Kalau tak sudi lupakan
saja,
padamkan gambar kirimkan
salam;
apa terjadi tidak sengaja,
ambil iktibar pedoman
alam
Cerita silam Andalusia,
Allah menguji tidak
perhati;
semesta alam penuh
rahsia,
mesti dikaji dengan
teliti.
Selindung balam bawah
jerami,
leka bersujud mengutip
lada
bahasa alam cuba fahami,
sebalik ujud ada petanda.
Naik kereta menuju kota.
lama di sana bertukar
semi;
alam semesta rahmat
Pencipta,
indah sempurna usah zalimi.
Sepinya malam tidak berteman,
rasa melarat
terpisat-pisat
melihat alam cari pedoman
ada tersirat maksud
firasat.
Jalan bersama si anak manis,
ReplyDeleteSinggah dikedai membeli kobis,
Melihat gambar buah manggis,
Buat air liur gugur menjijis,
Mana musim buah manggis ni🤭😁
Pernah saya rasa saya ni macam kejam jugak sebab saya tak suka masuk hutan, tengok pokok ke, serangga ke. Tapi tengok gambar-gambar jadi suka tengok hijau2 gini..
ReplyDeleteRupaya saya sedar saya sebenarnya bukan kejam dan tak suka flora dan fauna.sebenarnya saya penakut. Saya takut nampak serangga, pokok kalau tinggi rimbun sangat saya takut.heheh
Dekati alam kerana Allah.
ReplyDeleteDulu zaman belajar kerap masuk hutan, sekarang ni badan makin tak kuat pulak rasanya
ReplyDeleteKeindahan flora dan fauna ciptaan tuhan untuk kita hargai
ReplyDeleteAlam semesta indah ciptaanNya
ReplyDeleteMenenangkan jiwa dan juga hati
Kita khalifah wajib memeliharanya
Buat generasi yang akan tiba nanti
Lama tak menikmati keindahan alam. Asyik tengok skrin aje
ReplyDelete