ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH ABQORI MENANG TEMPAT KELIMA LONGEST DISTANCE LELAKI
KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL....TAHNIAH ABQORI
ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH ABQORI MENANG TEMPAT KELIMA LONGEST DISTANCE LELAKI
KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL....TAHNIAH ABQORI
ASSALAMUALAIKUM
DESA TERCINTA
Aku melukis wajah desaku
jauh letaknya di hulu sana
Indah dan permai pandang terpaku
bendang terhampar luas saujana
Bayu berhembus lembut menyapa
dedaun nyiur melambai-lambai
mengiring langkah berdepa-depa
perhati padi tidak terabai
Di bawah malam bulan mengambang
padi digoreng dalam kuali
saling membantu adik dan abang
menumbuk emping berselang seli
Pelita ayan liuk cahaya
gelap gelita cerah sedikit
riuh ketawa sukar percaya
kopi yang hitam manis melekit
Usai cerita mengemping padi
pandangan mesra teruna dara
bertaut kasih cinta terjadi
dinginnya malam kian ketara
Malam purnama aura mengemping
desaku indah dalam karangan
citraan klasik hayat berdamping
kini yang tinggal hanya kenangan
ASSALAMUALAIKUM
Dua
naskhah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 024 telah selamat
kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Dan turut disertakan cenderadurja
berupa gelang akar bahar dan sebotol kecil perfume. Sifu telah beribadah umrah di
Mekah dan ziarah baru-baru ini dan tidak lupa membeli ole-ole untuk penulis SPTA.
Alhamdulillah! Terima kasih banyak sifu. Tiga buah puisi kakpidah
terselit dalam antologi HIJRAH MERDEKA. .Terharu sekali sifu sudi memilih karya
kakpidah iaitu puisi kuatrin PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG, limerick
PENUKIL PANTUN, terza rima MAULIDUR RASUL, HARI MALAYSIA. 37 penulis, menulis tiga buah puisi dengan judul pilihan masing-masing dalam
antologi ini. Semua puisi menarik ditelusuri karya penulis Akademi SPTA mengagumkan.
TAHNIAH SIFU TA selaku penyelenggara,
penerbit dan semua penulis terlibat.
Sekiranya ingin miliki antologi puisi HIJRAH MERDEKA
sebagai khazanah sastera bernilai sila hubungi Sifu Tabir Alam @facebook.
ASSALAMUALAIKUM
MARAN BANDAR SEJAHTERA
Sempena cuti Hari Deepavali baru-baru ini ,aku mengikuti
anak-anak dan cucu-cucuku bermusafir ke Rompin selama tiga hari. Kebetulan
anakku ada tugasannya menyelia projek Pantai Hiburan Rompin. Dalam perjalanan pulang singgah seketika di
bandar Maran. Maran Bandar Sejahtera tertulis pada papan tanda di pinggir jalan
masuk utama. Di sinilah tempat aku bersekolah menengah rendah dulu. Ada tiga
sekolah berasrama terdiri di sini iaitu sekolah rendah, sekolah agama dan
sekolah menengah. Pengalamanku selama berada di sini bersama kawan-kawan
sepersekolahan abadi dalam kenanganku. Sifu Tabir Alam pernah bertanya; apakah
sudah siapkan syair sejumlah dua puluh tiga rangkap syair untuk terbitan SPTA
dengan bimbingan diberi tidak lama lagi. Jawabku tentulah belum. Asyik berjalan
saja kala cuti, tiadalah masaku hendak menulis. Aku rasa hendak menulis tentang bandar Maran
untuk projek syair PRAJA dengan bimbingan Sifu Tabir Alam kalau masih
berkesempatan.
Hari Deepavali –
sekolah bandar Maran
musafir ilham