Saturday 31 October 2020

AL INSYIRAH

 ASSALAMUALAIKUM


PERKONGSIAN ILMU

SURAH 94: AL INSYIRAH / AN NASYRAH (MELAPANGKAN)
MUKA SURAT: 596
(8 AYAT)

PENGENALAN: Surah ini merupakan pujukan (Tasliyah) kepada para sahabat dan umat. Surah ini turun pada peringkat pertama kenabian. Iaitu tahun pertama hingga tahun ketiga di Mekah. Dakwah secara senyap- senyap.

Dua amalan seorang mukmin.
1. Bersama manusia lain – berdakwah. Sampaikan agama.
2. Bersama Allah SWT – beribadah.

Ayat 1: Pertanyaan Allah SWT, ayat bentuk RETORIK – sebagai penekanan. Allah SWT mengingatkan Nabi Muhammad saw. DIA telah melapangkan dada baginda dengan cahaya Islam. Faham agama melalui wahyu. Diberi ilmu dan Hilmu (kebolehan mengajar ilmu).

Ayat 2: Allah SWT telah menghilangkan bebanan kepada Nabi Muhammad saw sebelum baginda menerima wahyu. Baginda terbeban melihat perbuatan syirik Musyrikin Mekah. Terbeban dengan kerosakan moral masyarakatnya. Allah SWT angkat beban baginda dengan diberi wahyu, dakwah kepada masyarakat Arab supaya lebih baik.

Ayat 3: Bebanan itu seolah-olah hampir mematahkan belakang Nabi Muhammad saw. Allah SWT beri jalan, hanya dengan wahyu boleh mengubah kejahilan masyarakat. Baginda rasa terbeban, menjalankan tugas sebagai rasul terakhir. Allah SWT beri peringatan. Tugas baginda menyampaikan dakwah. Beri hidayah hanya Allah.

Ayat 4: Dalam ayat ini Allah SWT menaikkan nama Nabi Muhammad saw. Contoh - dalam kalimah iman, kalimah TASYAHUD. Sebut nama Allah sebut nama nabi.

Ayat 5: Janji Allah SWT. Penentangan hanya di peringkat awal sahaja. Sesungguhnya setiap kesusahan yang dialami dalam agama, akan ada kesenangan. Kesenangan yang datang lebih banyak daripada kesusahan.

Ayat 6: Allah SWT menegaskan sekali lagi – Sesungguhnya sesuatu kesulitan itu ada kemudahan. Pujuk Rasulullah saw dua kali. Bukti Allah SWT sayangkan sahabat, sayangkan kita. Pujuk berkali-kali. Kesusahan hidup di dunia diganti kesenangan di akhirat berganda-ganda.

Ayat 7: Berita gembira kepada sahabat. Walaupun nabi telah tiada, teruskan tabligh wahyu. Selepas selesai berdakwah, beribadahlah kepada Allah SWT. Berdoa dengan penuh tawajjuh (fokus). Setelah melakukan amalan soleh, lakukan amalan soleh yang lain. Ingatan Allah SWT kepada kita, setelah selesai urusan dunia beribadahlah kepada-Nya. Teruskan pergantungan kepada Allah SWT.

Ayat 8: Kita hendaklah sentiasa menghadap kepada Allah SWT. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Sentiasa minta tolong kepada Allah SWT. Bukan kepada orang lain.



7 comments:

  1. syukran berkongsi ilmu..semoga Allah melapangkan rezeki dan urusan kita semua..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian kak PI. Bila sebut Al Insyirah teringat mak saudara nama Inshirah kat Kelantan

    ReplyDelete
  3. thank you sharing ni Kak PI. bertambah ilmu :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ini, semoga Kak PI mendapat berkatnya :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi ilmu. Dua tanggungjawab kita di dunia, sesama manusia dan kepada Allah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ya atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”