Wednesday, 28 February 2018

SESEKALI MAIN-MAIN WARNA...

ASSALAMUALAIKUM....

KEBELAKANGAN NI PI MULA MENCONTENG SEMULA MENGISI BOSAN...PROJEK BUKU DENGAN SIFU TABIR ALAM PUN TELAH DISELESAIKAN...BEGITU JUGA DENGAN ANTOLOGI CERPEN BERSAMA JUGA SUDAH DIHANTAR KEPADA PENYELENGGARANYA....JADI PI TAK MENULIS LAGI...BEREHAT SEKEJAP
MELUKIS MAIN MAIN WARNA SESEKALI SERONOK JUGA...


Monday, 26 February 2018

KECAMUK DUNIA SASTERA...

ASSALAMUALAIKUM...




PI BARU SAJA SE TAHUN DUA BERADA DALAM ARENA SASTERA SECARA KEBETULAN LANTARAN MINAT DALAM PENULISAN SAMBIL MENGISI MASA TERLUANG DENGAN BERKARYA SUKA-SUKA.

RUPANYA KEHARMONIAN SITUASI YANG DIRASAKAN TIDAK TENANG SELAMANYA.....ADA SAJA KERIBUTAN YANG TIMBUL UNTUK DIBICARAKAN PENGGIATNYA.

BARU-BARU INI HEBUH SOAL PLAGIARISM...SEORANG PENULIS MENCIPLAK KARYA PENULIS LAIN SECARA KESELURUHAN DAN MENANG ANUGERAH SASTERA....KEDUA DUA PENULIS ITU TELAH MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA SECARA BAIK DAN TIDAK MEMANJANGKANNYA.

SOAL COVER BUKU YANG DIPILIH PENERBIT BUKU PUN DIPERSOALKAN....ADA YANG KATA COVERYA SERUPA WALAU PI TENGUK MEMANG JELAS BERBEZA.

PI MEMANG MALAS NAK MENULIS KISAH DALAM RUMAH SASTERA YANG KECIL CUMA INI....HAYA SEKADAR SUKA MEMBACA APA YANG DICORETKAN PENULIS-PENULIS TERKENAL DI WALL FB MEREKA TANPA SEBARANG KOMEN...

LAGIPUN PI BUKAN SESIAPA....DUK DIAM DIAM SUDAH..HEH..HEH..


Sunday, 25 February 2018

HADIAH KIRIMAN BLOGGER ANIES...

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...ADA YANG BERCUTI BERSAMA KELUARGA SAMBIL BERAKTVITI YANG MENYENANGKAN PASTI MENGGEMBIRAKAN...PI MUTAKHIR INI AGAK KURANG SIHAT...KADANG DEMAM ON OFF BATUK..LALU BLOG PUN TERABAI ...TAK DAPAT BW MEMBACA CORETAN BERNAS KAWAN KAWAN BLOGGER YANG DIKASIHI LANTARAN KELEMAHAN DIRI......ALHAMDULILLAH SUDAH SEMAKIN BERANSUR SIHAT....PABILA SIHAT BARU SERONOK MENGETIK PC MENYUSUN AKSARA..

BERTAMBAH LAGI KEGEMBIRAAN PI MENERIMA KIRIMAN POS EKSPRESS HADIAH DARIPADA BLOGGER ANIES KELMARIN DULU.....COMEL DAN CANTIK

TERIMA KASIH BANYAK ANIES ATAS KESUDIAN MENGIRIMKAN HADIAH OLE OLE DARIPADA LUAR NEGARA LAGI....MENYUSAHKAN ANIES SAJA....MOGA ANIES DIPELIHARA-NYA DENGAN KESIHATAN YAG BAIK DIMURAH REZEKI DAN DAPAT BERPELUANG BERWISATA KE MANA SAJA MENGONGSI CERITA INDAH KEPADA KITA...


Anies♥You

Pic pinjam blog Anies

Friday, 23 February 2018

JEJAK KARYAWAN..

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA...

ALHAMDULILLAH KITA SUDAH BERADA DI BULAN REJAB KINI... TIDAK LAMA LAGI INSYAA ALLAH AKAN BERSAMA RAMADAN PULA...MOGA ALLAH PERMUDAHKAN PERJALANAN KITA MENEMUIYA...MUDAHAN HARAPAN SEMUA KITA DIMAKBULKANNYA.

SAMBIL TU JKA ADA YANG BERMINAT SEBAGAI PENULIS CUBA-CUBALAH SERTAI KURSUS PEULISAN DI MANA MANA YANG DIANJURKAN.....MAKLUM JIKA MINAT BERGIAT MENCEBURI SESUATU BIDANG PERLU DICARI ILMUNYA JUGA UNTUK MEMANTAPKAN KREATIVITINYA.

MANATAHU SUATU KETIKA KELAK AKAN MUNCUL SEBAGAI SASTERAWAN YANG TERBILANG...





PECERAMAHNYA NURIMAS YANG LENGKAP BERSEDONDON BUSANA MELAYU
PENULIS PROLIFIK JUGA SEORANG KAUNSELOR BERDAFTAR

Tuesday, 20 February 2018

REJAB BULAN KEBERKATAN..

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN REJAB DENGAN BANYAK MELAKUKAN AMALAN SOLEH.




Monday, 19 February 2018

SANTUN BERPANTUN...

ASSALAMUALAIKUM...




ARAH

Cerah bersinar gundi di sahan,
Har teramat taju diperaga;
arah yang benar jadi pilihan,
agar selamat menuju syurga.

MIMPI

Silau menampi bayang selari,
sigai  menjungkir perawan bingit;
kalau bermimpi di siang hari,
bagai mengukir awan di langit
.






JANJI

Sungguh gergaji diberi emas,
sehingga petang merubah sisi;
berteguh janji dipetri kemas,
duga melintang tabah lintasi.



.

.  BUDAYA
Di pangkin  duduk cukin  kelasi,
teringat kendi bawa ke paya;
semakin tunduk makin berisi,
semangat padi jiwa budaya.

  IMPIAN
Bayan gerutu lama merata,
laha merampai berangan tangguh;
impian itu umpama cita,
usaha capai dengan bersungguh.

.  KECEWA

Kekwa melati janggal meninggi,
rujuk pemberi cara melawa;
kecewa hati ditinggal pergi,
merajuk diri lara dibawa.

 REZEKI

Saki kelubi cendana bayas,
semi semuanya kerana senja;
rezeki Rabbi saujana luas,
demi hamba-Nya di mana saja.




Cenderawasih layang ke kota,
gayar  di situ alam berdebu;
antara kasih sayang dan cinta,
biar bersatu di dalam qolbu.

 IBU

Perang berdebu sita di peti,
kilik bawanya berpada jua;
seorang ibu permata hati,
milik anaknya tiada dua.

AYAH


Tumisan dayah  selada enak,
ranti lemuni selasih  tapin;
warisan ayah kepada anak,
sejati murni kasih memimpin.


JODOH

Sisih peria keratan lodoh,
lekat bersilih buah kelabu;
kasih setia suratan jodoh,
berkat dipilih ayah dan ibu.


MENUNTUT ILMU

Padat gaharu melutut jemu,
umbi digalas warid bernadi;
adat berguru menuntut ilmu,

murabbi ikhlas murid berbudi.

Saturday, 17 February 2018

LAGU PENYAIR...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAHABAT-SAHABAT...SAMBIL MAKAN OREN MANDARIN ATAU KUIH BAKUL MERAIKAN CNY

SAJAK PI TERSELIT ANTARA KARYA YANG TERSIAR DI BULETIN MEGA KARYAWAN Pk...HEH..HEH KEMBANG HATI PI MENATAPNYA..

TERIMA KASIH EDITOR DAN PENYELENGGARANYA SIFU TABIR ALAM ATAS KESUDIAN MEMILIH KARYA KECIL PI UNTUK SIARAN....ALHAMDULILLAH

PIC YAHTI HAYATI


Friday, 16 February 2018

TERIMA KASIH MRSA...

ASSALAMUALAIKUM..
SALAM JUMAAT MULIA

TERIMA KASIH BANYAK BLOGGER MRSA ATAS KESUDIAN MENGIRIMKAN PI HADIAH COMEL INI...MULANYA BELIAU MENGIRIMKAN HADIAH YANG LAIN TAPI DIKEMBALIKAN KEPADANYA KERANA PI TIDAK MENERIMANYA...MAAF MENYUSAHKAN MRSA...KOS POS LAJU TU MAHAL JUGA KAN...

ALAMAT YANG PI BERI TELAH DIJADIKAN KELAS TUSYEN ANAK PI...OPERASINYA SEHABIS WAKTU SEKOLAH PAGI...JADI KALAU KIRIMAN PARCELL POS BERBAYAR TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MENERIMANYA.

TIDAK MENGAPALAH MRSA..HADIAH PEGHARGAAN YANG DIKIRIM INI PUN AMAT TINGGI NILAINYA..PI MENGHARGAINYA...MENAMBAH ERATKAN UKHUWAH KITA SESAMA TERJALEN MESRA..

MOGA BERKEKALAN HINGGA JANAH....KEPADA YANG BERHAJAT NAK KIRIMKAN PI HADIAH, SILA..SILA..TERBUKA TANGAN PI MENERIMANYA......BUNGKUS KEMAS ISI SETEM POS JE HEH..HEH..GERENTI SAMPAI TU TAPI LAMBATLE SIKIT.


Tuesday, 13 February 2018

CIKGU TERKEJUT SETELAH MENULIS KISAH HIDUP...

ASSALAMUALAIKUM....

The compound effect ke atas penulis kisah hidup
Apa itu the compound effect?
Ayat mudah, "...is the principle of reaping huge rewards from a series of small, smart choices."
Lima minit lalu saya bersembang dengan peserta bengkel menulis kisah hidup, Cikgu Asni (foto).
Guru yang menulis kisah hidup dalam buku berjudul Tempias.
Aktiviti menulis buku dan di Facebook memberi kesan hukum ganda kepada diri dia sekarang.
Kata cikgu Asni, "Rezeki saya bertambah sebaik selesai mengikuti dua bengkel penulisan. Menghasilkan buku dan aktif menulis di Facebook. "
Saya masih ingat lagi kerana dua peristiwa. Pertama, dia menulis kisah kucing yang mendapat tempias  situasi kesihatan penjaganya.
Kedua, pada sesi petang, Cikgu Asni satu-satu peserta yang duduk di atas 'bean bag di belakang dewan mengikuti kelas menulis kisah hidup.
Apa yang berlaku selepas buku kisah hidup diterbitkan?
Kerja-kerja menulis yang lain pula muncul.
"Saya baru sahaja selesai dengan projek menulis senikata untuk satu video klip mempromosikan Kampung Pelangi di Kelantan. Kemudian, diminta pula menulis buku kanak-kanak berdasarkan kisah dongeng setempat negeri Kelantan yang masih belum dibukukan. Projek diberi oleh seorang pensyarah universiti."
Cerita belum habis.
"Saya juga dalam proses menjadi ghostwriter untuk seorang kanak-kanak dalam menulis pengalaman dia pertama kali memakai pendakap gigi," kata Cikgu Asni.
CIkgu Asni juga berkata, circle of friends juga membesar di kalangan profesional dan berpendidikan tinggi.
"Pelbagai usahasama yang membawa saya masuk ke dimensi penulisanyang baru," kata dia lagi.
Seronok membaca perkembangan peserta bengkel sebelum ini. Fokus dan konsisten, menulis agar mengingati dan diingati.
Kita bergerak agar the compound effect menjadikan kerja-kerja kecil berhasil.
Apa itu the compound effect?
Ayat mudah, "...is the principle of reaping huge rewards from a series of small, smart choices."
Pada hari Sabtu,  24 Februari ini, Kelas Menulis Kisah Hidup; Diingati dan Mengingati akan dibuka semula selepas lebih 30 penulis berjaya menulis dan menerbitkan kisah hidup.

Mereka bermula dari kosong.
Mendaftar pada link di hujung  https://goo.gl/SvJavd
EMEL ZAMRI MOHAMAD

Monday, 12 February 2018

PEMENANG GA TUDUNG AIDIJUMA BY ANIES

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH PI TERPILIH ANTARA PEMENANG-PEMENANG GA TUDUNG AIDIJUMA ANJURAN BLOGGER ANIES DAN SPONSORNYA...TERIMA KASIH ANIES DAN SPONSOR MOGA DIRAHMATI-NYA DAN DILIMPAHI REZEKI-NYA BERTERUSAN..

Share daripada blog Anies

Tahniah kepada pemenang2 Tudung Aidijuma #GoldLabel GA by anies!



- sayidah napisah
- maryam nurkhalisah
- Diana Rashid
- Nieda ramly
- KarimahZulkafli
- Mrs. A
- Farrah MF
- Fidah Shah
- paridah
- Miss Moving On
- nayfatimah rasyid
- sharminie zainul abidin
- Ika. S

itu sahaja. terima kasih!!

Saturday, 10 February 2018

TUNZA IKON SENI DAN BUDAYA SINAR HARIAN 10 FEB 018...

ASSALAMUALAIKUM...

TUNZA ADALAH NAMA PENA KEPADA PENULIS TUNKU ZARYTA TUNKU MOHD MOKHTAR...PI MENGENALINYA DI LAMAN FB DAN BERPELUANG MENEMUI KERABAT DIRAJA KEDAH INI PADA MAJLIS PELANCARAN  ANTOLOGI TRIBUNAL CINTA DAN SUARA KEKASIH DI PUSTAKA BANGI DISEMBER LALU TURUT  DIHADIRI BELIAU.

TAHNIAH KEPADA TUNZA DIPILIH AKHBAR SINAR HARIAN SEBAGAI IKON SENI DAN BUDAYA HARI INI.

TUNZA SEORANG PERAMAH MESRA DAN TIDAK MENINGGI DIRI DENGAN STATUSNYA...SANGAT BERTUAH DAPAT MENGENALI PUTERI CANTIK INI.

PI PUN MENUMPANG GELEMER JUGA KERANA TERSELIT ANTARA TUNZA DAN PENGGIAT SASTERA YANG LAIN HEH..HEH..

Image may contain: 1 person

PIC MD SHARE ABD GHANI


TUNZA DAN PENULIS ISHAH SHAMSUDIN



Friday, 9 February 2018

PERBAIKI URUSAN ZAHIR BATHIN...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA...


ustazah Siti Nurbaya Usman












Wednesday, 7 February 2018

HAIKU HAIGA


ASSALAMUALAIKUM...




1

akhir Disember -
sesi temu penulis
cambahan ilham


2

anggerik ungu -
kelopak rias serambi
pesona pandang

3

hadiah ilmu -
Sajak Hijrah Merdeka
minda kritis


koleksi buku -
gigih penulis SPTA
serak berona 


sawah terbentang -
langkah kecil teratur
seluas arah


4

rumput merumpai -
sarat kereta sorong
keringat dingin


5

kelapa menjulang
tepian mandi pagi -
kampung halaman

6

salju membeku -
Nami Korea Selatan
gerak perlahan



7

suria pagi
jejak bertaut salam -
hujung usia

Tuesday, 6 February 2018

PROJEK HAIGA...

ASSALAMUALAIKUM

PROJEK 2018
ABADI - Projek Haiga Melayu memberi peluang kepada para Haijin merakamkan sesebuah kenangan dengan berhaiku dalam bentuk haiga. Haijin hanya perlu hantar teks Haiku sahaja.
Haijin hendaklah mengguna gambar pilihan sendiri yang ada kaitan dengan karya Haiga. Gambar hendaklah dihantar ke inbox terlebih dahulu untuk penyesuaian.
Haiku yang dihasilkan perlulah mematuhi *Peraturan Mengarang Haiku. Haijin yang tidak aktif dalam tempoh projek dimulakan pada awal tahun 2018 akan dikeluarkan dari grup.
Hanya lapan buah haiga diterima bagi setiap Haijin.
PENULISAN HAIKU:
Puisi pendek berasal dari negara Jepun, dibina dalam 17 suku kata (lebih tepat on-ji), dengan patrun 5-7-5 dalam tiga baris. Haiku tradisional mesti dibina dengan *kigo, dan disudahi dengann imej *yo-in mengikut kesesuaian binaan imej haijin itu sendiri.
..
SYARAT:
(1) sila pastikan guna *kigo yang sesuai
(2) sila letakkan *kireji di tempat yang betul
(3) sila guna *yo-in yang kukuh
(4) sila guna huruf kecil, kecuali nama khas
.
PERATURAN:
(1) berikan nombor urutan pada setiap haiku
(2) pastikan tata penulisan yang betul
(3) cuba elakkan imej skema atau cliche
(4) cuba elakkan bercerita dalam haiku

Sunday, 4 February 2018

POLEMIK HAK..

ASSALAMUALAIKUM...

LAMA JUGA PI TAK PUBLISH N3 TERBARU DAN BW...SEBABNYA  TENTULAH PROBLEM PADA PC DAN TUANPUNYA PC NI JUGA....BARU NI BALIK KAMPUNG HADIRI KENDURI PERKAHWINAN ANAK JIRAN   SEBELAH IAITU NORFAZILAH DAN ROSDI...TAHNIAH KEPADA PASANGAN USTAZ DAN GURU ITU..MOGA KEKAL BERSAMA BERBAHAGIA HINGGA JANNAH.

SAYANGNYA PIC MAJLIS ITU SATU PUN TAK DAPAT SNAP SBB CAMERA HP  TAKDE..RAKAM DALAM INGATAN SAJALAH HEH...HEH.

SABTU LEPAS AKHBAR SINAR HARIAN MENYIARKAN SAJAK PI POLEMIK HAK DALAM RUANG PUISINYA....ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH EDITOR SINAR HARIAN SUDI MEMILIH KARYA KECIL PI






Thursday, 1 February 2018

CERPEN CUKIA...



ASSALAMUALAIKUM...


CUBA-CUBALAH TULIS CERPEN  DAN HANTAR KE SINI  MANATAHU MENANG DAN DAPAT HADIAHNYA....LUMAYAN JUGA TU