Monday, 31 August 2020

NEGARAKU....

 ASSALAMUALAIKUM



SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 63...BERSAMA RAIKANNYA DENGAN BANGGA SEBAGAI WARGA TANAH BERTUAH...
Alhamdulillah tersangkut juga syair kakpidah dalam sanggar ujana klasik.
TAHNIAH sahabat
Zaleena E-naa
,
Sujata Wee
, cikgu
Mohd Noh Mohamed
,
Rahimah Muda
dan semua penulis yang dipapar karyanya.
Terima kasih banyak puan Zaharanum Kamarudin selaku editor DEWAN SASTERA atas kesudian siarkan syair kakpidah yang seadanya itu disamping teguran kesilapannya.







Sunday, 30 August 2020

SALAM JELANG 31 OGOS

 ASSALAMUALAIKUM

SEKADAR IMBAUAN KENANGAN TAHUN LALU


AltitrSupocgnuiscgsct o3r0frnsu, 20ru1re9d
 
Shared with Public
Public
SALAM JUMAAT MULIA JELANG 31 OGOS 019.
Alhamdulillah rezeki-Nya sempena Ogos melimpah kepada kakpidah... insyaa-Allah kepada semua juga.
Karya kakpidah KURA KURA TERBANG TERLUPA PESANAN disiarkan majalah DEWAN PELAJAR edisi Ogos.
Terima kasih banyak atas kesudian editor memilihnya.
Purbawara SRIKANDI MELAKA karya kakpidah dipilih penerbit Yusmawati Yunus untuk siaran Radio Klasik RTM pada 19 Ogos lalu...Terima kasih banyak kepada penerbit atas kesudian memilihnya untuk siaran.
ADIK FARAH karya kakpidah dipilih penerbit Norhayati Yaakob Radio Klasik RTM untuk mengisi slot MELODRAMA siaran Ahad 25 Ogos lalu...Terima kasih banyak kepada penerbit atas kesudian menerbitkannya,
Terima kasih banyak cikgu
Hamidi Md Yudin
yang sudi berkongsi ilmu dan membimbing kakpidah dalam penulisan skrip drama radio.
Dan hari ini ialah hari ulang tahun kelahiran Abqori cucu kakpidah yang sihat comel n cerdik keletah banyak akai; moga membesar sebagai anak soleh, sihat sejahtera, murah rezeki, sukses dunia akhirat.
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA TERCINTA...ALHAMDULILLAH
PERTAHANKAN KEMERDEKAAN WATAN HINGGA AKHIR USIA

DAN SANAH HELWAH BLOGGER NOHAS SEMOGA TIASA SIHAHAT WALAFIAT BAHAGIA SELALU DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT..AMIIN




Saturday, 29 August 2020

SEORANG SIFU

 ASSALAMUALAIKUM

SIFU TABIR ALAM ADMIN GRUP SPTA @ FACEBOOK JUGA SEORANG PENERBIT BUKU-BUKU ANTOLOGI SELENGGARAAN BELIAU RUPANYA SEORANG ARTIS BERBAKAT DAN PERNAH MEWAKILI MALAYSIA BERSAMA ARTIS TERPILIH MENYANYIKAN LAGU TRADISI DI NANNING CHINA....HEBAT SIFU SEORANG NI....BELIAU NI DALAM MEMBIMBING APA SAJA GENRE PUISI TRADISI DARI LUAR ATAU TEMPATAN SANGAT TEGAS SEKALI...BELIAU HANYA MAHUKAN HASIL YANG TERBAIK....KALAU TIDAK SABAR MEMANG AKAN CEPAT MENGALAH.... TERUTAMA GENRE PUISI HAIKU, LIMERIK, DIAMANTE, PANCALARIK, MEMENINGKAN KEPALA NAK SIAPKANNYA...PUAS MERUJUK SEGALA SUMBER....PUISI TEMPATAN SYAIR, PANTUN, SELOKA GURINDAM DLL PUN TIDAK MUDAH...SETELAH SEKIAN TAHUN DIBIMBING BELIAU KAMI YANG BERNANUNG DI BAWAH SPTA SUDAH FAHAM SANGAT GAYA SIFU INI....BIASALAH KALAU HENDAK MEMPEROLEH ILMU APA SAJA MESTI KOMITED BERGURU DENGAN SABAR MENERIMA TEGURAN....BUDI YANG DITABUR SIFU MENJADIKAN RAMAI ANAK DIDIKNYA TERBILANG DALAM BIDANG KESUSASTERAAN...SIFU TABIR ALAM MENGAJAR KAMI ANAK MURIDNYA DALAM TALIAN TANPA SEBARANG BAYARAN....BAIK SUNGGUH SIFU LANGSUNG TIDAK BERKIRA DENGAN ILMUNYA...BELIAU MENDORONG DAN MENGGALAKAN KAMI BERANI MENCUBA MEULIS KARYA SASTERA PELBAGAI GENRE....TERIMA KASIH BANYAK SIFU...SEMOGA SIFU TIASA SIHAT WALAFIAT, RIANG GEMBIRA SUKSES SEPANJANG HAYAT MENUJU JANNAH AMIIN.

THROWBACK
Singing "Rasa Sayang" on stage at "2007 Nanning International Folk Song Arts Festival Banquet For International Artists", Nanning, China.






Friday, 28 August 2020

PERTANDINGAN PANTUN 1 PROPERTY

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


TAHNIAH PEMENANG UTAMA PENULIS ROZIE IBRAHIM DAN SEMUA YANG TERSENARAI.

ALHAMDULILLAH SANGKUT JUGA NAMA PI SEBAGAI PENERIMA HADIAH SAGUHATI




No description available.



PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN 1 PROPERTY TEMA BERAYA DI KAMPUNG WARISAN MELAYU
Tanam di taman sepohon rambai, sering dipantau di pinggir paya; kampung halaman nyiur melambai, gamit perantau pulang beraya.
Di tebing kali rimbun pulasan, panjat seraya meruntun tali; indah sekali kampung warisan, girang beraya santun famili.
Simpan di para kuih sekaya, ruangnya gelap benda dihimpun; riang gembira di hari raya, salah dan silap mohon diampun.
Rambut dikaran tema ditiru, mengganti citra bentur biasa; sambut lebaran norma baharu, hati gembira berbaur rasa.
Ampu baulu bara di dupa, tatang beria halwa di kanan; tersipu malu dara disapa, datang beraya bawa penganan.
Diberi saran menggaya salam, rebut rancangan laksana nanar; hari lebaran budaya Islam, disambut dengan makna sebenar.
PARIDAH ISHAK Desa Melor Serendah 11/7/02O

Thursday, 27 August 2020

MALAYSIA PRIHATIN

 ASSALAMUALAIKUM



MALAYSIA PRIHATIN


 

Bawa seraga bekal aneka,

siaga dara sangat membantu;

jiwa dan raga kekal merdeka,

warga negara semangat jitu.

 

Berenang patin  di celah batu,

cari keranji saing kelisa;

saling prihatin bantu-membantu,

sifat terpuji amalan bangsa.

 

Menghiris umbut digaul garam,

menggulai tilan, campurkan cuka;

Selamat sambut awal Muharam,

rai seiring bulan Merdeka.

 

Rambutan longkah pilih keliru,

rimbun meredup tumbuh selari;

hijrah melangkah norma baharu,

santuni hidup kendali diri.

 

Ambil kerisi bukan garupa,

sunting melati daun sehelai;

kulit dan isi berbeza rupa,

firasat hati tentukan nilai.


Wednesday, 26 August 2020

SUMBANGAN KECIL

 ASSALAMUALAIKUM


PI BERKARYA SEKADAR SUKA-SUKA MENGISI LUANG MASA...SEPANJANG MENYIARKAN TULISAN DI BLOG ADA JUGA YANG INGIN KONGSI KARYA PI ITU UNTUK BEBERAPA ACARA...SEORANG SISWA USM DARI SABAH MEMINTA BEBERAPA INFO KEGIATAN PENULISAN PI UNTUK DIMASUKAN DALAM TESISNYA DAN BUKU YANG DITERBITKAN SENDIRI ITU MENJADI KHAZANAH PERPUSTAKAAN USM

SEORANG GURU KANAN MEMINTA IZIN UNTK MEMBACA PUISI NAZAM PI YANG DITEMUINYA DALAM E-SASTERA PADA ACARA PERHIMPUNAN DI SEKOLAHNYA.

DAN BARU-BARU INI SEORANG SISWI UPM MINTA IZIN UNTUK MEMBACA SYAIR NUKILAN PI DALAM SAYEMBARA SYAIR YANG AKAN DISERTAINYA. BELIAU MENEMUKAN SYAIR PI DALAM BLOG KARYAKU.

BAHAGIA SEKALI TERASA DIHARGAI DAN DAPAT MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KECIL SEMAMPU PI.

DIDOAKAN KEJAYAAN WAN NURTASNIM DALAM SAYEMBARA SYAIR YANG DISERTAINYA..AMIIN


 


WARGA NEGARA MERDEKA

 

Alhamdulillah pembuka kata,

bermula syair ukiran tinta

sudah merdeka nusa tercinta,

warga negara bersukacita.

 

Budi semangat pejuang bangsa,

semangat ikhlas menabur jasa,

berjuang gagah seiring masa,

tuntut merdeka bebaskan nusa.

 

Tebus maruah juang merdeka,

lama terjajah detik ketika,

warga merintih langsung tak suka,

dalam belenggu perih terluka.

 

Hasrat pejuang satu matlamat,

bebaskan nusa tanah keramat,

hidup warganya mengecap nikmat,

Allah izinkan peroleh rahmat.

 

Takwim Sheikh Fahim ulama terbilang

di akhir Ogos  tarikh gemilang,

julang merdeka tanpa terhalang,

warga menanti detik menjelang.

 

Stadium Merdeka  jadi saksi,

Segenap ruang mahu pun sisi

rasmilah sudah berubah paksi,

memulangkan hak wajar solusi.

 

Tujuh kali “merdeka” gema suara,

dilaung Tunku Abdul Rahman Putra,

warga menyahut sebak tertera,

meraup syukur terusir dura.


Watan merdeka amatlah  bangga,

bebas dijajah merasa lega,

cinta negara jiwa dan raga,

ditadbir bijak warga menjaga.,

 

Syair merdeka usailah sudah,

moga terhibur terlerai gundah,

menyusun kata mengukir madah,

demi sebuah negara indah


Tuesday, 25 August 2020

MENJAHIT BENDERA...

 ASSALAMUALAIKUM


MENJAHIT BENDERA PASCA-MERDEKA
Warga nusa megah berdiri di situ
Menyaksikan melorot jatuh Union Jack di kaki tiang tinggi
Air mata sedingin salju gugur berderai membasahi wajah persona di stadium Merdeka saat bendera berjalur merah putih berbulan bintang menangkap maksud bilangan setiap citra gagah melonjak hingga ke puncak
bermain angin sepoi meliuk lambai kiri kanan
Mentafsir bahagia meraup syukur
bergema laungan keramat Tunku Abd.Rahman Putra
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
maka merdekalah jiwa merdekalah raga
melambung bangga warga
Nostalgia sejarah berkalung rahmah
membilang sekian dasawarsa
bendera Jalur Gemilang kian menipis rona meluntur seri
ada noda cela di mana-mana
Ribut taufan musim tengkujuh menerbangkannya jauh
warga gen xyz mulai mengejarnya meski lelah
kerna kehilangannya penyesalan tidak termaafkan
lalu dijahit semula koyak rabaknya
penangan gejolak masa yang lewat
cuci persih agar merah putih menyerlah


PARIDAH ISHAK
DMS
25/8/020

Sunday, 23 August 2020

WALINONG SARI

 ASSALAMUALAIKUM


WALINONG SARI

 

                                                                   PIC GOOGLE IMAGES (C)

Tersebut kisah hikayat lama,

Walinong Sari termahsyur nama,

puteri cantik menggetar atma,

syair dilagu dengan irama.

 

Wajah jelita amat rupawan,

siapa pandang pasti tertawan,

pandai bersilat lagak pahlawan,

hatinya lembut sifat dermawan.

 

Anaknya raja Inderapura,

tanah jajahan  kaya ketara,

waris puteri yang masih dara,

ayahnya  cari jodoh segera.

 

Puteri akur kata ayahnya,

namun diberi tahu syaratnya,

mesti berlawan dengan dirinya,

mampu beradu mengalahkannya.

 

Berduyun datang anaknya raja,

,menyimpan akan rasa teruja,

bertarung pagi sehingga senja,

hasrat kalahkan dara remaja.

 

Walinong Sari sangatlah hebat,

sebalik cindai rambutnya lebat,

auratnya diri habis dibebat,

lawannya kalah bagai dihambat.,

 

Sultan Melaka utus bicara,

lamar puteri Inderapura,

untuk putera hai bendahara,

diam ayahnya mengatur kira.

 

Walinong Sari berduka amat,

suara hati bergaduh gamat,

bersama inang lama berkhidmat,

di dalam gambang sama berhemat.

 

Gambang belayar hilir muara,

membawa inang tuju pesara,

hati puteri berduka lara,

mencari tenang jiwa gelora.

 

Merpati biru hinggap di tangan,

jelmaan raja dari kayangan,

sirna segala akan bayangan,

rusuh risaunya hilang gerangan.

 

Mambang Segara raja perkasa,

berubah rupa pemuda sasa,

tapi mengemis meminta sisa,

beri hadiah batil suasa.

 

Walinong Sari merasa hairan,

lantas segera sampaikan saran,

ajak berlawan tidak di peran,

berpencak tangkas siap anggaran.

 

Mambang Segara melambung tinggi,

Walinong sari melayang ranggi,

cindai wajahnya tiada lagi,

cantik puteri serata segi,

 

Mambang segara termangu-mangu,

pesona wajah menyebab dungu,

Walinong sari tidak menunggu,

lawah terjatuh terima panggu.

 

Dewa nan sakti menghilang diri,

entah ke mana puas dicari,

menyesal pula rasa puteri,

mungkin hatinya telah dicuri.

 

Siang dan malam terkenang-kenang,

air matanya jatuh berlinang,

terlupa diri telah bertunang,

lautan kasih mula direnang.

 

Tidur tak lena malam bermimpi,

rindunya rasa tidak menepi,

alamat datang bagai diimpi,

di gunung Tahan dewa menyepi.

 

Walinong Sari terbang melayang,

tinggalkan inang dan dayang-dayang,

bertemu dewa amat disayang,

tiada lagi jejak dan bayang,

 

 

Syair dilagu berakhir sudah,

dugaan cinta tidaklah mudah,

segala aral sanggup diredah,

sulaman cinta teranyam indah,


Saturday, 22 August 2020

BACA PUISI DANDANI LUKA-LUKA

 ASSALAMUALAIKUM


MALAM TADI BERLANGSUNG ACARA BACA PUISI DANDANI LUKA-LUKA TERBITAN NUMERA SELENGGARAAN SASTERAWAN NEGARA DATO AHMAD KHAMAL//KEMALA DI BALAI BUDAYA DBP YANG DIHADIRI RAMAI PENUKIL TERLIBAT JUGA PENGGIAT SASTERA.

SAJAK PI TERSELIT JUGA DALAM ANTOLOGI..ALHAMDULILLAH SN DATO KEMALA TERPANDANG JUGA KARYA PI YANG SERBA KEKURANGAN ITU MAKLUM PI PENULIS MARHAEN SAJA....DAPAT BERGANDING KARYA BERSAMA PENULIS MAPAN TERSANGATLAH BANGGANYA HEH..HEH..

PENULIS SANIAH MASRI, QURNIAAN JIWA, SUJATA WEE ANTARA YANG TURUT MENYUMBANG KARYA DALAM ANTOLOGI  SAJAK PATRIOTIK MERAIKAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KE 63 2020


                                                                            PIC QURNIAAN JIWA TERIMA KASIH

PENYAIR YANZ HAMZAH DEKLAMASI SAJAK NUKILANNYA





                                                                                PIC YANZ HAMZAH TERIMA KASIH

SN Dato Ahmad Khamal NUMERA
Dato Awang Sariyan( DBP