SETIA
Halia kelat selada reja,
tanjung
di kali dipinta dewi;
setia rakyat kepada raja.
menjunjung duli cinta pertiwi.
Saat panitia pinda cara,
hujjah di ruang rusuh membentang;
taat setia pada negara,
gagah berjuang musuh ditentang .
Rengguh gergaji randu petia,
rata perhati dahan keranji;
berteguh janji padu setia,
cinta sejati tahan diuji.
RINDU
Ikan pelata lewa berudu,
cemperai adu di dalam kopi;
lelapkan mata bawa beradu,
melerai rindu di alam mimpi.
Rangin dedalu mengkudu karim,
raga di para tempat bertamu;
di angin lalu rindu dikirim,
moga segera dapat bertemu.
BELI
Lali menjamah lugai melayah,
cenderawasih reda melayang;
beli rumah sebagai hadiah,
tanda kasih pada yang tersayang.
Barli diremas bentuk saduran,
buang
di depan kian menyusut;
beli emas untuk pelaburan,
wang disimpan nilaian merosot.
Belinja rakan sorong ke kali,
terkuit kaki gagal menampang;
belanja sakan memborong beli,
duit berbaki tinggal sekupang.
SEPAKAT
Ikat senjata ladang dituju,
ganti sepatu meredah pula;
sepakat kata sidang setuju,
hati bersatu mudah
Cenderai sisih selak cempedak,
dekat jeriji hanya cendana;
bercerai kasih bertalak tidak,
sepakat janji ertinya
sirna.
di taman mini khemah terjaga;
lalui hidup dengan sepakat,
aman harmoni berumah tangga.
kagum dengan penulisan kak pi ^^
ReplyDeleteTKSH FATIN BERPANTUN SUKA2 JE
ReplyDeleteSepakat membawa berkat..
ReplyDeletewow. puitisnya kak PI
ReplyDeleteterbaik kak
ReplyDeletebuku2 tu kemudian nt diedarkan ke mana kak?
ReplyDeleteTKSH PC HIDUP BIAR SEPAKAT
ReplyDeleteTKSH NADHIE...INSYAA ALLAH BIASA2 JE IKUT FORMAT PANTUN HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH HANA..ISHH XDELH..OK2 JE
ReplyDeleteTKSH ANIES...BUKU TU HASIL GABUNGAN KRYA RAMAI PENULIS...MASING2 AKAN MDAPAT 25 BUAH...KALAU PENULISNYA RAJIN SKJP JA HBS DIJUAL..DPT KAT KAK DISUSUN PENUH LEMARI BUKU...ADALA YG DIJUAL SATU DUA. KALAU BUKU TERBITAN SIFU DIHNTAR KE PERPUSTAKAAN NEGARA SBG KARYA WARISAN
ReplyDeleteOh! penulis-penulis dapat percuma ke?
DeleteKemudian terserah kepada mereka nak buat apa ya
TKSH MRSA...YG KOLOBRASI KENA BYR SECARA BRKONGSI...BANYK JUGA PENERBIT MMBERI PERCUMA SEBUAH BUKU SEKIRANYA KITA MENYUMBANG SEBUAH KARYA. UNTUNGLAH KALAU PNULIS DPT BUKU PERCUMA BNYAK GITU KMDIAN DIJUAL...XMAUNYA HEH..HEH..RAMAILH YG NK TERBIT BUKU JE...ONGKOSNYA TU YG BUAT RAMAI PENULIS HRPKN DBP JE YG TERBIT BUKU MRK.
ReplyDeletebestnya ada bakat menulis.
ReplyDeleteMoga terus suksess Kak PI.
Tahniah PI.
ReplyDelete