Gingger dan Oyen. Setiap kali dia bertemu kucing dua beradik sama ada di dalam rumah atau di luar rumah dia akan mengejar dan menyerang mereka.

 

Ginger lebih pantas berlari dan menyorok untuk menyelamatkan dirinya. Oyen agak lembab sedikit langkahnya. Dia menjadi mangsa terkaman Putih. Kasihan Oyen. Luka tubuhnya dicakar Putih. Kalau aku melihat Putih mengejar Oyen aku akan cuba menghalaunya dengan penyapu. Tapi kalau Putih bergelut dengan Putih di luar rumah tidak dapatlah aku hendak menolongnya lantaran keuzuranku.

 

Suatu malam Oyen tidak pulang ke rumah. Ginger mengiau-ngiau memanggil abangnya.

“Nanti papa cari abang kamu ya!” kata anakku sambil membelai Gingger.

Keesokannya anakku mencari Oyen di sekitar rumah. Dia menemui Oyen terjatuh dalam longkang. Anakku berusaha mengambilnya dari situ. Longkang itu agak dalam juga. Oyen kelihatan amat lemah. Tapi masih bernafas. Dia mengodek-ngodekkan ekornya. Akhirnya Oyen mengikuti langkah Mektam juga. Tinggal Gingger sendirian. Tiada lagi Oyen yang sering tidur di atas katilku.


Thursday, 24 October 2024

DEMI CINTA

 ASSALAMUALAIKUM


 


DEMI CINTA

 

Cinta sejati kerana Allah

setia kasih menuju syurga

tidak ternilai tertentu harga

rela terima waima bersalah

.

.

Bersama-sama lerai masalah

tabah berdepan segala duga

cinta sejati kerana Allah

setia kasih menuju syurga

.

Aral melintang bukan halangan

mengorak langkah berhati-hati

kala berpisah rindu menanti

impi bersua menyata angan

cinta sejati kerana Allah

setia kasih menuju syurga


Wednesday, 23 October 2024

OSTEO-INTEGRASI

 ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH ULASAN BUKU OSTEO-INTEGRASI KARYA PROF IRWAN ABU BAKAR TULISAN PI TELAH DISIARKAN DALAM MAJALAH DEWAN SASTERA EDISI NOVEMBER 2024....TERIMA KASIH BANYAK EDITOR DS KESUDIANNYA



Tuesday, 22 October 2024

SI LUNCAI

 ASSALAMUALAIKUM

SI LUNCAI



Teringin dia menghadap raja

Dirinya hamba dia sahaja

Dapat peluang mencelah ruang

Dihukum pula sebab teruja


[Verse 2]

Dia tersalah mengungkap kata

Wajah bapanya bagai tercipta

Sama seiras serupa paras

Murkalah raja rasa dinista


[Chorus]

Raja titahkan pada panglima

Dua perahu bawa bersama

Dayung ke laut bersahut-sahut

Membuang Luncai niat utama


[Bridge]

Luncai pun terjun dengan labunya

Lagu itu diajarkannya

Panglima ikut tersangkut-sangkut

Tanpa tersedar benar jadinya


[Verse 3]

Luncai tersenyum bijak tersirat

Siasat akal sebelum disirat

Mainkan raja mainkan semua

Hamba pun menang tanpa derita


[Chorus]

Raja titahkan pada panglima

Dua perahu bawa bersama

Dayung ke laut bersahut-sahut

Membuang Luncai niat utama

Monday, 21 October 2024

NORAZIMAH ABU BAKAR

 ASSALAMUALAIKUM

NORAZIMAH ABU BAKAR



Aku mengenali Puan Norazimah Abu Bakar awalnya di alam maya ketika aku teruja hendak menerbitkan karyaku dalam antologi di mana beliau sebagai penyelenggara. Setelah itu berpeluang bertemu dengan sasterawan kelahiran Perak ini beberapa kali dalam beberapa majlis sastera. Beliau sangat peramah berbudi bahasa dan prihatin.

Walaupun beliau salah seorang peneraju GAPENA sebagai Setiausaha Kerja sebuah badan penulisan merangkum semua persatuan penulis negara namun beliau sangat sederhana. Aku pernah menyertai antologi selenggaraan Katrina Tati Sitaim, penulis terkenal Sabah dan antologi itu telah terbit. Kebetulan Puan Norazimah ke sana untuk menghadiri beberapa acara sastera, beliau sanggup bersusah-payah membawa buku-buku bahagianku dalam bagasinya untuk diberi padaku.

Aku terharu sungguh kesudiannya. Dalam perjalanan dari Sabah kemudian ke Sarawak beliau turut membawa beban itu bersamanya. Baik budinya tidak ternilai. Aku bukanlah sesiapa pun. Tapi beliau turut menyenaraikan namaku sebagai penerima zakat asnaf penulis pada Ramadan 2018, 2019 oleh sasterawan Tan Sri Dr Hamad Kama Piah juga seorang usahawan.

Beliau sebagai penyelenggara buku terbitan GAPENA turut memilih sajak karyaku antaranya. Antologi BUNGA-BUNGA PULAU JAUH dalam dwi bahasa iaitu Rusia dan Malaysia beliau mengundangku turut serta. Masya-Allah terharu amat pelawaannya.

Tiba-tiba aku terkedu terima khabar, deklamator negara dan penyair Puan Norazimah Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah. Air mataku bergenang menitis perlahan. Langkahnya telah mendahuluiku ke sana. Suatu waktu kita pasti bersua jua, bersama kembali.

 

Karya puisinya tersiar di media arus perdana sejak 1990-an serta pelbagai antologi puisi bersama. Allahyarhamah menghasilkan dua kumpulan puisi, Melarik Malam (ITBM, 2014) dan Langit, Bumi dan Lautan (ITBM, 2016). Pernah mewakili negara untuk deklamasi sajak di China, Thailand, Vietnam, Kemboja, dan Indonesia. Beliau turut pernah menyelenggara dan menjadi editor buat beberapa buku antologi. Norazimah merupakan penerima Anugerah Penyair Berpotensi 2016 Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Anugerah Tokoh Dunia NUMERA 2017 sebagai Srikandi NUMERA.

 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredai. Amin amin amin ya Rabbil Alamin.(cnp Raja Yusof Raja Ariffin) (c)

Amiin… semoga kebaikannya beramal soleh memayunginya di mana saja dia berada berbahagia abadi di sisi-Nya… innalillahiwainnailaihirojiun alfatihah takziah pada keluarga.


Friday, 18 October 2024

KENAPA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

https://suno.com/song/c8f11076-21ab-4575-bfa9-bd316a8870ea

https://suno.com/song/c8f11076-21ab-4575-bfa9-bd316a8870ea


CERIA LAGI


Tiada angin tiada ribut

Rasa bagaikan dilambung-lambung

Segala lihat jadi serabut

Selirat lilit bersambung-sambung


[Chorus]

Aduhai hati kenapa gundah

Malam terasa penuh berhiba

Mari bangkit dari derita

Berseri lagi hilang segala


[Verse 2]

Cahaya pagi menyapa sinar

Janji hari baru berseri

Usah bimbang walau sejenak

Hingga malam rasa ceria lagi


[Chorus]

Aduhai hati kenapa gundah

Malam terasa penuh berhiba

Mari bangkit dari derita

Berseri lagi hilang segala


[Bridge]

Sentuh langit pegang bintang

Dengar lagu ceria riang

Hidup ini satu peluang

Hapus lara hapus duka


[Chorus]

Aduhai hati kenapa gundah

Malam terasa penuh berhiba

Mari bangkit dari derita

Berseri lagi hilang segala

Thursday, 17 October 2024

LAYAR PAPARAN

 ASSALAMUALAIKUM

PI MAIN2 MASUKKAN PUISI UNTUK KOMPOS LAGU DENGAN AI.....SEKALI LAGU SIAP DENGAN TAMBAHAN LIRIK...SEBENARNYA BOLEH EDIT TAPI PI TAK PANDAI HEH HEH...


PIC GOOGLE(C)


LAYAR PAPARAN


Suara hati gemaan rasa jauh

Persepsi segenap sisi tak bertemu

Lontar kritikan senantiasa membeku

Lakar cerita atur diksi tak tentu


[Verse 2]

Pandang sepintas hati terusik rindu

Jejak kenangan yang selalu mengganggu

Setiap langkah tergenang dalam pilu

Layar paparan naratif yang kelabu


[Chorus]

Layar paparan naratif gundah

Sayap harapan kini lelah

Dalam duka ku tulis serapah

Setiap bait hati pun menyerah


[Verse 3]

Hilang pelangi kala hujan jatuh

Menghapus mimpi yang dulu utuh

Suara hati kian mengecil

Dalam sepi ku merasa getir


[Bridge]

Apa yang tertinggal hanyalah bayang

Setiap nafas terasa pincang

Cinta yang hilang takkan pulang

Sepi yang kian datang menjelang


[Chorus]

Layar paparan naratif gundah

Sayap harapan kini lelah

Dalam duka ku tulis serapah

Setiap bait hati pun menyerah

[10:28, 17/10/2024] Paridah: https://cdn2.suno.ai/image_491b26ac-f043-4363-b9ba-cb7c2fcfb9ee.jpeg

Wednesday, 16 October 2024

ANTAGONIS

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


ANTAGONIS

 

Sifat sombong diri

bertindak zalim

antagonis

dunia

.

Di dalam al-Quran

Allah Berfirman

tipu helah

mereka

.

Menganggap wujudnya

benar sempurna

hamba Allah

terpilih

.

Menggila menjajah

menjarah harta

cara laku

biasa


Tuesday, 15 October 2024

BERKENAN

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


BERKENAN

 

Jikalau hati sudah berkenan

senyuman manis dara jelita

arjuna lupa kata pesanan

terbayang-bayang sebagai nyata

.

Walau cabaran merintang duri

tega dirempuh mematahkannya

demi semangat menjati diri

masih mengharap tertanya-tanya

.

Berbahagia dengan pilihan

selama-lama sepanjang hayat

adakah jodoh hadirnya lahan

junjung harapan tidak tersayat

.

Daya upaya meraih impi

bukan semata hanya bermimpi