Thursday, 31 May 2018

SAYONARA UMNO...

ASSALAMUALAIKUM...

SAYONARA UMNO
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu 12/05/18
(1 - 33)
1. UMNO yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946 menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-72.
2. Malam semalam Majlis Tahlil diadakan di PWTC , satu - satu nya bangunan kepunyaan UMNO.
3. Inilah pertama kali UMNO menyambut hari ulangtahun kelahiran dalam keadaan sugul dan muram.
4. Sama ada majlis tahlil itu merupakan majlis terakhir bagi UMNO, sama-samalah kita tunggu dan lihat.
5. Apakah BN juga akan menerima nasib yang sama, wallahualam!!
6. Talian hayat UMNO selama ini iaitu SPR dan ROS tidak boleh digunakan lagi.
7. Jika semasa kempen pilihanraya lalu, papan - papan tanda dan iklan yang memaparkan wajah Tun Mahathir diharamkan, kini mulai dihalalkan.
8. Bukan setakat itu sahaja , Tun Mahathir turut dihina dan dimaki hamun oleh Pemimpin UMNO / BN.
9. Stesen - stesen TV dan akhbar - akhbar kepunyaan UMNO seperti Utusan , Berita Harian dan New Straits Times boleh dikatakan setiap hari mempaparkan kenyataan - kenyataan Menteri - Menteri dan sesiapa sahaja yang sedia membelasah Tun Mahathir.
10. Segala jasa Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dahulu diketepikan begitu sahaja.
11. Tata susila Melayu hormat menghormati , berbudi bahasa dan membalas budi telah dighaibkan begitu sahaja oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO di semua peringkat.
12 . "Cash Is King" adalah budaya baru yang amat digemari oleh mereka.
13. Akhirnya mereka mati seperti matinya semut kerana gula.
14. Kepada Penjawat Jawatan Awam dan yang lain - lain yang pernah terlibat dalam segala amalan rasuah, mereka dan keluarga kini tidak lagi boleh berlagak seolah - olah dunia ini mereka yang punya.
15. Begitu juga mereka yang terlibat menyembunyikan fakta bagi tujuan melindungi mana - mana penjenayah , pencuri dan perompak , nasihat saya mereka bolehlah melantik peguam - peguam bagi membela mereka di mahkamah nanti.
16. Majoriti rakyat yang membenamkan UMNO/BN pada PRU 14 yang baru berlangsung sebenarnya mereka TIDAK TERTAHAN lagi melihat harta Negara di rompak oleh mereka yang diberi kuasa tanpa punyai perasaan malu dan takut, sedangkan rakyat terpaksa berhempas pulas memerah keringat bagi menyediakan makan untuk keluarga di rumah.
17. Bertahun lamanya rakyat yang pernah membenarkan diri ditipu dan tertipu menitiskan air mata kesedihan kerana kesusahan hidup mereka.
18. Mulai semalam tangisan mereka bertukar dari kesedihan kepada kegembiraan.
19. Mulai semalam juga rakyat mula merasai KEMERDEKAAN sebenar.
20. Rakyat yakin Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003 , tidak akan mengulangi kelemahan - kelemahan yang pernah berlaku di era beliau dahulu.
21. Kepada mereka Tun umpama pepatah " Harimau Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama " ; kepada mereka juga Tun bukanlah " Pagar Yang Makan Padi".
22. Kepada Tun Dr. Mahathir saya ucapkan syabas dan tahniah kerana dilantik semula menerajui Negara ini buat kali kedua pada usia beliau 93 tahun.
23. Kepada rakyat Malaysia saya ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang buat kali kedua.
24. Kepada Kerajaan yang baru ini jalankanlah tanggungjawab dengan bijaksana dan beramanah.
25. SEMOGA PERISTIWA HITAM YANG MELANDA UMNO/ BN TIDAK AKAN MELANDA PAKATAN HARAPAN.
26. Rakyat telah menghantar UMNO dan BN ke tanah perkuburan, hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.
27. Begitu tajam sekali pandangan Tun apabila kira - kira 35 tahun dahulu beliau telah memberi amaran bahawa pada tahun 2020 dan mungkin awal lagi dari itu, rakyat khasnya orang Melayu akan menolak UMNO.
28. Kata Tun Mahathir lagi, kerakusan, penyelewangan kuasa , amalan rasuh , politik wang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO TANPA punyai perasaan kesian kepada rakyat yang menderita di bawah.
29. Saya sendiri yang telah meninggalkan UMNO / BN menjelang PRU 13 dahulu dan saya bertindak demikian kerana TIDAK BERSETUJU dengan apa yang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO ketika itu.
30. Saya menolak UMNO dan BN bukan benci pada nama nya, saya menolak UMNO kerana sedar bahtera yang saya berada di dalamnya sedang dikemudikan oleh lanun yang hanya mementingkan diri , keluarga dan mereka yang taat kepadanya saja.
31. KUN FA YA KUN - JADI ; MAKA JADI LAH IA.
32. HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA - GALA NYA.
32. ALLAH SWT telah mencabut nyawa UMNO dan BN pada 9hb Mei 2018 setelah 72 tahun ia dilahirkan.
33. SAYONARA !!
Kongsikan dan simpanlah tulisan saya ini sebagai kenangan.
Terima Kasih.

Wednesday, 30 May 2018

MENGINGATI UMMU ATIFFI...

ASSALAMUALAIKUM...

SECEBIS CATATAN PI TELAH TERMUAT DALAM ANTOLOGI UMMU ATIFFI YANG TELAH BERPULANG KE RAHMATULLAH TAHUN LALU DIPILIH PENERBITNYA YANG JUGA SUAMI BELIAU IAITU USTAZ ILHAMI HISYAM.....ALHAMDULILLAH SEBAK TERHARU DI KALBU....AL FATIHAH



PELANCARAN ANTOLOGI INI AKAN DISEMPURAKAN DATO DR AWANG SARIYAN MANTAN PENGARAH DBP PADA 30 JUN INI.DI RUMAH BeTA GOMBAK.

Sunday, 27 May 2018

CERPEN BUBUR LAMBUK MASJID U...

ASSALAMUALAIKUM...


Cerpen
Oleh Paridah Ishak

                                                  BUBUR LAMBUK MASJID U

Jelang Ramadan setiap tahun dia akan ke rumahku. Meninjau-ninjau sekeliling persekitaran laman rumahku. Melangut pohon nyiur yang kebanyakannya sudah agak tinggi menjulang. Namun kelihatan buahnya berkeruntoi lebat di mayangnya. Aku tahulah maksudnya itu.
            “Lebat juga nyiur pokok kau ni. Cukup ni untuk dibuat bubur lambuk di masjid selama sebulan Ramadan ni.”
            “Nanti aku datang kait ya.”
            “Datanglah kait bang Din”, sahutku kesukaan. Suka benar hatiku dapat menyumbang buah nyiur kepada masjid kampungku sempena Ramadan pada setiap kali Ramadan mutakhir ini. Pokok nyiur banyakku tanam di sekeliling rumahku memberiku rezeki-Nya tidak terhingga. Kadangku jual kepada mereka yang menjalankan perniagaan makanan. Mengadaptasi situasi menang-menang.
Tapi untuk jiran-jiranku yang mengambilnya buat menyayur, menggulai atau berkeduri-kendara kuberi sahaja. Begitu juga sekiranya bang Din jiranku meminta untuk kegunaan masjid.
            Tidak perlu berkira untuk menambah bekal amalku ke akhirat sana menurutku yang  sedikit kenihilan ilmu pengetahuan tentang agama Islam yang syumul ini.

            Lagipun tidak akan papa kedana lantaran rajin bersedekah. Rezeki-Nya maha luas segenap sudutnya tanpa kita sedari. Melimpah merata. Fahamanku begitulah. Rasanya tidak salah.
            Pemberianku itu dibalas bang Din sebagai komiti masjid yang menguruskan moreh masjid U dengan bubur lambuk atau lauk-pauk yang dimasak di masjid kala hendak berbuka.
            Bubur lambuk memang masakan istimewa bang Din. Secukup rasa.lemak manis, masinnya. Lengkap.keenakannya. setanding dengan kelazatan bubur lambuk masjid Jamek Kampung Baru kot. Aku mengagak saja. Sebab tidak pernah juga merasa bubur lambuk yang diuar-uarkan sangat sedap itu. Tular di media sosial. Gah sungguh.
            Bubur lambuk bang Din mengandungi tujuh jenis rempah herbanya iaitu ketumbar, jintan, halba, lada hitam, buah keras, buah pelaga, kayu manis, cengkih,  bunga lawang bersatu menerbit rasa tersendiri. Wajib tidak ketinggalan walau satu.
            Di samping itu, bahan asas lain terdiri daripada daging tetel, udang kering, bawang besar yang dihiris, bawang putih, santan, minyak sapi, minyak kelapa dan garam secukup rasa. Untuk menambah aroma pula, daun pandan, daun sup dan daun bawang turut dicampur, selain ditabur dengan bawang goreng,
            Resepi warisan turun temurun gemulah  ayah bang Din yang juga tok siak masjid kampung U suatu ketika dulu kata isteri bang Din bercerita kepadaku. Kini bang Din meneruskan khidmat murni itu dengan seikhlasnya.
            Setiap kali usai dikacau pada sebelah petang sebelum Asar, sudah ramai yang menunggu dengan bekas di tangan untuk menadah bubur lambuk yang masih beruap di kawah.
            Walau keletihan mengacau bubur lambuk ditambah sedang berpuasa bang Din tetap tersenyum sambil menceduk bubur lambuk dan mengisinya ke dalam bekas pemintanya. Mungkin hatinya merasa cukup puas kerana hasil karyanya disukai penggemarnya.
            Memasak bubur lambuk setiap kali jelang Ramadan sudah lama dilakukannya. Sejak usianya awal 30-an dan mulai berjinak dengan aktiviti di masjid kampung U setelah gemulah ayahnya berpulang kepada-Nya.
            Dia gembira dan selesa melakukannya dengan reda walau tanpa imbalan apa-apa.kecuali sebekas bubur lambuk dan gulai apa sahaja yang dimasaknya, dibawa pulang untuk bersahur nanti.
            Ramdan semakin berlalu. Tidak kelihatan kelibat bang Din melingas persekitaran laman rumahku sambil meninjau buah nyiur yang melebat di pohon. Hatiku tertanya-tanya juga. Apakah ada sesuatu berlaku di luar tahuku.
            Mungkin bang Din tidak perlukan nyiur daripada pohon-pohon sekitar rumahku lagi kerana masjid kampung U sudah mendapat bekalan daripada sumber lain. Lagipun bukan aku seorang yang miliki pohon nyiur yang banyak. Ramai juga menanamnya dengan nyiur jenis yang lebat berbuah walau masih rendah iaitu nyiur mataq.
Dan nyiur yang kutanam lama dahulu adalah dari jenis mawa yang dibeli benihnya di tapak semaian Bagan Datoh. Tidak ada rezeki untukku meraih pahala melalui sumbangan buah nyiur kepada masjid kampungku seperti Ramadan lalu.
            Bang Din kembali dari masjid seusai solat Asar barangkali. Aku berada di bawah pohon nyiur pandan di tubir jalan menyapanya.
            “Cepat balik bang Din?”
            “Dah selesai solat baliklah. Nak buat apa lagi. Iktikafpun dah buat sekejap.”
            “Biasa tu bang Din selalunya lepas solat Asar di bulan puasa ni lambat baliknya. Masak moreh dulu, kacau bubur lambuk dan macam-macam lagi kerja dibuat kat masjid tu.”
            “Aku ni dah tua Yati. Tak larat dah. Biarlah orang muda pula buat semua tu. Biarlah aku gi masjid untuk solat bila sampai waktunya.” Padaku jawapan klise begitu bukan kebenarannya. Aku malas pula hendak merungkai tanya. Biarlah bersimpul dahulu.
            “Kenapa kau tanya? Kau nak makan bubur lambuk ke?” Aku tersengih sahaja. Memangpun teringin juga nak merasa bubur lambuk air tangan bang Din  pada Ramadan ini. Selalunya sentiasa dapat menjamu selera dengan juadah itu kala berbuka puasa diberi bang Din.
            “Nanti aku tolong ambilkan. Tapi bukan ambil bubur lambuk kat masjid tu. Aku ambil kat surau hujung kampung kita ni. Aku kadang gi juga tolong dia orang kacau bubur lambuk. Jadi diberi juga sebungkus dua.”
            Abang Din meneruskan langkahnya menuju rumahnya. Isterinya kebetulan berada di serambi melambai kepadaku.
            Tanganku memetik beberapa butir limau kasturi yang pokoknya rendah merimbun. Limau kasturi yang akan kujadikan jus untuk minuman keluargaku  berbuka puasa Maghrib nanti.
            Rumpunan pandan menghijau subur di sipi laman. Mindaku membayangkan sesuatu. Pantas sahaja tanganku memulasnya sehingga putus beberapa helai hasil kekuatan tanganku. Maklum terlupa membawa pisau bersama.
            Sedang aku mempersiapkan juadah berbuka puasa, kak Salmah muncul di muka pintu dapurku. Sebungkus bubur lambuk dihulurkan isteri bang Din itu kepadaku. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih. Semangkuk kuih lompat tikam kuberikan kepadanya.
            “Rajinnya kau buat kuih lompat tikam Yati.”
            “Terasa nak makan itu yang dibuat kak Sal.”
            “Wah sedap ni. harum bau pandannya. Hijau warna tepungnya yang putih berlemak santan nyiur. Eluk jadinya. Lompat tikam berenang dalam kuah gula kabung,.tak sabar nak merasanya Yati.”
            “Sekejap lagi dapatlah kak Sal merasanya.”
            “Hih...hih...perangai kak ni macam budak-budak pula ya Yati!” aku turut berketawa bersamanya.
            “Duduklah dulu kak Sal, kita bersembang sekejap.” Kak Sal menarik kerusi di meja dapurku lalu melabuhkan ponggongnya.
            “Apahalnya? Macam penting sangat soalnya.”
“Tak adalah penting sangat. Saja saya nak tanya juga ni kak Sal…kenapa abang Din tidak lagi masak bubur lambuk di masjid? Bukankah setiap kali bulan puasa,  bang Din yang buat semua tu?”
            “Kau tak tahu ke?” Kak Salmah menyoalku pula.
            “Masjid sekarang ni ada pengurusan baru yang mentadbirnya. Jadi mereka ambil geng yang mereka setuju saja. Kawan-kawan yang sekepala angin dengan mereka. Bang Din tu suka menegur kalau dia rasa silap  itu yang buat jawatan kuasa masjid yang baru dilantik tak setuju dengan dia.
            Bang Din tak kisah semua tu. Dia ikhlas saja menolong. Fikiran orang lama macam bang Din tak serasi dengan pentadbir baru masjid kampung kita ni. Masjid kita sekarang ni untuk mereka yang satu fahaman politik saja. Yang lain jangan berani nak celah pendapatnya. Jangan nak berani sanggah.
            Pendapat mereka saja benar, orang lain salah belaka. Tak boleh diterima. Kata bang Din, masjid adalah rumah Allah. Semua hamba-Nya yang Islam berhak berada di dalamnya. Mesti dimakmurkan masjid tu dengan kehadiran umat Islam tanpa kira apa fahaman mereka.
            Lani seolah mereka jadikan rumah Allah sebagai rumah mereka saja. Itulah yang bang Din tak setuju sangat. Dah tak ada toleransi lagi.” Aku menghela nafas.
            “Oh itu masalahnya. patutlah mereka singkirkan bang Din.”
            “Secara kasarnya mereka tu tak singkirkan bang Din. Tapi bagi yang faham maksud halusnya, mestilah sedar diri kan. Lagipun bang Din tu orang tua. Cam kita juga hih..hih..” 
            Kemelut politik berpolemik di mana sahaja tanpa sudahnya. Islam kan agama mudah. Tapi tidak boleh sangat mempermudahkannya. Mengapa perlu menyempitkan ilmunya. Mangsa ideologi mengeruhkan harmoni. Pendapat peribadiku, tiada kena mengena dengan sesiapa waima hidup atau meninggal telah dunia.

TAMAT



Saturday, 26 May 2018

KERETA ROTI JOHN...

ASSALAMUALAIKUM...

BERBUKA PUASA ATAU BERSAHUR DENGAN ROTI JOHN SEDAP JUGA KAN...
SELERA MASING-MASINGLAH TU


PIC GOOGLE IMAGE

KERETA ROTI JOHN

Satu lagi cerita menarik Cheif Abe Mat admin petik dari fb....!!! Sah Tak sah cerita ni Kita boLeh nilai sendiri...Tp yg pasti sangat menarik....
tajuk: Abe Mat dan Kereta Roti John..
"Ada source bg tau... umah abg mat jauh.. so drver dtg umah utk jemput ke ofis... dia kata lepas ni, esok blh tak klu sy pergi ofis sendiri.. takyah lah dtg amik.. segan sy.. dgn esort polis tentera lagi.. dgn siren polis lagi... lagi pun sy sorang aje yg naik keta panjang ni.... campur driver jd 2 org. Itu pun bukan bknnya blh berbual.. sy kat belakang driver kat nu nu nu depan..
So tentera pun tanya.. YB nk dtg ke mindef naik apa? Abg mat selamba jwb... ehhh sy bwk lah keta viva sy ni...laju viva ni.... smpi mindef klu ada urusan kerajaan barulah sy naik keta kerajaan..
Tentera jwb.. mana blh mcm tu YB.. malulah mindef.. lg pun yb org penting..
Abg mat jawab.. jadi sy kena naik jugalah keta roti john ni.. tp jgn ada bunyi siren.. bising.,"


SHARE KCD

Thursday, 24 May 2018

WARGA EMAS..

ASSALAMUALAIKUM..

TERIMA KASIH RAKAN-RAKAN FB YANG MEMBERI HADIAH ISTIMEWA INI KEPADA PI SEMPENA HARI INI..ALHAMDULILLAH TAKDIR-NYA  SYUKUR DAN REDA...

 GRAFIK BLOGGER ANAK KUALA/TOKPERAK

GRAFIK PENULIS NOOR AISYAH MAIDIN

 GRAFIK SAHABAT FB PENULIS SABARIAH NOR SALEH

GRAFIK SAHABAT FB TOKNGAH BANJAR

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUTNYA HARI INI MOGA ALLAH MEMELIHARA KESELAMATAN KEAFIATAN BERBAHAGIA PANJANG USIA DILIMPAHI REZEKI-NYA...AMIIN

Wednesday, 23 May 2018

MAT SABU MENJADIKAN ANDA PENULIS...

ASSALAMUALAIKUM...

Mari kita tenung gambar ini.



Mahu tulis apa dalam akhbar dan majalah mengenai Mat Sabu?
  • Berita 
  • Berita rencana
  • Berita rencana bersama analisis
BERITA

Berita merupakan pelaporan peristiwa. Sifatnya ringkas dan ditulis untuk bacaan segera.
"Mat Sabu menggoreng ikan di rumahnya."
BERITA RENCANA
Pelaporan yang lebih panjang sifatnya. Akan memfokuskan kepada penyampaian lebih lanjut.
"Mat Sabu menggoreng ikan di rumah meraikan kumpulan kerja parti Amanah. Sebagai tanda terima kasih sepanjang bekerja kuat pada waktu pilihanraya, mereka berkumpul dan menganggap bla bla bla."
BERITA RENCANA ANALISIS

Pelaporan yang lebih panjang. Mengandungi ciri-ciri arkib dan pendapat penulis.
"Mat Sabu menunjukkan sisi kepimpinan gaya keluarga dengan meraikan kumpulan kerja parti Amanah yang bekerja kuat sepanjang pilihanraya. Ini bukan perkara baharu, sebelum ini individu seperti ...... pernah melakukan hal yang sama. Ini juga simbolik kepada bla bla bla."
Pengkategorian ini berbeza mengikut mazhab pelaporan media. Asasnya lebih kurang sama.
Kita ambil tahu perbezaan agar masuk melalui pintu yang betul.
Belajar lagi pada hari Sabtu ini, 26 Mei 2018.
Bengkel Menulis Rencana Akhbar, Majalah dan Online. Hanya pada bulan Ramadan sahaja kelas ditawarkan pada diskaun hampir 80% ya.
Klik di sini bit.ly/tulisrencana
Klik di sini bit.ly/tulisrencana
Klik di sini bit.ly/tulisrencana
Kursus-kursus lain pada diskaun Ramadan sebanyak 80%.

Sabtu, 2 Jun 2018 Menulis Buku Pertama klik bit.ly/umumramadan
Ahad, 3 Jun 2018 Membina 1000 pembaca buku pertama klik bit.ly/seribupembaca
 EMEL ZAMRI MOHAMAD

Sunday, 20 May 2018

MENU SAJIAN RAMADAN,,,

ASSALAMUALAIKUM...





MENU SAJIAN RAMADAN


Bersama mengecapinya
meski berbeda selera
pahit manis masam masin tergaul satu
ditolak pakar citarasa
konon tersilap pilihan
rencahnya kurang
Alergi alasan lidah menggundah
meminggir sipi
Alhamdulillah dinikmati yang reda
Mengadap sedulang rezeki turun dari langit
Dengan izin-Nya jelang Ramadan
bersila berkongsi rasa
meraup syukur
Ramadan membawa berkat
melimpah rahmat

PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol Pahang

SAJAK INI DISIAR SINAR HARIAN SABTU 19 MEI 018
TERIMA KASIH KEPADA EDITOR SINAR HARIAN ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KARYA KECIL PI

Saturday, 19 May 2018

BUBUR LAMBUK MASJID U...

ASSALAMULAIKUM..

MESTI ADA YANG BERBUKA PUASA DENGAN BUBUR LAMBUK TADI...WAH SEDAP TU...KEGEMARAN PI JUGA...SETAKAT HARI NI DAH MASUK TIGA RAMADAN BELUM BERKESEMPATAN MERASANYA LAGI.

JUDUL CERPEN PI YANG DISIAR UTUSAN SABTU HARI NI BUBUR LAMBUK MASJID U....ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH BANYAK EDITOR SASTERA UTUSAN SABTU ATAS KESUDIAN MEMILIH KARYA KECIL PI.....TAHNIAH JUGA KEPADA PENULIS-PENULIS YANG DISIAR KARYA MEREKA HARI INI




Friday, 18 May 2018

FADILAT PUASA..

ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA

RAMADAN SUDAH HARI KEDUA..SEKEJAP SAJA KAN...ESOK SUDAH TIGA RAMADAN...MESTI SUDAH DAPAT MENYESUAIKAN DIRI DENGAN CARA MAKAN AWAL PAGI IAITU BERSAHUR DAN MAKAN AWAL MALAM YAKNI BERBUKA PUASA.

BAGI YANG PUASA DIJADIKAN AMALAN IBADAH SUNAT TENTU TIDAK JADI MASALAH BERPUASA SEBULAN RAMADAN.

TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN JUADAH BERBUKA DAN SAHUR...SEADANYA SUDAH MEMADAI...PI KALAU BERBUKA DENGAN TAMAR DAN SEDIKIT NASI..BERSAHUR PULA DENGAN KUIH DAN TAMAR JUGA SEGELAS SUSU.

SIKIT SAJA MAKANNYA PUN...BIASALAH SEMAKIN BERTAMBAH USIA SEMAKIN KURANG SELERA...SEMAKIN SUKA BERPUASA.

FADILAT PUASA MEMANG BANYAK...ANTARANYA DAPAT MELUNAKAN HATI DAN MUDAH PRIHATIN TERHADAP SESUATU....

MEREKA YANG MINAT MENJADI PENULIS TIP YANG PI SARANKAN KENA RAJIN BERPUASA SELAIN RAJIN MENULIS ..

BIASANA KALAU PERUT KOSONG BANYAK JE ILHAM DI  MINDA APA YANG NAK DIREKACIPTA HEH..HEH..
KALA PERUT KENYANG MATA ASYIK NAK TERLELAP SAJA..

SELAMAT BERIBADAH SEBANYAK-BANYAKNYA DI BULAN YANG MULIA

Wednesday, 16 May 2018

SALAM RAMADAN KAREEM...

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN...ALHAMDULILLAH SYUKUR JUSTERU MASIH DIBERI PELUANG MENIKMATI BERKAH-NYA SAMBIL BERIBADAH PUASA BERTERAWIH DAN MELAKUKAN AMALAN KEBAIKAN YANG DIJANJIKAN ALLAH GANJARAN PAHALA BERGANDA...



SELAMAT HARI GURU..

ASSALAMUALAIKUM...

GURU GURU ADALAH PEMBIMBING HIDUP KITA...SEJAK LAHIR KE DUNIA GURU GURU UTAMA IAITU IBU/BAPA DI SISI KITA TIDAK RENGGANG MEMERHATI MENJAGA PENUH KASIH SAYANG DAN MEMBERI DIDIKAN SEBAIKNYA...SETELAH TU DIBAWA KE SEKOLAH HINGGA UNIVERSITI MENUNTUT ILMU DUNIA AKHIRAT DENGAN MURABBI TERPILIH

PERANAN YANG DIMAINKAN GURU GURU KITA MEMBENTUK SAHSIAH DIRI KITA...PASTI KITA SEMUA AMAT TERHUTANG BUDI KEPADA GURU GURU KITA TANPA MEREKA SIAPALAH KITA...LANGSUNG KOSONG DADA TIDAK BERILMU .

PENGALAMAN PI WALAU SUDAH BERUSIA TAPI MASIH ADA GURU-GURU YANG INGAT AKAN PI DAN SUDI IKUTI PERKEMBANGAN PI DALAM BIDANG PENULISAN...WALAU CIKGU CIKGU PI DALAM KERJAYA MEREKA TENTULAH BERSILH GANTI BERTEMU WAJAH MURID-MURID.

PI SEMASA BERSEKOLAH TIDAKLAH CEMERLANG PENCAPAIANNYA SEPERTI RAKAN SEKELAS PI TAN SRI OSMAN MAHMUD TIMBALAN PENGARAH SPR TU TAPI MASIH ADA GURU-GURU YANG PERASAN MINAT PI DI BIDANG PENU.LISAN.

SEMOGA SEMUA GURU GURU YANG HADIR ATAU TIDAK DALAM KEHIDUPAN PI DILINDUNGI ALLAH SIHAT SEJAHTERA MENJALANI KEHIDUPAN SAMBIL BERBAKTI MENDIDIK ANAK BANGSA, BERBAHAGIASEMPURNA DUNIA AKHIRAT....HALALKAN DAN REDA BUDI MURNI ILMU YANG DICURAH KEPADA PI SALAMA INI ...MOHON MAAF ATAS  KESILAPAN YANG SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA....BIASALA ZAMAN NAIF ASYIK BUAT SILAP JE HEH..HEH..DAH TUA MERGA BARULAH INSAF....
 CIKGU THANI DANCIKGU MANSOR...CIKGU MANSOR AGAK RAPAT DENGAN PI TIKA DI SMKM TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SEMINGGU SETELAH REUNION SEKOLAH SMKM BERLANGSUNG...AL FATIHAH
 CIKGU BAHARI DAN CIKGU IDRIS....CIKGU IDRIS TU SEBAYA PI...CIKGU BAHRI SERING MENDORONG PI AGAR SUKSES DALAM PENULISAN DAN BELIAU MASIH INGAT TULISAN PI DISIAR AKHBAR UTUSAN MALAYSIA  JULY 1977
CIKGU SARILAH MENGAJAR ERT MASA PI TINGKATAN TIGA...MASIH JELITA WALAU USIANYA SUDAH 70-AN


INSYAA ALLAH MASIH BELUM TERAMBAT...SALAM RAMADAN KAREEM SEMUA SAHABAT BLOG...MAAF ZAHIR BATIN....MOGA RAMADAN KALI II LEBIH GIAT BERAMAL IBADAH MENGISI SETIAP DETIK RAMADAN

Sunday, 13 May 2018

PEMAIN PUISI...


LADIN NUAWI
ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH ULASAN BUKU TULISAN PI  DISIAR AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA HARI NI 13 MEI 018
TERIMA KASIH BANYAK EDITOR MM ATAS KESUDIAN MEYIARKAN KARYA KECIL PI

No automatic alt text available.



PEMAIN PUISI
Genre : Puisi
Penyelenggara :
ITBM
Penulis : Ladin Nuawi
Penerbit : ITBM
Nombor ISBN : 978-967-460-274-1( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 221
Pengulas : Paridah Ishak

LADIN NUAWI penukil antologi sajak PEMAIN PUISI  genre puisi yang prolifik berkarya dalam bidangnya.  Sajak-sajak beliau yang dimuat dalam antologi ini adalah hasil nukilan sejak beliau mula minat menulis puisi sajak.
            Sajak memang perlu puitis kadang bombastik sedikit hipebola dan indah rima susun katanya. Dicipta agar berkesan dengan diksi perbedaharaan kata yang luas. Namun sajak-sajak beliau tidak hanya mementingkan soal keindahan gaya bahasa malah mengajak kita merenung jauh soal maksudnya yang sarat kiasan.
Licente poetica/lessen berpuisi digunakan sepenuhnya penyajak ini dalam menukil sajak-sajaknya.  Bebas dan tidak terikat dengan nahu tata bahasa dan format sajak yang biasa digunakan penyajak lain. Beliau tidak mengongkong  jiwanya akur begitu. Ada sajak beliau hanya sebaris ayat dan tidak berjudul.
Juga ada sajak abstrak hanya susunan angka dan abjad yang menyembunyikan makna. Tentu pembacanya perlu berfikir keras untuk memaknainya. Amat kreatif dan bersahaja.
Sajak balada  ‘ warkah Raja Abdullah kepada puteri Saadong amat menarik sekali. Mengingatkan kita kepada sejarah Kelantan ketika di bawah pemerintahan puteri itu. Begitu juga dengan sajen/sajak jenaka yang mencuit hati ‘i tak mahu jadi gini’ meski buat kita tersenyum sedikit tapi menuntut kita berfikir matang.
              0Membaca antologi yang dibahagi kepada empat bahagian yang turut menyertakan biodata diri beliau yang panjang tidak menjemukan.  Semua sajak yang dipaparkan dengan nilainya tersendiri meluahkan maksud penukilnya. Melontarkan apa saja yang bermain di mindanya. Sifat sajak yang tidak lari bervariasi bercirikan tema pilihan.
            Bahagian pertama: SAJAK-SAJAK LUKA 201 muka surat
1.     mantera buka panggung.
2.    kelekatu dari pusu
3.    lebih baik jadi kerbau (1)
4.    I tak nak jadi gini
5.    air mata
6.    lebih baik jadi kerbau (2)
7.    Bari anak angkat kota
8.    I nak jadi gini
9.    rahsia si bujang.
10. hari terima kasih kepada nyamuk
11. pantang larang di kota
12. bising
13. kertas
14. ah
15. sesah
16. dendam
17. amin
18. surat cinta yang tak tiba
19. dalam sejuta dalam
20. maha rindu
21. kau masih di sini
22. bening
23. wajah di tangga
24. tiba-tiba
25. kasih yang kian wangi
26. duka
27. tamu di kamar
28. jatuh cinta
29. warkah buat puisi
30. selamat malam malam
31. sebelum berangkat
32. serkah
33. catatan pengongsi malam
34. salam
35. lidah yang tergigit
36. kenalan
37. bunga tamu
38. warkah raja Abdullah kepada puteri Saadong
39. perempuan
40. cinta
41. angin
42. nanar


            Bahagian dua: PETA PUISI MALAYSIA 245 muka surat.
1.     tiAda
2.    Peta puiSI mALAysa
3.    13 Mei 69
4.    tapak empat pahlawan
5.    cicir cik Siti yang pergi
6.    tinggalan yang belum hilang
7.    hari ini dalam sejarah: seniman Jumaat 24 April 1987
8.    kod 23,59,49:PM
9.    nama:PULAU BIDONG BIN MALAYSIA alamat: LAUT CHINA SELATAN P.B.B poskod: 50602 KUALA LUMPUR
10. tanah pawah
11. b(ISA) (MEMALI)ng d(OSA)
12. peta Tumpat judul: PERDANA
13. kenapa K.L dipanggil Kuala Lumpur
14. adegan sampukan 310857
15. wabak lak$awan segera
16. sebelum Maghrib pada tahun empat tahun se X
17. kEPAL(a) BANGSA(t)
18. MANUSKRIP KOTA ROJAK
19. rahsia perawan
20. mari belajar membaca bahasa Malaysia moden
21. i dah jadi gini
22. kisah pelayaran si Kembang China
23. Norhayati sudah pergi
24. sebelum selepas pergi
25. rantaian sunyi
26. kembang kalbu
27. Mahani
28. *tanpa judul
29. cermin
30. sebelum kita kucup selamat malam
Bahagian empat: PEMAIN PUISI
1.    Semenajung Tanah Melayu
2.    desakan
3.    jeda dayung dan cangkul
4.    permata
5.    sa(l/jejak(b/I)ayang kepada anJING
6.    bayang
7.    musuh
8.    oh, ya
9.    rakyat
10. ®rombak dewa(n) kata(k)
11. pasang pasangan
12. keamanan
13. politik
14. piagam rebungan
15. bucu: kuliah tempat mahasiswa
16. kota (k) harapan
17. kokok dalam kandang
18. gambar di dinding
19. duka se hari
20. * tanpa judul
21. Y.B,Y.A.B atau
22. * tanpa judul
23. tetap (i)
24. ratib sajAku
25. perawan
26. anak-anak jalanan no. SS 80an/90an
27. di rebung kota
28. sebalik sorang wajah
29. simponi perang
30. bintang rok a minor atas pentas major
31. salam pintu kepada bakal mahasiswa tua
32. putus cita?
33. soalnya soalan
34. sajak dan puisi antara najis dan tahi
35. poskad kepada Awang Abdullah
36. poskad KL
37. cahaya hidup
38. hidup
39. penjaja katakata
40. aduhai
41. warkah tajaan
42. peta SMITZ
43. kita tidak sepi
44. doa

            Bahagian empat: GARISAN PEMAIN PUISI
Lampiran ini adalah bidota diri penyajak Ladin Nuawi. Pengalaman hidup anak kelahiran Selising Kelantan dengan diwarnai  pengalaman pahit dan manisnya.  Cakerawala menurut beliau pada 3Mac l956 bersamaan 20 Rejab 1375.
            Seorang penggiat teater MALINI yang aktif di Kelantan. Setelah berada di Kuala Lumpur bergiat cergas dalam kumpulan teater ANAK ALAM disamping menghasilkan banyak karya penulisan yang diterbitkan DBP, ITBM dan lain-lain penerbitan.