KAWAN ALAM MAYA
Media sosial memudahkan cara
menjalin hubungan antara bangsa melalui beberapa aplikasi yang dibina di alam
maya, masing-masing secara sedar atau tidak turut terlibat sama. Terpaksa berenang
mengikut arus masa agar tidak ketinggalan. Namun kadang tersadai kelelahan juga
kerana tidak tahu bagaimana mengadaptasinya sesuai kehendak.
Aku hanya ada akaun FACEBOOK,
TWITTER, WHATSAPP dan GOOGLE saja. Itupun sudah terlalu kalut hendak diladeni. Membuka
WHATSAPP pun seminggu sekali. TWITTER pun malas kujengguk. Apalagi kalau ada akaun INSTAGRAM, TELEGRAM,
TIK TOK, WE CHATT tentu tak terlayan.
Hanya mampu melayan FB dan
BLOG saja nampaknya. Tika mula ada akaun FB bukan main teruja kalau ada
kawan menghantar permohonan/request untuk berkawan. Cepat saja diluluskan/app
tanpa fikirkan apa-apa masalahnya. Terutama dari luar negara.
Berlumba-lumbalah mesej yang
masuk di peti sembang/inbox. Ada yang gunakan bahasa Inggeris untuk komunikasi.
Ada yang gunakan bahas Melayu GOOGLE TRANSLATE. Seronok juga melayan bicara
mereka ini. Aku pun menulis mengikut caraku menggunakan bahasa sastera yang tak
mampu diterjemahkan. Maka peninglah kawan mayaku itu memikirkan maknanya. Tidaklah
lagi aku menerima sebarang berita kawanku scammer
itu.
Seorang lagi memperkenalkan
dirinya seorang askar dari USA yang sedang berkhidmat di Syria. Dan dia telah
menemui selonggok wang bernilai jutaan dollar US yang ditinggalkan askar Syria
yang melarikan diri setelah digempur tentera US markas mereka. Dia ingin
memasukan kesemua wang itu dalam akaunku. Wow kayo den! Baik hati sungguh askar
ini. Kataku sedekahkanlah saja wang itu kepada rakyat Syria yang sangat
memerlukannya kerana sedang sengsara dihimpit pelbagai masalah hidup lantaran
perang saudara di negara mereka.
Aku pun gunakan kuasa veto
menolak/block mesej daripada scammer
ini.
Beberapa orang lagi kenalan
FB bermurah hati hendak mengirimkan aku pelbagai hadiah kerana kebanyakan
mereka ini kononnya golongan professional yang kaya raya.
Teruja juga hendak menerima
hadiah dari luar negara. Tapi pelik pula memikirkan kenapa mereka ini baik hati
sangat sedangkan perkenalan baru berlaku sehari dua. Hatiku memutuskan mereka
ini scammer yang sedang berusaha
memerangkap mangsa apa cara jua.
Kini aku tidak ghairah lagi
menambah bilangan kawan FB ke tahap
maksima. Siapa yang hendak menjadi kawan FB akan disaring identity mereka
terlebih dulu. Berkasih biar satu tapi berkawan beribu dengan pelbagai masalah
baiklah toksah.
banyak manfaat tetapi berhati2 ada mudharatnya juga.
ReplyDeleteTKSH WP ya perlu bijak menggunakan medsos utk dptkan manfaatnya yg banyak
ReplyDeleteselalu orang share SocMed kan.. haa ni versi melayu..
ReplyDeleteMedSos.. comey juga sebutannya =)
take care Kak PI..
semoga sihat sentiasa
Dalam kebaikan mmg ada segelintir keburukan dari mereka yg mengambil kesempatan dgn niat tak baik.. moga sama2 kita semua sentiasa dilindungi.. aamiin.
ReplyDelete