Saturday, 31 August 2019

RAIKAN NEGARA

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT MENYAMBUNG ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 62
MOGA NUSA TERCINTA KEKAL SENTOSA, AMAN HARMONI DIRAHMATI DAN DILINDUNGI ALLAH DARIPADA MUSIBAH YANG TIDAK DIINGINI


Bunga cempaka puspa angsana,
daun pegaga ulam dimakan;
sambut merdeka penuh bermakna,
seluruh warga bersama raikan.


Kalau tuan benar sayang,
berilah bukti bicara kata;
kukuh kian teguh tak goyang,
bersatu hati jiwa sekata,


Setiap tahun menyambut Merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah;

sejarah negara jangan dilupa,
beratus tahun kita dijajah.

Bunga sakura dan bunga kekwa,
petik dan bawa perlahan-lahan;
sayang negara seluruh jiwa
bergadai nyawa rela pertahan.


Patah atap kerana buluh,
atap dijalin dengan tali;
usah meratap merasa luluh,
asa yang tulin gagah sekali.


Anak cina mencari galah,
galah panjang celahan perdu;

apalah guna berpecah belah,
banyak hikmahnya bersatu-padu.




Membeli-belah terasa lelah,
bahan yang mentah  pilihan tentu;
berpecah belah undang masalah,
mudah dipatah lidi yang satu

Friday, 30 August 2019

CATATAN OGOS

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA JELANG 31 OGOS 019.
Alhamdulillah rezeki-Nya sempena Ogos melimpah kepada kakpidah... insyaa-Allah kepada semua juga.
Karya kakpidah KURA KURA TERBANG TERLUPA PESANAN disiarkan majalah DEWAN PELAJAR edisi Ogos.
Terima kasih banyak atas kesudian editor memilihnya.
Purbawara SRIKANDI MELAKA karya kakpidah dipilih penerbit Yusmawati Yunus untuk siaran Radio Klasik RTM pada 19 Ogos lalu...Terima kasih banyak kepada penerbit atas kesudian memilihnya untuk siaran.
ADIK FARAH karya kakpidah dipilih penerbit Norhayati Yaakob Radio Klasik RTM untuk mengisi slot MELODRAMA siaran Ahad 25 Ogos lalu...Terima kasih banyak kepada penerbit atas kesudian menerbitkannya,
Terima kasih banyak cikgu Hamidi Md Yudin yang sudi berkongsi ilmu dan membimbing kakpidah dalam penulisan skrip drama radio.
Dan hari ini ialah hari ulang tahun kelahiran Abqori cucu kakpidah yang sihat comel n cerdik keletah banyak akai; moga membesar sebagai anak soleh, sihat sejahtera, murah rezeki, sukses dunia akhirat...tidak lupa selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada blogger NOHAS kenalan PI yang rajin menyapa PI sejak PI mula blogging...moga ceria sukses dalam kerjaya diberkati Allah, murah rezeki panjangusia aamiin..

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA TERCINTA...ALHAMDULILLAH
PERTAHANKAN KEMERDEKAAN WATAN HINGGA AKHIR USIA




Tuesday, 27 August 2019

TABU

ASSALAMUALAIKUM

A L H A M D U L I L L A H...
Buku antologi coretan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia berjudul "TABU - Pantang Larang" telah diterima dari pihak pencetak, Terima kasih kepada semua penyumbang yang turut menjayakan projek antologi ini. Antologi ini merupakan terbitan SPTA yang kesebelas bagi tahun 2019

SENARAI PENYUMBANG PANTANG-LARANG:

~> Bergendang Dalam Rumah
~> Ibu Hamil Melintas Bawah Ampaian

~> Menjahit Di Waktu Malam
~> Duduk Di Muka Pintu Atau Tangga
~> Makan / Rasa dalam senduk Atau Periuk
~> Membaca Dalam Cahaya Yang Malap
~> Menyanyi Di Dapur
~> Nasi Menangis Jika Makan Tak Habis
~> Potong Kuku Di Waktu Malam
~> Kayu Penyepit
~> Misai Dan Janggut
~> Pembalut Hadiah Warna Putih
~> Memakai Kasut Di Dalam Rumah
~> Mendukung Anak Di Aatas Bahu
~> Menghulur Lesung Berasingan Alu
~> Makan Dalam Pinggan Sumbing
~> Melihat Gerhana
~> Menyapu Nasi Pada Waktu Malam
~> Ketika Memancing
~> Menyebut Bayi
~> Wanita Hamil
~> Makan Tebu Di Waktu Malam
~> Memotong Buah Terbalik
~> Mengajuk Bunyi Gagak
~> Balik Rumah Sebelum Maghrib
~> Makan Bersela Minum Air
~> Mencukur Bulu Kening
~> Bawa Bayi Ke Dalam Pasar
~> Simpan Sampah Semalaman Di Rumah
~> Wanita Hamil Duduk Di Atas Tanah
  • 11 - Jamilah Safar
~> Melambung Kain
~> Menghidang Nasi Sebelum Air
~> Minum Sambil Berdiri
~> Makan Sayur Tumbuh Menjalar
~> Mencedok Beras
~> Ziarah Bayi Baru Lahir Waktu Senja
~> Berpatah Balik Dalam Perjalanan
~> Makan Nasi Bersisa
~> Menyahut Suara Di Tengah Malam
~> Bermain Di Waktu Senja
~> Bermula Pada Hari Rabu
~> Remaja Duduk Di Bendul
~> Mencium Bayi Sedang Tidur
~> Menyusup Bawah Penyidai
~> Wanita Hamil Membuat Bantal
16 - Nini Zalina
~> Makan Bertatang Pinggan
~> Makan Bertindih Pinggan
~> Menjahit Baju Di Badan
~> Pulang Lewat Waktu Malam
~> Tanam Tembuni Di Merata Tempat
~> Tidur Di Muka Pintu
~> Bermain Hujan Panas
~> Meminta Balik Barang Yang Diberi
~> Menunjuk Pada Bulan
~> Bayi Diberi Makan Pulut
~> Bersiul Dalam Rumah
~> Masuk Ke Hutan
~> Membuat Tapai
~> Mengasah Pensil
~> Penyakit Demam Cacar
~> Menggoreng Ikan Kuali Sampai Senget
~> Mengintai Orang Mandi
~> Meniarap Sambil Angkat Kaki
~> Bergambar Bertiga
~> Biawak Sesat Masuk Rumah
~> Wanita Hamil makan Kepala Ikan
~> Main Sembunyi Waktu Senja
~> Mengganggu Atau Membunuh Buaya
~> Menyebut Nama Sebenar Mertua
~> Buka Bungkusan Pada Ikatannya
~> Duduk Di Muka Pintu
~> Makan Sisa Binatang
~> Kemam Biji Binjai
~> Membuka Ketupat
~> Sepak Puntung Api
~> Ambil Balik Barang Yang Diberi
~> Ibu Hamil Memotong Ketam
~> Langkah Orang Berbaring
~> Duduk Atas Bantal Nanti Naik Bisul
~> Keluar Berpasangan Sebelum Nikah
~> Tatang Pinggan Ketika Makan
~> Buka Payung Dalam Rumah
~> Habis Gunakan Beras
~> Melihat Cermin Waktu Malam
~> Masuk Hutan Bermulut Celupar
~> Memotong Haiwan Semasa Hamil
~> Pengantin Memijak Bendul Rumah Mertua
~> Berkain Batik Sewaktu Hamil
~> Belah Kayu Api Yang Sudah Terbakar
~> Mengganggu Busut
~> Makan Leher Ayam Nanti Kepala Teleng
~> Makan Sisa Anak, Anak Jadi Degil
~> Makan Waktu Maghrib
~> Bertembung Kucing Hitam Melintas
~> Meniarap Sambil Menyabung Kaki
~> Tunjuk Pelangi Dengan Telunjuk
~> Berubah Tempat Duduk Semasa Makan
~> Bergendang Dalam Rumah
~> Lilit Tuala Di Leher Semasa Hamil

- TABIR ALAM...PENERBIT SPTA
.

Monday, 26 August 2019

MELODRAMA ADIK FARAH

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH SKRIP MELODRAMA ADIK FARAH KARYA PI DISIARKAN RADIO KLASIK SEMALAM AHAD 25 OGOS...KEBETULAN RADIO KLASIK SEDANG ON...TERKEJUT JUGA PI DIBUATNYA.
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA PENERBIT PUAN NORHAYATI ABAS ATAS KESUDIAN MENYIARKAN KARYA PI YANG SEADANYA ITU.

                                                                                  PIC RADIO KLASIK (C)


RANCANGAN: MELODRAMA.
PENERBIT:        NORHAYATI ABBAS
TAJUK:               ADIK FARAH.
PENULIS:          PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT:          DESA  MELOR, SERENDAH, SELANGOR.
K/P:                    
HP/ E-MEL:        paridahishak@gmail.com
AKAUN BANK:      


                           
PELAKON:        1. …………………………..........sebagai .Adik/Tengku Farah
                            2…………………………........... sebagai .Abang
                            3…………………………........... sebagai .Aidil
                            4…………………………........... sebagai .Wan Jamilah
                            
                           
EFEK:                 1. SUARA KAMBING  MENGEMBEK
2. SUARA RIUH RENDAH.
                            3. SUARA OMBAK.
                            4. SUARA MARHABAN
                           

SINOPSIS:         
Farah dipanggil adik dalam kalangan keluarganya. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti di Kuala Lumpur. Farah keberatan menerimanya                      walaupun ibu bapa dan adik beradiknya menggalakannya. Mulanya dia telah berjanji untuk meneruskan pengajian bersama kawan baiknya. Dia merasa berat hati hendak meninggalkan ibu dan ayahnya yang uzur juga kambing-kambing peliharaannya. Farah telah mengikuti kursus menternak kambing setelah selesai pengajian diploma. Ekoran itu Farah memulakan  usaha menternak kambing. Sambil itu Farah juga suka memancing di kuala dan sering membawa kambingnya bersama menemaninya.
Aktivitinya menemukannya dengan seorang wanita separuh usia yang sering jua ke situ mengambil angin petang. Farah menolong menurunkan wau cucu wanita itu yang tersangkut di pohon ketapang dan memberi wanita itu  ikan yang berjaya dipancingnya. Setelah itu mereka sering bertemu di pantai dan bergaul mesra. Baik budi bahasanya membuat wanita itu berkenan untuk menjadikan Farah menantunya.  Niatnya disuarakan kepada anaknya. Aidil menyiasat siapakah Farah pilihan uminya itu untuk dijadikan pasangan kepada abangnya.
Akhirnya  Aidil mengetahui bahawa  Farah adalah kawan baiknya yang sering menemaninya memancing sewaktu mereka bersekolah rendah  dulu. Dan telah lama terpaut hati dengannya. Dia amat kecewa.


GRAM:                   MUZIK PENGENALAN.
JURUHEBAH:        Melodrama dengan kisah “ADIK FARAH” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “ADIK FARAH”.

GRAM:                   MUZIK.
LAGU
ABANG :                Betulkah Adik tak nak sambung belajar lagi? Apa masalahnya? Dulu  Adik juga  yang cakap, lepas habis diploma nak sambung buat ijazah pula di universiti. Ini soal masa depan Adik. Ibu ayah pun tidak menghalang.
ADIK:                      Itu dulu bang! Sekarang ni abang tenguklah bagaimana keadaan ibu  dan ayah. Ibu nak berjalan pun dah tak berapa larat. Ayah pula terpaksa berulang ke hospital untuk dapatkan rawatan sakit tiga serangkainya. Kalau terjadi sesuatu kepada ibu ayah kita bagaimana? Tak ada siapa  yang nak perhati kebajikan ibu ayah kalau adik sambung belajar. Nak harapkan  abang dan kakak. Masing-masing sibuk dengan kerja  kan! Biarlah  Adik yang jaga ibu ayah kita. Ini keputusan Adik.                
ABANG:                 Kalau dah itu keputusan Adik, Abang tak boleh nak kata apa. Memang betul juga kata Adik, kalau Adik tak ada siapa yang nak tengukkan ibu ayah kita. (PAUSE) Abang sebenarnya dah lama mohon bertukar ke sini. Tapi tak lulus. Angah  pun mohon juga tapi tak ada nasib nak dapat.                                                                                                                   
ADIK:                      Nampaknya Adik sorang yang tiada masalah kan bang! (GELAK KECIL) (PAUSE) Biarlah adik  di sini bersama ibu dan  ayah. Adik pun memang tak mahu berpisah dengan ibu dan ayah.                                                     
ABANG :                Tapi kalau Adik cuma di rumah menjaga ibu  dan ayah kita tentu jemu juga tanpa ada apa-apa kegiatan lain.
ADIK:                      Abang nih! Macamlah tak kenal dengan Adik. Adik kan tak reti nak duduk diam. Abang juga dulu hantar adik kursus ternak kambing! Jadi Adik jagalah kambing yang  adik ternak tu. Banyak juga kerja Adik dengan kambing tu. Makanannya, kesihatannya semua kena perhati. Malam pun Adik tak lena  tidur tau  fikirkan keselematan mereka. Bimbang  dicuri orang lagi!
ABANG:                 Abang memang tahu perangai Adik yang terlebih cergas ni! Suka memancing, suka menjala ikan, suka bersampan di kuala. Suka memanjat pokoklah. Lagaknya macam orang lelaki lagi. Suka berkawan dengan budak-budak lelaki (PAUSE) Sapa ya nama budak lelaki yang  rajin ikut Adik memancing tu? Abang pun dah lupa! (PAUSE) Tak payahlah buat  semua tu  dik! Tiap bulan  abang dan kakak kirim duit belanja. Adik di rumah saja. Jangan ke mana-mana.
ADIK:                      (GELAK KECIL) Abang nak control adik pulak ya! Adik ni anak laut bang. Sudah mangli dengan cara hidup orang laut. Usahlah risau tentang Adik. Taulah Adik jaga diri.
Babak 2
GRAM:                   MUZIK.
LAGU