Wednesday, 31 July 2024

SIJIL MERIT UJIKARYA KARMINA

 ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH PI MENERIMA SIJIL HADIAH MERIT DALAM UJIKARYA KARMINA DARIPADA SIFU TABIR ALAM @AKADEMI SPTA....TERIMA KASIH BANYAK SIFU KESUDIANNYA.













Tuesday, 30 July 2024

TAHNIAH BLOGGER MKL

 ASSALAMUALAIKUM


TAHNIAH BLOGGER PROF MOHD KHAIRUDIN LIM TERPILIH JUARA SAYEMBARA SYAIR MALAYSIA MADANI ANJURAN BADAN PENULISAN PUSPA/GAPENA...PI TUMPANG BERBANGGA N GEMBIRA...PI PUN TURUT SERTAINYA TAPI TAK MENANG PUN...KEJAYAAN PROF MKL AMAT MEMBANGGAKAN PI KERANA BLOGGER JUGA MAMPU MENULIS KARYA KREATIF BUKAN NARATIF...JOM SAHABAT BLOGGER BERSAMA DALAM ARENA SASTERA KREATIF....ANLIAN PENULIS BERBAKAT.







Monday, 29 July 2024

SAYEMBARA

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

SAYEMBARA

 

Karyawan  teruja

dengan acara

sayembara

sastera

.

Pelbagai genrenya

dipertandingkan

boleh pilih

sahaja

.

Kumpulan puisi

cerita pendek

mana satu

pilihan

.

Hadiah lumayan

nanti peserta

tarik minat

mencuba


Saturday, 27 July 2024

JANTUNG BERLUBANG

 ASSALAMUALAIKUM



JANTUNG BERLUBANG
.
Sahabatku penulis Dzil Majid berkongsi kisah kedukaannya dan keluarga dalam hantarannya @facebook kerana cucunya yang pertama disahkan doktor mengalami sakit jantung berlubang tika dilahirkan. Dan doktor berkenaan telah menulis surat kematiannya pada tarikh sekian-sekian. Bayi kecil amat comel itu bagaikan telah dijatuhkan hukuman mati. Kesedihan ibu bapanya dan keluarga sahabatku terlalu dan tidak terdaya diceterakan rupanya.
Aku membalas hantarannya, memintanya dan keluarganya tabah mendepani ujian-Nya. Dan mendoakan agar bayi syurga itu segera afiat sejahtera. Setiap sesuatu yang berlaku hanya dengan izin-Nya. Aku teringat kisah Aizul anak jiranku Zai dan Hamid. Aizul sebaya dengan anakku yang bongsu. Aku dan Zai sering bersama ke klinik ante-natal. Aizul dilahirkan mengalami sakit jantung berlubang. Zai dan Hamid asyik berulang ke hospital di Mentakab untuk merawat Aizul mengikut jadual ditetapkan. Jauh juga jaraknya antara kampungku ke Mentakab. Tapi kasih sayang ibu ayah demi kemasyhlahatan anaknya, sanggup mengatasi segala kesusahannya. Aku tidak pernah pula mendengar Zai atau Hamid bercerita bahawa doktor berkata, Aizul akan mati kerana jantungnya berlubang. Kini Aizul sebagai ustaz telah berkahwin dan memiliki dua orang anak.
mendung kelabu –
bayi pesakit jantung
keajaiban
All react

Thursday, 25 July 2024

APRESIASI SIFU TA DAN SAHABAT AKADEMI SPTA

 ASSALAMUALAIKUM

Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
SAJAK UNTUK FARIDAH ISHAK
Faridah Ishak
insan yang kukenali
walaupun hanya di maya
bersama dalam Graha Karya
melalui ciptaan puisi
Kukenali dirimu
betapa mulianya hatimu
melalui puisi ciptaanmu
terpancar sucinya jiwa
dan keteguhan iman dalam diri
Sahabatku Faridah Ishak
pencipta puisi serba boleh
pelbagai genre puisi telah dihasilkan
meluahkan pelbagai kata nasihat
kepada kami insan yang kekurangan
Dalam hati kecilku
sentiasa memohon doa
semoga suatu hari nanti
aku akan dipertemukan
dengan sahabatku Faridah Ishak
Kassim Hj Buntak
(Anak Pulau Sabah)

Terima kasih sahabatku apresiasinya sebak terharu terharu sungguh semoga ukhuwah kita n keluarga Graha @ akademi SPTA kekal selama saling bertaut bagai aur dgn tebing sokong-menyokong...

Terima kasih Sifu TA dan semua sahabat ASPTA sudi berikan PI hadiah karya terindah.