ASSALAMUALAIKUM...
CUTI HARI PEKERJA PREMIS SWASTA DAN KERAJAAN TENTULAH TUTUP OPERASINYA KECUALI JABATAN KRITIKAL PENTING SEPERTI HOSPITAL, POLIS, BOMBA...RADIO TV DLL... WALAU CUTI TU MESTI TAPI MASIH ADA YANG BERTUGAS ...MENUNAIKAN FARDHU KIFAYAH DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA...
CUTI YANG SEBENTAR CUMA DAPATLAH BERSAMA KELUARGA....MENGGULAI TEMPOYAK IKAN PATIN UNTUK SANTAPAN TENGAH HARI SEDAP JUGA TU
Tuesday, 30 April 2019
Sunday, 28 April 2019
SIRAH NABAWIYAH...
ASSALAMUALAIKUM
Barisan Penyelenggara Antologi Puisi Tradisional Sirah Nabawiah bertulisan jawi ( Rosman Md Shah, Ratna Laila Shahidin dan Dr Faiziah Shamsudin) mengucapkan terima kasih kepada para penulis yang telah menghantar karya.
Keputusan panel penilai berhubung karya yang terpilih adalah muktamad setelah proses penilaian yang panjang.
Berikut adalah senarai penulis yang karyanya telah terpilih menyertai antologi ini.
1. Amelia Hashim- Syair Sirah Nabi
2. Dr. Hj Nizam bin Abd Latif - Sabar Itu Barakah
3. Ashraf Alhafiy- Syair Siti Zulaikha
4. Siti Zaiton Ahmad - Syair Nabi Daud
5. Mustaffa Siraj - Syair Sirah Nabi/Pantun Peribadi Rasulullah
6. Azmi Ayub - Pantun Sirah Kelahiran Nabi
7. Baharuddin Sairi - Nasihat Rasulullah kepada Abu Dzar
8. Suhaimi Mamat - Syair Nabi Adam/Syair Penciptaan Manusia
9. Qamarul Ariffin Abdullah - Syair Nabi Ke Sebelas
10. Badrul Hisham Ghazali - Bulan Kekasih Umat/ Baginda Junjungan
11. Yuzailan Yunus - Syair Nabi Yusha Bin Nun
12. Ami Masra - Ibadah Hidup Ikut Sunnah
13. Masriyah Misni -Gurindam Nabi Muhammad/Sirah Nabi
14. Paridah Ishak - Pantun Menadah Doa/ Israk Mikraj/ Gurindam Ulul Azmi/ Cinta Kasih Nabi Muhammad
15. Hai Rozzaman Jalal - Dakwah Nabi Wahyu Pertama
16. Pena Permai - Pantun Sirah Nabawiah/ Gurindam Tuntutan
17 Sarji Kasim - Nazam Kasih Rasul Junjungan/Warna Alam Dalam Kehidupan/Syair Syiar Rasulullah.
18. Akademik Sanggar Nurimas - Rakis Tamsil Zindik/ Syair Tamsil Zainab/ Jalan Ke Rumah Taubat
19. S.Amir Onn - Syair Tamsil Adha/ Dua Jihad
20. Hajah Amanah Mohd Noor - Nazam Nabi Muhammad S.A.W/ Adam dan Hawa Penghuni Syurga.
2. Dr. Hj Nizam bin Abd Latif - Sabar Itu Barakah
3. Ashraf Alhafiy- Syair Siti Zulaikha
4. Siti Zaiton Ahmad - Syair Nabi Daud
5. Mustaffa Siraj - Syair Sirah Nabi/Pantun Peribadi Rasulullah
6. Azmi Ayub - Pantun Sirah Kelahiran Nabi
7. Baharuddin Sairi - Nasihat Rasulullah kepada Abu Dzar
8. Suhaimi Mamat - Syair Nabi Adam/Syair Penciptaan Manusia
9. Qamarul Ariffin Abdullah - Syair Nabi Ke Sebelas
10. Badrul Hisham Ghazali - Bulan Kekasih Umat/ Baginda Junjungan
11. Yuzailan Yunus - Syair Nabi Yusha Bin Nun
12. Ami Masra - Ibadah Hidup Ikut Sunnah
13. Masriyah Misni -Gurindam Nabi Muhammad/Sirah Nabi
14. Paridah Ishak - Pantun Menadah Doa/ Israk Mikraj/ Gurindam Ulul Azmi/ Cinta Kasih Nabi Muhammad
15. Hai Rozzaman Jalal - Dakwah Nabi Wahyu Pertama
16. Pena Permai - Pantun Sirah Nabawiah/ Gurindam Tuntutan
17 Sarji Kasim - Nazam Kasih Rasul Junjungan/Warna Alam Dalam Kehidupan/Syair Syiar Rasulullah.
18. Akademik Sanggar Nurimas - Rakis Tamsil Zindik/ Syair Tamsil Zainab/ Jalan Ke Rumah Taubat
19. S.Amir Onn - Syair Tamsil Adha/ Dua Jihad
20. Hajah Amanah Mohd Noor - Nazam Nabi Muhammad S.A.W/ Adam dan Hawa Penghuni Syurga.
Penulis Tamu:
1. Roslan Madun ( Maestro Syair Nusantara)
2. Bonda Mahaya Mohd Yassin- PEN
3. Zazmie Zain - (Penerbit Radio Klasik)
4. Aminah Binti Mokhtar- Novelis dan cerpenis
5. Sujono M.pd - Indonesia
6. Nik Omar Nik Abdul Aziz - YDP YADIM
1. Roslan Madun ( Maestro Syair Nusantara)
2. Bonda Mahaya Mohd Yassin- PEN
3. Zazmie Zain - (Penerbit Radio Klasik)
4. Aminah Binti Mokhtar- Novelis dan cerpenis
5. Sujono M.pd - Indonesia
6. Nik Omar Nik Abdul Aziz - YDP YADIM
Proses alih tulisan rumi kepada tulisan jawi bagi kesemua karya yang disenaraikan sedang dibuat. Satu kumpulan Whatsapp akan diwujudkan untuk mempermudah urusan berkaitan.
Saturday, 27 April 2019
Friday, 26 April 2019
SONETA LANGIT PALESTIN..
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
SALAM JUMAAT MULIA
LANGIT PALESTIN - PROJEK SONETA II
Terima kasih kepada semua penulis yang terlibat dalam menjayakan antologi puisi moden genre soneta "LANGIT PALESTIN - Projek Soneta II" ini.
Buku ini memuatkan 99 buah soneta daripada 32 orang penulis, dan merupakan terbitan SPTA yang kelima bagi tahun 2019.
01 - Adyra Az-Zahra
02 - Bayu Pagi
03 - Citranalis
04 - Faiziah Shamsudin
05 - Fauziah Md Zakaria
06 - Faridah Idarasul
07 - Has Yusoff
08 - Iffa Aini Hamid
09 - Issey Miyaki
10 - Masriyah Misni
11 - Mokhtar Rahman
12 - Nazim Mohd Subari
13 - Nini Zalina
14 - Nohan Norehan
15 - Norgadis Labuan
16 - Nur Ain Hanis
17 - Oui Sal
18 - Pak Engku
19 - Paridah Ishak
20 - Raonah Mohd Sam
21 - Rina Chundau
22 - Russ Asan
23 - Sabariah Nor Salleh
24 - Seti Zaleha
25 - Sri Mawar
26 - Sujata Wee
27 - Suzana Jumadil
28 - Syidah Ida
29 - TabirAlam
30 - Wahidah Hj Ahmad
31 - Yahti Hayati
32 - Yanz Hamzah
.
Thursday, 25 April 2019
KUATRIN SIAPALAH KITA
ASSALAMUALAIKUM
KUATRIN
SIAPALAH KITA
Siapalah kita suka menghina
gemar mencerca tidak berkenan
mudah melontar batu mengena
tuju sasaran bawa peranan
Sekadar kenal
belum bersua
bagaikan akrab tersangat rapat
luar dan dalam tahu semua
arif segala buktinya tepat
Sedikit tahu habis
dibongkar
bagai menulis sebuah karya
darinya pucuk hingganya akar
dicoret larik di media maya
Cacian hina bukan budaya
budi bahasa santun
Melayu
sebabkan ragu
hilang percaya
maksud sebenar lagu mendayu
Di tempat tinggi Dia tercinta
tingkah hamba-Nya jelas perhati
Rakib dan Atid terus meninta
Di Padang Mahsyar memapar bukti
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
24 APR 019
Wednesday, 24 April 2019
REZEKI SYAABAN..
ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH ANAKANDA SULUNG PI MENERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN...KELEMENTONG BEKERJA TIDAK TENTU MASA UNTUK MEMPEROLEHINYA BUAT KALI KEDUA DENGAN IZIN-NYA....
TAHNIAH MAYASARI IDAWANIE OMAR
EMAKNYA SEKADAR TUMPANG BERBANGGA!
ALHAMDULILLAH ANAKANDA SULUNG PI MENERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN...KELEMENTONG BEKERJA TIDAK TENTU MASA UNTUK MEMPEROLEHINYA BUAT KALI KEDUA DENGAN IZIN-NYA....
TAHNIAH MAYASARI IDAWANIE OMAR
EMAKNYA SEKADAR TUMPANG BERBANGGA!
Sunday, 21 April 2019
PEPERANGAN SUATU JENAYAH...
ASSALAMUALAIKUM...
Sumber Sinar Harian
NEGARA YANG MENGANGGOTAI PAKATAN NATO
Menteri Pertahanan, Mohammed bin Salman berkata, kempen itu akan ‘menyelaras’ usaha memerangi keganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Afghanistan.
PIC GOOGLE (C)
Esei
Oleh
Paridah Ishak
PEPERANGAN SUATU JENAYAH
PEPERANGAN dan pembunuhan sesama manusia seringkali berlaku di antara
pihak yang bersengketa dengan hajat mencapai matlamat masing-masing semenjak
penghuni dunia belum bertamadun sehinggalah perubahan kemajuannya mengikut
aliran masa hingga kini.Peperangan berterusan berlaku meninggalkan parutnya
yang ternyata hodoh.
Ada
saja polemik yang tercetus samaada sengaja dicari atau tidak.Nampaknya tamadun
dunia yang semakin tinggi tidak mengangkat peradaban manusia kepada lebih baik
dan sempurna.
Penyelesaian
setiap masalah tersasar dan menyasarkan penggunaan pelbagai jenis senjata yang
dicipta semata-mata untuk memenangi pertempuran yang ternyata merugikan dan
mengakibatkan kemusnahan yang tidak sedikit.Pembunuhan berlaku mengorbankan
nyawa dengan jumlah yang ramai.
Perbuatan
keji sebegini tidak mahu diterima sesiapa saja dengan apa pun alasan yang
diberikan semata-mata untuk mewajarkan tindakan begitu. Jikalau ianya telah
ditafsirkan sebagai perbuatan jenayah tentulah tidak terlepas untuk menerima
hukuman berlandaskan undang-undang global sedia ada.Jenayah leluasa yang ketara
dilakukan.
Namun
di zaman Rasulullullah nabi Muhammad SAW, baginda dan para sahabat berperang
hanya kerana mempertahankan diri dan menegakkan syiar Islam dalam Perang Badar
pada 17 Ramadan tahun 2 hijrah, Perang Uhud
3 Syaaban tahun 3 hijrah menentang musyrikin Quraisy. Dan beberapa
peperangan lagi yang diterajui panglima-panglima perang Islam demi menyebar
danmendakwahkan syiar Islam ke seluruh pelosok dunia.Dan etika peperangan
dipatuhi demi mengecilkan akibatnya.
Masakini peperangan dan pembunuhan berlaku
sewenang-wenang tanpa kawalan.Menurut catatan sejarah adalah kerana campur
tangan kuasa negara asing dengan muslihat untuk mendapatkan sesuatu kepentingan
kepada keterlibatan mereka.
Misalnya mereka menghulurkan bantuan ketenteraan dan
persenjataan kepada kedua-dua pihak yang bertelagah.Negara-negara kuasa besar
yang produktif dalam pengeluaran senjata sering dilihat membawa peranan
mengagenda sesuatu perang persis yang dicatat dalam sejarah.
Amerika Syarikat (AS) dan negara
Eropah Barat adalah pengeluar terbesar senjata dan aset ketenteraan di dunia
pada 2013.
Perlumbaan produktiviti persenjataan
dan persaingannya untuk memenangi pasaran pengguna memberi kesan buruk kepada
kesejahteraan global kerana
masing-masing ingin memperlihatkan rekacipta yang efisien. Senjata-senjata ini
hanya berguna sekiranya ada perang yang tercetus atau sengaja dicetus.
Sungguh tidak adil dan tidak
berperikemanusian mereka yang meraih keuntungan berganda dengan kemusnahan dan
pembunuhan yang dilakukan menggunakan perdagangan senjata yang diproduksi.
NEGARA PENGELUAR SENJATA
AKTIF
1. Amerika Syarikat
2. Italy
3. Britain
4. Peranchis
5.
Israel.
Menurut laporan mereka, industri pembuatan senjata kini bernilai 325 bilion euro (RM1.4 trilion) yang mana 45 peratus lebih tinggi berbanding sedekad lalu.
kata pakar perdagangan dan senjata - penganalisis Sipri, Aude Fleurant.
Menurut laporan mereka, industri pembuatan senjata kini bernilai 325 bilion euro (RM1.4 trilion) yang mana 45 peratus lebih tinggi berbanding sedekad lalu.
kata pakar perdagangan dan senjata - penganalisis Sipri, Aude Fleurant.
Sumber Sinar Harian
Kuasa-kuasa asing yang
mengambil kesempatan mencampuri urusan negara lain ini bukan dengan niat hendak
meleraikan pergolakan yang berlaku tapi bersikap ‘ada udang sebalik batu.’
Malah mengusutkan lagi keadaan menjadi tambah berserabut.Dan mencetuskan
pertikaian yang berlarutan dan memakan korban yang tidak sedikit.
Sesuatu isu seputar yang timbul boleh menyebabkan
kekecohan berlarutan yang akan merebak kepada berlakunya peperangan besar
sewajarnya dicegah dan diperbetulkan kesilapannya di mana-mana. Mencegahnya
adalah tindakan proaktif terbaik.
Sebab kesan yang ditinggalkan akibat peperangan terlalu
banyak kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.Sukar sekali untuk dipulihkan
dalam jangka masa pendek.Dan ada yang langsung tidak dapat perbaiki seperti
kecacatan anggota.Mentelah pula kehilangan nyawa. Tentu trauma dan amat
tertekan kerana kehilangan ayah, ibu, abang, kakak, adik, kawan-kawan dan
mereka yang rapat lagi tersayang bahana
perang.
Sekiranya kemusnahan sering berlaku akibat pelancaran
senjata api yang dilontar mudah seperti bom tangan yang sering dilakukan pihak
Israel kepada Pelastin kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa sentiasa berlaku tentulah pembangunan tidak mampu untuk dilakukan. Berulangkali
perlu membina semula keruntuhan tempat tinggal dan sebagainya oleh mereka yang
masih terselamat daripada serangan.Teramat sedih sekali memikirkan nasib yang
dilalui mereka yang tidak berdaya dan berdosa ini.Apalagi generasi muda yang
bakal mewarisi tanah air mereka.
Namun mereka tetap reda meneruskan kehidupan seadanya di
sini tanpa melarikan diri meninggalkannya ke negara lain kerana tegar semangat
mencintai negara dan rela berjuang hingga akhir hayat mempertahankan watan
mereka.
Perasaan mereka seakan mangli menghadapi situasi serangan
Zionis yang tidak dijangka bila tibanya walau PBB memutuskan menyalahkan
tindakan kejam zionis membunuh rakyat Pelastin.Namun tiada hukuman serius yang
diberikan.
Sekadar gertakan PBB (PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU)
OIC (ORGANISATION OF ISLAMIC COOPERATION) dan NATO (NORTH ATLANTIC TREATY
ORGANISATION) tanpa tindakan tegas tidak langsung memberi kesan kepada pihak
yang sentiasa mencemarkan suasana damai harmoni di situ dan berulangkali
sengaja mencari sebab agar perang sentiasa bergolak.
Hanya dipandang sinis masyarakat dunia dan memandang lewa
peranan mereka yang langsung tidak memberi sebarang kesan yang sangat
diharapkan. Situasi di situ seolah gelanggang perang yang akan diadakan
acaranya bila-bila masa.
Akibat itu apa saja perkembangan kemajuannya sentiasa
terbantut angkara sikap kerakusan manusia yang suka membuat onar kezaliman dan kerosakan
dunia.
ANTARA KESAN PEPERANGAN YANG KETARA DAN SANGAT DIMAKLUMI
1. Rakyat di sesebuah negara yang berperang terdedah ancaman
kematian - tidak mengira mereka berada
di golongan mana. Samaada orang dewasa,
kanak-kanak,mahupun warga tua - ramai juga yang cacat fizikal diri akibat
kecedaraan semasa perang- kematian
manusia terlalu mudah berlaku akibat
penyakit berjangkit dll yang mudah
menular ketika peperangan berlaku.
2. Harta benda persendirian dan awam terlalu banyak yang musnah
tidak terjumlah – bahana perang meninggalkan puing-puing yang bersepahan
merata. Kelihatan rosak - runtuh -
terbakar –kerugiannya pula teramat banyak sehingga mencecah angka berbilion-bilion dolar
Amerika. Begitu merugikan sekali.
3. Pelbagai masalah sosial menimbulkan gejala depresif, stres tekanan perasaan
berlaku peningkatannya dan sukar terkawal.
Traumatism mengganggu perkembangan jiwa terutama dalam kalangan
kanak-kanak .keadaan sedemikian pasti mengakibatkan pembangunan terjejas. Sumber manusia untuk berkarya pada masa depan semakin mengecil. Gejala
jenayah sosial ketara dan masalah lain
berlaku peningkatan yang begitu merungsingkan. Contohnya seperti jenayah rogol,
mencuri dan pelbagai lagi perbuatan jelek lagi jahat yang tidak diingini dan
sepatutnya tidak berlaku
4. Rakyat yang terlibat sentiasa berada dalam kebimbangan
justeru ketakutan yang mencengkam
perasaan mereka dan amat mengganggu kegiatan seharian mereka untuk meneruskan
kehidupan.dengan aman..
5 - Pembangunan sektor
pendidikan tergugat - kadar keciciran akan meningkat kerana sekolah-sekolah
terpaksa ditutup - pendidikan tinggi terganggu - universiti tutup juga - paling
terjejas adalah golongan kanak-kanak jika perang berlaku berpanjangan - kerana
prasarana pendidikan tidak dapat disediakan.
6 - Menjejaskan banyak sektor ekonomi perindustrian - pertanian -
pelancongan - perkhidmatan – perdagangan – segalanya langsung statik dan
tidak lagi berfungsi sebagai pemangkin menggerak pertumbuhan ekonomi menjadi
setabil.Dan memanfaatkan rakyat.
7 - Menimbulkan krisis ekonomi kritikal seperti inflasi dan
pengangguran.. Krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh rakyat negara
yang terlibat
8 – Bahan- bahan makanan berkurangan dan bekalan ubat-ubatan sukar diperolehi.
9 - Kebuluran dan penularan penyakit berlaku
10 – Taraf kesihatan jauh merosot dan tumbesaran kanak-kanak
terencat - ramai dapat penyakit akibat kurang zat contoh ketika perang dunia ke
dua sewaktu Malaya ditawan Jepun yang menyebabkan rakyatnya hanya makan ubi
kayu sebagai sumber makanan mengalas perut.pelbagai penyakit menyerang
kesihatan rakyat Malaya ketika itu.
Tiada yang
beroleh manfaat daripda peperangan yang mengorbankan banyak nyawa melainkan
mereka yang bergiat cergas dalam bidang perniagaan persenjataan. Negara-negara
pengeluar senjata akan menjual senjata-senjata ciptaan terbaru atau yang sedia
ada kepada pihak yang berperang. Situasi yang akan melariskan jualan senjata
mereka.
KABUL 15 Okt. - Sekurang-kurangnya tiga juta rakyat Afghanistan
kini dalam keadaan `terdesak’ untuk mendapatkan makanan dan diancam kebuluran
jika tidak diberi bantuan segera, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut badan dunia itu, musim kemarau di seluruh kawasan utara
dan barat negara ini menyebabkan kemusnahan tanaman, ternakan dan bekalan air
sehingga memaksa beratus-ratus ribu penduduk meninggalkan kediaman
masing-masing.
Musim kemarau tersebut memburukkan lagi keadaan negara itu yang
dibelenggu konflik selama 17 tahun dan sedang bersiap sedia untuk mengadakan
pilihan raya Parlimen yang tertangguh sejak tiga tahun lalu.
PBB kini menggiatkan usaha antarabangsa untuk memperuntukkan
bantuan makanan kepada 2.5 juta daripada tiga juta penduduk berkenaan menjelang
pertenggahan Disember ini. – AFP
Sumber Utusan Malaysia
Perang yang dilancarkan
kesatuan Soviet ke atas Afghanistan telah sekian lama berrlaku namun kesannya
ditanggung hingga kini oleh rakyat Afghanistan
Perang
Soviet-Afghanistan mengambil masa sembilan
tahun di mana Kesatuan Soviet cuba mempertahankan kerajaan Marxis mengambil masa yang
begitu lama untuk ditamatkan. Afghanistan, iaitu Republik Rakyat Demokratik
Afghanistan, menghadapi Mujahidin Afghanistan yang ingin menggulingkan kerajaan.Kesatuan Soviet
menyokong kerajaan Afghanistan, sementara para mujahidin mendapat sokongan dari
banyak negara, antara lain Amerika Syarikat dan Pakistan.
Pasukan Soviet pertama
kali sampai di Afghanistan pada tarikh 25 Disember 1979, dan pengeluaran pasukan
terkini berlaku pada tarikh 2 Februari 1989.Kesatuan Soviet lalu mengumumkan
bahawa semua pasukan mereka sudah ditarik dari Afghanistan pada tarikh 15
Februari 1989. Kerana banyaknya kos dan akhirnya kesia-siaan konflik ini,
Perang Soviet-Afghanistan sering disamakan sebagai padanan Kesatuan Soviet
daripada Perang Vietnam Amerika Syarikat.
Sumber wikipedia
Perang ini mempunyai kesan yang sangat besar, dan merupakan
salah satu faktor hancurnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991.
PAKATAN KETENTERAAN
Beberapa pakatan ketenteraan telah dibentuk demi mengujudkan kerjasama antara negara yang
menganggotainya sekiranya negara tersebut dilanda perang.
Perikatan ketenteraan adalah perjanjian antarabangsa mengenai keselamatan negara, apabila pihak-pihak terlibat berjanji untuk menolong satu sama
lain sekiranya ada krisis yang belum dikenal pasti..Perikatan tentera berlainan
daripada gabungan dibentuk untuk sesuatu krisis yang telahpun diketahui.
Perikatan
tentera dengan niat yang amat baik dan diyakini semua anggotanya
1. PAKATAN NATO
NATO merupakan perikatan ketenteraan antara
beberapa negara Eropahdan Amerika
Syarikat.NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan
Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari
segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang
Negara-negara
NATO dalam warna biru.
|
|
Pembentukan
|
4 April, 1949
|
Jenis
|
|
Ibu pejabat
|
|
Ahli
|
|
Bahasa rasmi
|
|
.
NEGARA YANG MENGANGGOTAI PAKATAN NATO
·
4 April 1949
·
TIGA PAKATAN
Adalah pakatan ketenteraan di antara Jerman, Austria-Hungary dan Itali, (sebagai menentang Tiga Entente yang terdiri daripada satu pakatan di antara Britain, Perancis dan
Rusia), yang berlangsung dari 1882[ sehingga Perang
Dunia Pertama pada
tahun 1914.
Sumber
WIKIPEDIA
PERIKATAN
34 NEGARA NEGARA ISLAM
Antara
negara yang menyertainya;
1.
Mesir
2.
Qatar
3.
UAE
(Emiriyah Arab Bersatu)
4.
Turki
5.
Pakistan
6.
Malaysia
Dan lain-lain negara
Teluk dan Afrika.
Arab
Saudi, hari ini mengumumkan pembentukan pasukan tentera perikatan terdiri
daripada 34 buah negara Islam, termasuk Malaysia bagi memerangi keganasan.
negara yang membentuk tentera perikatan itu ialah Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Malaysia, Pakistan dan negara-negara Teluk dan Afrika.
negara yang membentuk tentera perikatan itu ialah Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Malaysia, Pakistan dan negara-negara Teluk dan Afrika.
Menteri Pertahanan, Mohammed bin Salman berkata, kempen itu akan ‘menyelaras’ usaha memerangi keganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Afghanistan.
Sumber
Utusan Malaysia
Apa-apa saja pakatan yang
dtubuhkan demi menjaga keselamatan negara dan warganya seharusnya membawa
manfaat dan durus sebaiknya agar tujuannya menepati rencananya. Tapi kelihatannya langsung tidak membawa efek
yang diyakini kepada negara yang menyertainya..
Berikut disenaraikan
beberapa peperangan besar yang telah berlaku di abad 20 hingga kini.
PERANG YANG TELAH BERLAKU
|
TAHUN BERLAKU
|
ANGGARAN JUMLAH MANGSA TERBUNUH
|
PERANG DUNIA PERTAMA
|
28 JULY 1914-11 NOV 1918
|
35 JUTA ORANG
|
PERANG DUNIA KEDUA
|
1 SEPT 1939-2 SEPT 1945
|
60 JUTA ORANG
|
PERANG KOREA
|
25 JUN 1950-27 JULY 1953
|
1 JUTA ORANG
|
PERANG VIETNAM
|
2 JAN 1963-23 APRIL 1975
|
3 JUTA ORANG
|
KONFLIK DI KEMBOJA
|
1973-1991
|
1.7 JUTA ORANG
|
GENOSID DI RWANDA
|
6 APRIL 1994-JULY 1994
|
1 JUTA ORANG
|
GENOSID DI BOSNIA
|
11 JULY 1995-13 JULY 1995
|
100,000 ORANG
|
PERANG IRAQ
|
20 MAC 2003-15 DIS 2011
|
1 JUTA ORANG
|
Tribunal Jenayah
Perang Nuremberg 1946
Sumber majalahsains.com
NEGARA YANG MASIH DALAM PERGOLAKAN PERANG SEHINGGA KINI
1. Syria
2. Pelastin
3. Myanmar
1.
Perang
di Syria masih berlaku dan tidak dapat dinyatakan anggaran yang telah terkorban
sebenarnya. Namun yang dinyatakan Tribunal Jenayah Perang Nuremberg jumlah yang
terkorban adalah 500,000 orang .selagi perang ini belum tamat pasti bilangan
mangsa yang terbunuh akan bertambah.
2.
Pelastin
dan Israel juga sentiasa berkrisis dengan tindakan Israel yang seringkali
menghunjam negara kecil ‘bumi anbia’ itu dengan serangan motar dan bom yang
mengakibatkan kematian warga Pelastin dan kemusnahan harta benda semenjak
mereka dibenarkan berpindah mendiami wilayah yang ditentukan tentera bersekutu
eropah ekoran insiden ‘holocauste’ yang dilakukan Hitler, pemimpin German ke atas bangsa yahudi itu
dalam perang dunia kedua
3.
Pergolakan
di Rakhine Myamar juga masih berterusan menyebabkan bangsa Rohingya ramai
terbunuh dan terpaksa menjadi pelarian meninggalkan negara mereka. Petaka ke
atas bangsa Rohingya juga boleh diketegorikan sebagai genosid. Dan jenayah
pembunuhan terancang. Bangsa Rohingya yang mendiami Rakhine dianggap bukan
rakyat Myanmar. Tentera Myanmar berusaha mengusir mereka dari kampung halaman
mereka dengan cara melakukan pembakaran rumah-rumah Rohingya, menyiksa, merogol
wanita-wanita, membunuh dan pelbagai lagi perbuatan zalim yang dilakukan.
Hingga setakat ini tidak ada data jumlah mereka yang kehilangan nyawa dalam
pergolakan tragis dan sadis ini.
.
KOMENTAR
YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA2018
Tun Dr Mahathir Mohamad, Kolej Imperial, London 25 April 2008
“Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.Banyak
langkah yang telah diambil.Marilah bersama-sama mara ke hadapan dalam
perjuangan ini demi mencapai peradaban yang sejati, dengan menjadikan
peperangan satu jenayah.”
Tun Dr Mahathir Mohamad, “Dedahkan Jenayah Perang – Jenayahkan
Peperangan” 5 Februari 2007
Dimanakah kedudukan kita dalam peradaban manusia apabila tetapan
global semasa dibentuk dengan acuan yang dapat dilihat sebagai “yang berkuasa
sentiasa betul” dan “sejarah ditulis oleh orang yang menang”? Sejak zaman
dahulu, tamadun manusia menyaksikan bidang sains dan teknologi dieksploitasi
untuk memulakan peperangan menentang pihak yang berkonflik, merombak peta dunia
serta mewujudkan ketegangan dalam pelbagai rantau dan budaya yang berlainan.
Teknologi senjata dikomersialkan dan menjadi tumpuan utama untuk
mempamerkan kekuatan sesebuah negara, sementara senjata kimia dengan mudah
dapat melenyapkan populasi.Baru-baru ini, teknologi dron autonomi digunakan
untuk membunuh orang awam.Sains dan teknologi tidak bersalah tetapi insan di
sebalik ciptaan yang mampu melakukan perubahan; dalam hal ini sains dan
teknologi digunakan untuk mempromosikan keamanan dan keharmonian global.
Sumber majalahsains.com
BEBERAPA SARANAN MUDAH
UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN GLOBAL
1. Masyarakat antarabangsa
perlu saling menghormati hak negara negara tanpa campur tangan apa saja masalah
yang mereka hadapi..
2. Tidak ada kuasa veto
negara negara yang menganggotai badan pertubuhan dunia PBB walau sebesar mana
kuasa yang mereka miliki. Semua negara walau kecil atau besar kapasitinya hanya
ada satu suara atau satu undi untuk menentukan sebarang keputusan dalam
penyelesaian sesuatu isu.
3. Pengeluaran senjata
perlu dikawal jumlahnya dan hanya untuk kegunaan negara sendiri sahaja bukan dengan tujuan
pengeksportan. Apalagi senjata nuklear
4. Undang-undang perang
yang tidak hanya menyebelahi sesuatu pihak seharusnya digubal dan dimetrai antara seluruh negara global.
5. Menggubal akta perang
sekata yang dipersetujui global bahawa perang adalah jenayah dan mereka yang
mencetusnya diberi hukuman setimpal.
6. PBB perlu menjalankan
peranan berkesan sebagai pertubuhan global menjadi tempat negara negara merujuk
masalah keselamatan yang menyangkut kepentingan bersama.
Sekadar beberapa saranan mudah diberi namun sekiranya diberi
pertimbangan sebaiknya tentu memberi hasil seperti diharapkan.
Hendaklah
berusaha menjaga dunia yang diamanahkan Allah kepada manusia sebagai khalifahnya agar tidak hancur musnah
kerana kelekaan penghuninya berperang tanpa sesekali memikirkan akibatnya,
seperti kata peribahasa ‘kalah jadi abu, menang jadi arang sehingga dunia pun
kosong bagai ‘padang jarak padang terkukukur’ sebelum kiamat sebenar berlaku.
Peperangan
memang sukar dinafikan untuk tidak berlaku walau kita berada di alaf baru di mana negara negara di dunia semakin berkembang maju dan
warganya begitu bertamadun kehidupan mereka dengan kecanggihan ilmu sains yang
membolehkan pelbagai rekacipta yang menakjubkan.
.