Thursday, 31 January 2019

ANTOLOGI KARMINA

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih kepada semua pemantun yang terlibat dalam menjayakan projek antologi puisi tradisional genre pantun dua kerat yang berjudul "KARMINA - Pantun Dua Kerat" ini.

Buku antologi ini memuatkan 972 rangkap pantun dua kerat daripada 35 orang pemantun, dan merupakan terbitan SPTA yang kedua bagi tahun 2019.

[01] Adyra Az-Zahra 
[02] Adziah Abd Aziz
[03] Amatara Md Rasul
[04] Anie Din
[05] Bayu Pagi
[06] Dipinggiran
[07] Fadziah Md Zakaria
[08] Faiziah Shamsudin
[09] Faridah Idarasul
[10] Has Yusoff
[11] Iffa Aini Hamid
[12] Issey Miyaki
[13] Jamilah Harun
[14] Kamarsinah Sarkam
[15] Karisma Rindu
[16] Lina Jarah
[17] Masriyah Misni
[18] Nazim Mohd Subari
[19] Norsidah Dhiya
[20] Pak Engku
[21] Paridah Ishak
[22] Puteri Andalas
[23] Qurniaan Jiwa
[24] Raonah Mohd Sam
[25] Rina Chundau
[26] Ruslina Mat Rakib
[27] Russ Asan
[28] Sabariah Nor Salleh
[29] Seti Zaleha
[30] Sri Mawar
[31] Sujata Wee
[32] Syidah Ida
[33] TabirAlam
[34] Wahidah Hj Ahmad
[35] Yahti Hayati



KREDIT TABIR ALAM

Tuesday, 29 January 2019

NAIKKAN SEMANGAT DENGAN MEMBACA CERITA...

ASSALAMUALAIKUM



Mahu naikkan semangat dengan cerita, mahu jatuhkan semangat pun dengan cerita.
Hikayat Amir Hamzah dibacakan di depan para hulubalang di bawah naungan kesultanan negeri Melaka sebelum turun bertempur dengan musuh.
Jousting, pertandingan adu tombak berkuda di kalangan bangsawan zaman pertengahan Eropah dimulakan dengan pengenalan mereka yang bertanding.
Susur galur keturunan diceritakan bagi menaikkan semangat diri dan menjatuhkan semangat lawan.
Sekarang, orang perempuan bawa novel dalam beg tangan dan membacanya dalam LRT.
Mood mereka terbentuk daripada isi novel.
Mahu belajar menulis cerita dalam bentuk yang sedap dibaca dan menaikkan semangat?
Tarikhnya pada 2 Februari. Dibimbing oleh cik puan Azzah Abdul Rahman
Mahukan semangat, klik link di bawah.
Kredit foto 

The Independent
Mynews Hub

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

Monday, 28 January 2019

SAYUR SEGAR..

ASSALAMUALAIKUM...

SAMBUNG N3 SEMALAM TENTANG CIKGU PAUZI MD SA ATAU PENULIS JIMISA LY YANG SANGAT      RAJIN BERKEBUN WALAU KERJAYA TETAPNYA SEORANG  GURU YANG SENTIASA SIBUK MENABUR      BAKTI MENDIDIK MURID-MURID DI                         SEKOLAH TAPI KELUARGANYA MENDAPAT BEKALAN SAYUR SEGAR SETIAP HARI HANYA DI SEKITAR RUMAHNYA...JIMAT TAK PAYAH BELI...TERASA NAK MAKAN SAYUR APA PETIK SAJA  ..DITANAM PUN DALAM PASU DAN BEG PELASTIK SAJA 
MUNGKIN USAHA CIKGU INI BOLEH DIJADIKAN INSPIRASI UNTUK MENUKAR SIKAP KEPADA HANYA TAHU MEMBELI SAJA...WALAU TANAH SEKANGKANG KERA ATAU TIADA ASAL ADA KEMAHUAN PASTI MEMBUGAR HIJAU SAYURAN DI UJANA KECIL....SAYURAN  YANG   DISUAP KE MULUT TERJAMIN TAHAP KESEGARAN TANPA MENGGUNAKAN RACUN PEROSAK YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN                       KITA..JOM MULAKANNYA











                                                                       

Saturday, 26 January 2019

KEBUN PENULIS...

ASSALAMUALAIKUM

HASIL BERKARYA DI KEBUN

CIKGU PAUZI MD ISA DENGAN NAMA PENANYA JIMISA LY SEORANG PENULIS BERKALIBER YANG MENGHASILKAN BANYAK KARYA SASTERA DI MERATA MEDIA MASSA JUGA SEORANG  YANG SANGAT RAJIN BERKEBUN....KESIBUKANNYA MENGURUSKAN KERJAYA SEBAGAI  GURU DI SAMPING MENULIS KARYA TIDAK MEMBATASKANNYA UNTUK BERTANI ...WALAU MENGALIR KERINGATNYA HINGGA BASAH LENCUN BAJU YANG DIPAKAINYA...MINAT PUNYA  PASAL APA SAJA GANGGUANNYA TIDAK DIPEDULIKAN...

KESUNGGUHAN BERKEBUN, BERBUDI KEPADA TANAH HASILNYA MEMBUATKAN PENGUSHANYA TERSENYUM PUAS....PI PUN MINAT SANGAT BERKEBUN NI...TAPI DAH MASANYA PENCEN BEREHAT SAJALAH...CUMA TUMPANG BAHAGIA MELIHAT POHON  TANAMAN PETANI  YANG RAJIN INI MERIAH SEKALI REZEKI-NYA










                                          pokok tin sedang berbuah

                                                           
                                            PIC CIKGU PAUZI  MD ISA   

Friday, 25 January 2019

KERANA SEBUAH MICROWAVE NOVEL SIAP DITULIS...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

*Kerana sebuah microwave, novel siap ditulis.*
Itu yang dilakukan oleh wanita ini
Dia berkata, "Saya menguruskan keluarga dan memberi sepenuhnya kepada mereka. Pada masa sama, saya sayangkan mimpi mahu ada sebuah novel dalam tangan."
Maka, wanita yang juga ibu ini mencari cara agar dia dapat memegang keluarga dan mimpi bersama-sama.
Akhirnya dia menjadikan microwave di dapur sebagai penyelesaian.
"Saya setkan masa pada microwave selama sepuluh minit pada setiap hari. Sepanjang masa itu saya menulis novel. Apabila microwave berbunyi, saya berhenti dan melakukan perkara lain di dapur."
Dia melakukan perkara itu setiap hari selama lima tahun.
Novel yang dihajatkan berada dalam tangan.
Wanita itu berkata, "Apabila bermimpi, kita mesti berjalan, walaupun langkahnya kecil. Kerana perkara yang pasti apabila kita bermimpi dan berjalan, kita akan sampai ke garisan penamat."
Wanita itu bernama Katharine Grubb, wanita yang memilih anak-anak agar home-schooling dan suka menghasilkan roti.
Menulis novel juga mempunyai sistem kerja.
Sistem itu menjadikan kita dapat memecahkan masa dalam menulis. Ia menjadikan kita terkawal.
Pada 2 Februari ini, bengkel praktis, Menulis Novel Gaya Drama Korea memberikan sistem kerja menulis fiksyen formula 7W1H yang mudah dilakukan.
Bengkel hanya diadakan di Kuala Lumpur.
Pengamalnya, Azzah Abdul Rahman pada masa ini dalam perjalanan balik dari Korea Selatan.
Pada hari Sabtu hadapan kita belajar di bawah bimbingan beliau yang praktikal.
Klik untuk satu tempat.
Berikan peluang kepada mimpi sendiri agar belajar sekali, tulis berkali-kali.

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend

Thursday, 24 January 2019

MENGURUS KESIHATAN DIRI...

ASSALAMUALAIKUM

PUNCA PENYAKIT

Penyakit bukan berpunca dari pemakanan semata mata tapi dari mental..fizikal dan pemikiran ...PUNCA SAKIT
Seorang *Profesor Muslim di Jepun* melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa *_kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani._*
1. Ternyata masalah *appendiks* bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.
2. *Darah tinggi* bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.
3. *Kolesterol* bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.
4. *Asthma* bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.
5. *Diabetes* bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.
6. *Penyakit liver* (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.
7. *Penyakit jantung* bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.
Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah
- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%
Maka benarlah firman ALLAH
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31
*Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.*

ILYA   KABLAM

Wednesday, 23 January 2019

PANTUN RADIO KLASIK...

ASSALAMUALAIKUM

RADIO KLASIK SLOT PAGI 8.00 HINGGA 10.00 PAGI HARI ISNIN SIARKAN PANTUN SERANGKAP YANG MELIBATKAN PENDENGARNYA BERKARYA MEMBALAS PANTUN YANG DIBERI DI FB RADIO KLASIK....SLOT PAGI HARI KHAMIS 8.00 HINGGA 10.00 MENYIARKAN HANYA DUA BARIS SAMPIRAN  PANTUN DAN MEMINTA PENDENGAR MENCARI MAKSUDNYA YANG BERSESUAIAN   ...PANTUN TERPILIH AKAN DIBACA        DJ RADIO BERTUGAS....SERONOK JUGA  KAN KALAU KARYA KITADI BACA DI RADIO...PI CUBA JUGA TAPI TAK PERNAH SANGKUT PUN HEH..HEH...                                       

PANTUN D’KLASIK

Bunga pedada gugur di rawa,
Jauh berdepa darilah sawah;
Bergurau senda senyum ketawa,
Bertegur sapa erat ukhuwah.
PI


Corak berseni batek lepas,
Elok disarung sicantik nyonya;
Ambil sari buang ampas,
Jelek ditinggal manfaat semua.
RADIO KLASIK


DJ RADIO KLASIK PIC FB RADIO KLASIK(C)

Tuesday, 22 January 2019

KENALI SPTA...

ASSALAMUALAIKUM



"Siri Penerbitan TabirAlam" (SPTA) dimulakan dari Klinik Haiku pada tahun 2012, beranjak dari situ lahirlah beberapa buah antologi bersama berikut; 
.
(01) Antologi Haiku 2006 (2007) - Haiku 
(02) Antologi Haiku@Facebook (2014) - Haiku [e-book].
(03) Projek Haiku (2015) - Haiku
(04) Suara Hati Sri Mawar (2015) - Sajak [e-book]
(05) Semandarasa - Projek Pantun Melayu (2016) - Pantun
(06) Projek Sonian (2016) - Sonian
(07) Aidilfitri - Sajak-Sajak Kenangan (2016) - Sajak
(08) 1001 Pantun Terapi Minda II (2016) - Pantun
(09) Alegori - Projek Soneta Melayu (2016) - Soneta
(10) Projek Haiku Sayembara (2016) - Haiku
(11) Pelangi - Projek Haiku II (2017) - Haiku
(12) Regis - Projek Haibun Melayu (2017) - Haibun
(13) Berbalas Pantun (2017) - Pantun
(14) Catatan Kenangan (2017) - Anekdot
(15) Adikarya - Antologi Poligenre (2017) - Poligenre
(16) Seribu Sonian (2017) - Sonian
(17) Cengkerama - Projek Seloka (2017) - Seloka
(18) Agraria - Sajak-Sajak Kehidupan (2017) - Sajak
(19) Memori Aidilfitri (2017) - Anekdot
(20) Istana Kasih 4 (2017) - Sajak
(21) Pantun Berkait (1/2018) - Pantun
(22) Santun Berpantun (2/2018) - Pantun
(23) Catatan Kembara (3/2018) - Travelog
(24) Pantun Serumpun (4/2018) - Pantun
(25) Asmaradana (5/2018) - Pantun
(26) Abadi - Projek Haiga (6/2018) - Haiga
(27) Menu - Dari Dapur Penulis (7/2018) - Resipi
(28) Dirgahayu - Pantun Merdeka (8/2018) - Pantun
(29) Asmaraloka - Syair Melayu (9/2018) - Syair
(30) Penganan - Dari Dapur Penulis (10/2018) - Resipi
(31) Pasak #152 (11/2018) - Sajak
(32) Senjakala (12/2018) - Cerpen
.
Alhamdulillah, berkongsi ilmu dengan penulis alam siber, serta memberi bimbingan kepada peminat puisi tradisional dan moden untuk karya mereka diantologikan berhasil. Terima kasih kepada penulis terlibat.
..
Beberapa lagi Siri Penerbitan bagi tahun 2018 masih dalam rangka penyediaan serta proses menghimpun karya;
.
(1) Suara Hati (Kuatrin)
(2) Sehati (Cerpen)
(3) Sekeping Hati Wanita (Cerpen)
(4) Gurindam Jiwa (Gurindam)
(5) Facebook: Pengkaryaan - (Wawancara)
(6) Pantun Dua Kerat (Pantun)
.
InsyaAllah, atas permintaan penulis - projek cerpen akan dipertimbangkan. Begitu juga cadangan bagi projek "Pantun Dua Kerat", serta "Petua - Dari Penulis" yang disarankan.

Saturday, 19 January 2019

KAMPUNG HALAMAN

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.....SEMPENA CUTI YANG AGAK PANJANG RAMAI ANTARA KITA YANG PULANG KE KAMPUNG BERTEMU AYAH BONDA DAN SAUDARA MARA DI SANA....ALANGKAH GEMBIRANYA YA
                                              


KAMPUNG HALAMAN

Cempung ke taman pelam di tangan;
kampung halaman dalam kenangan.

Mengkudu dalu berimpung maman;
rindu selalu kampung halaman..

Padah gelinya kering ditayang;
indah permainya sering terbayang.

Menyusun dahan singgir sedikit,
dusun buahan di pinggir bukit.

Sanduk kelkatu sembunyi benang,
duduk di situ sunyi dan tenang.

Hilang di paya dipantau kalang;
menjelang raya perantau pulang.

Sewah memilin urat sutera;
ukhuwah terjalin erat mesra.


#eringin situ redup meranti;
ingin di situ hidup dan mati.

Tampung sulaman meranah leka;
kampung halaman tanah pusaka.

Friday, 18 January 2019

KURSUS MENULIS NOVEL...

ASSALAMULAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

                                                      PIC GOOGLE (C)

Setiap hari saya menimbunkan sampah 'sangkaan buruk' dalam kepala.
Saya sangka apabila buat-buat lupa keinginan sendiri, ia akan hilang. 
Tidak. Makin kerap dia datang.
Saya duduk-duduk dan menonton drama  Korea. 
Tabiat menonton menjadi-jadi, dari satu episod ke satu episod. 
Saya terfikir, kenapa berpuluh episod drama Korea dapat ditonton tanpa lelah dan bosan?
Malah, ada waktunya, saya tulis petikan dialog watak dan dimuat naik dalam Instagram dan Facebook.
Kenapa tiba-tiba jadi begini?
Mesti ada sistem kerja yang mereka ulang guna dalam setiap drama Korea.
Bagusnya jika saya ada satu panduan lengkap bagaimana  rangka cerita drama Korea yang dapat ditiru semula menjadi rangka novel saya.

Bagaimana?




kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

Thursday, 17 January 2019

TERATAI

ASSALAMUALAIKUM
                                                                  PIC GOOGLE (C)


Haiku Teratai

gubahan sajak -
vas Teratai Abadi
khazanah seni

teratai batu -
pancuran limpah air
singgahan santai

Fauziah Latiff -
Teratai Tasik Madu
malar hijau

senandung lagu -
teratai lambang cinta
seniman unggul

kelopak ungu -
lonjak teratai danau
saujana seri

daun terapung
kembang teratai merah -

akar tergantung

teratai anggun -
lukisan cat air
galeri seni

dayung perahu -
teratai Tasik Chini
misteri naga

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
17/01/019

Wednesday, 16 January 2019

LORONG KEHIDUPAN INI...

ASSALAMUALAIKUM


LORONG KEHIDUPAN INI

Walau ianya sementara
destinasi akhirnya pasti
Dan laluilah segenap ceruk likunya
yang beronak duri dengan tegar amat
tegap asa.
Rencah nya membubu rasa pelbagaian
resepinya adalah pilihan kita
yang jadi hidangan di meja kehidupan.
Lalu santaplah meski tidak berselera
Setelah itu bersandarlah di pohon Iradat
seraya mengucap syukur nikmat.
Alhamdulillah.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.

Tuesday, 15 January 2019

KUATRIN SUARA HATI

ASSALAMUALAIKUM

SUARA HATI

ANTOLOGI PUISI KUATRIN NUKILAN BERSAMA GRUP PENULISAN SPTA DIBAWAH BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM TELAH PUN TERBIT....BUKAN MUDAH JUGA MENULIS PUISI INGGERIS INI TANPA BIMBINGAN SIFU YANG BERILMU...MEMANG TERKIAL-KIALLAH MENYUSUN AKSARANYA....TAPI SIAP JUGA TIGA TAJUK YANG DITENTUKAN BERLAINAN TEMA.

KUATRIN SUARA HATI ADALAH ANTOLOGI KEDUA PI UNTUK TAHUN INI 019



SENARAI KARYA:
.
[01] Aloy Indra Jokina
Bidadari
Kubuang Sedih Kubuang Resah
Mencari Kasih
[02]Bayu Pagi
Pegawai Polis
Riak Halimunan
Surat Saman
[03] Dipinggiran DP
Hasrat Terpendam
Pertemuan Terindah
Takdir
[04] Has Yusoff
Ayah
Kekasih
Liku-Liku Kehidupan
[05] Issey Miyaki
Cincin Permata Biru
Kasut "Legen" Merah
Malam, Hujan Dan Kenangan
[06]Jamilah Harun
Aku Dan Sifu
Kenangan
Permata Hati
[07] Kamarsinah Sarkam
Alam Pesara
Demi Masa Depan
 Zuriat
[08] K Manja (Khair Man)
Andai Kau Tahu
Benteng
Gema Penyeri
[09] Karisma Rindu
Bukan Jodoh
Melukut Di Tepi Gantang
Teringat Ayah Di Hujan Lebat
[10] Lina Jarah
Kasih Bonda
Kesetiaan
Muhasabah Kehidupan
[11] Masriyah Misni
Hari Anugerah Kualiti
Mengawas Peperiksaan
Perpisahan
[12] Nazim Mohd Subari
Alam Yang Kupandang
Album Lama
Pengarangan
[13] Nohan Norehan
Anak Dewasaku
Anak Kecilku
Anak Remajaku
[14] Nor Aziah Aziz Fadzilah
Sabar Dalam Ujian
Sahabat Lama
Satu Cabaran
[15] Norgadis Labuan
Awan, Langit, Dan Ombak 
 Nelayan
Rindu Ibu
[16]Pak Engku
Detik Semalam
Kesetiaan Yang Luntur 
 Seraut Wajah
Paridah Ishak
Kalungan Budi
Sasterawan Negara
Suara Hatiku
[18]Puteri Andalas Novelis
Persaraan Awal
Terus Melangkah
Tiada Sesalan
[19] Qurniaan Pencinta JiWa
Atma Yang Menangis
Edan Kasmaran
Kala Diri Diuji
[20]Raonah Mohd Sam
Penganggur
Sepi 
Sesat
[21]Rina Chundau
~Rindu
Suami
Zaman Itu
Aku, Rindu Dan Hujan
[22] Ruslina Rakib
Aku, Ombak Dan Pantai
Bicara Buat Bonda
Tengkujuh
[23]Russ Asan (Mak Russ)
Bidadara Syurga
Cinta Pertama
Geram
[24] Sabariah Nor Salleh
Insan Biasa
Pusaka Ayah
Sahabat Hati
[25]Saniah Masri
Deritamu, Simpatiku
Membebat Rindu
Penggali Kubur
[26] Seti Zaleha 
 Kecewa Akhirnya
Perjuangan Adik
Sendiri
[27]Sri Mawar 
Penjaja Kuih
Rindu Terpisah
Zahra Iman
[28]Sujata Wee
Bisikan Rindu
Kisah Silam
Penulis Tunas
[29]Suzana Jumadil
Kerinduan Bonda
Mampukah Hati Diubati
Mutiara Jiwa
[30]Syidah Ida
Harapan Hati
Kepada-Mu Aku Bermohon
Merenung Wajah Ibu
(31)TabirAlam
Istidraj
Kasihnya Ibu
Nurul Aina
[32] Wahidah Hj Ahmad
Harta
Kau Yang Tersayang
Sahabat Maya
[33] Yahti Hayati
Basikal Tua
Hadiah
 Pergilah Sayang