Friday, 31 March 2017

KAKAK TUA..

ASSALAMUALAIKUM...



ZOO NEGARA
Kakak tua cantiknya rupa
kadang mengguruh bercerita
kadang leka berseloka
kadang berdendang riang
kadang menari girang
takjub sungguh citra pandang.
Kakak tua cantik itu
kadang berbahasa Inggeris fasih
kadang bertutur Melayu
lunak susun frasa.
Perilaku bikin terkedu
ujub termangu
terkesima hilang bicara
kecindannya lompatan pradigma
urut dada nafas dihela
Alahai kakak tua.
Warna warni auramu
mempelangi suasana
pada situasi beku.

Paridah Ishak

Selayang Utama

Thursday, 30 March 2017

SALAM REJAB

ASSALAMUALAIKUM...

IBADAH DI BULAN REJAB....JOM AMALKAN.

1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
.
2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.
Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
    1. diampunkan dosanya yang lalu.
    2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.
.
.
3. Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar :
.
.
.
4. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :
.
.
.
5. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :
.
.
.
6. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :
.
.
.
7. Berselawat : 
.
.
.
8. Beristighfar Pagi dan Petang :-
.
.
.
9.  Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya  11 kali setiap hari.


shafiqolbu.wordpress.com.
      POSTS YOU HAVEN'T SEEN
      Kita meninggalkan dunia ini dengan sehelai kain kafan 
      kembalilah padaNya dengan bekalan iman dan taqwa

    Wednesday, 29 March 2017

    KOLEKSI ORKID PI..

    ASSALAMUALAIKUM....

    ORKID YANG PI PERNAH TANAM KINI HANYA MEKAR  DALAM MINDA KENANGAN...

    MUJUR JUGA BANYAK PIC YANG TELAH DISIMPAN SESEKALI BOLEH DIRENUNG PANDANG...


    Tuesday, 28 March 2017

    MEMBALAS BUDI...

    ASSALAMUALAIKUM...



    HUTANG BUDI
    Pisang emas bawa belayar,
    masak sebiji di atas peti;
    hutang emas boleh dibayar,
    hutang budi dibawa mati.
    Riangnya berdendang sambil bergendang ralit berkompang
    pantun klasik irama asyik
    Mengenang-ngenang kewajaran
    orang berbudi kita berbahasa
    orang memberi kita merasa
    tidak hanya merasa sahaja
    namun tahu membalas jasa
    Membalas jasa membalas budi
    apa diingini diperolehi lagi
    Usah risau usah menggusar
    rezeki Ilahi tidak berkisar
    sayugia berbudi demi insan
    ganjaran Rabbi pasti
    tidak kan mungkir.

    Paridah Ishak

    Selayang Utama

    Monday, 27 March 2017

    PERASAAN,,,

    ASSALAMUALAIKUM...


    PANTUN PERASAAN



    Hidup  beringin rendah merimbun,
    layu diterjah penyisir abu;
    meraup angin menadah embun,
    menyapu wajah mengusir debu.

    Duri mawar selindung mekar,
    menyusur alur lembam diranah,
    kaki tersasar tersadung akar
    jatuh tersungkur menyembam tanah

    Barang sekuntum telang dibawa,
    pilih dedalu kekwa terkedu;
    orang tersenyum orang tertawa,
    sedih dan pilu bawa beradu.

    Limau purut lebat dipangkal,
    sebati lodeh bersama tauhu;
    angin ribut dapat disangkal,
    hati nan sedih siapa tahu.

    Memandak sena luruh senduduk,
    bingit dimarah menyudah kerja,
    hendak kemana mengayuh biduk
    langit merah hari dah senja.

    Sunday, 26 March 2017

    KERABU EPAL HIJAU ...

    ASSALAMUALAIKUM...

    CUBA BUAT KERABU EPAL HIJAU NI UNTUK GANDINGAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI ESOK YA...PUBLISH N3 MASAKAN WAKTU KITA SEMUA DAH NAK TIDUR YA...SUNGGUH TAK MENEPATI SITUASI KAN.... TAPI KAT SISI LAIN DUNIA MATAHARI SEDANG BERSINAR TU...KAN GLOBAL SEANTERO MAYA...TAKDELAH SALAHNYA....

    Image may contain: food

    KERABU EPAL HIJAU. 
    Resepi : Puan Fatinilam Sari Novelis
    Bahan-bahan : 2 biji epal hijau 1/2 batang lobak merah, 2 biji cili merah 2 biji cili hijau 1 labu bawang besar 1 kuntum bunga kantan 1 pokok daun ketumbar 1 biji lemon (ambil jusnya) 1 sudu teh gula garam secukup rasa (saya tambah cili padi untuk lebih pedas)

    CARA: Epal dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang. Semua bahan lain dihiris. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon. Kacau rata dan rasakan masam, masin dan manisnya. Sedia dihidangkan
    .
    Terima kasih Puan Fatinilam Sari Novelis.

    Saturday, 25 March 2017

    GURU SUMBER ILHAM...PERTIWI KERSANI

    ASSALAMUALAIKUM...

    HARI INI 25 MAC 017 ADALAH HARI PELANCARAN ANTOLOGI SAJAK PERTIWI KERSANI SELENGGARAAN PENULI NURIMAS DAN AC JUGA ANTOLOGI CERPEN GURU SUMBER ILHAM SELENGGARAAN ILHAM PUJANGGA DAN AC...

    RAMAI JEMPUTAN TERNAMA YANG HADIR TERMASUK SN A.SAMAD SAID DAN ARTIS MAWI...TENTULAH JUGA HADIR MEMERIAHKAN ACARA PARA PENUKILNYA
    TAPI PI TAK DAPAT NAK TURUT HADIR...

    KESEMUA PENULISNYA HEBAT-HEBAT BELAKA KECUALI PI  DAN PI TIDAK KENALI MEREKA SECARA PERIBADI PUN KECUALI CT NURZA DAN NOORLAILA GHAFAR...
    HANYA BERTEGUR SAPA MELALUI GRUP WHATSAAP SAJA...

    PELBAGAI ACARA MENARIK DIADAKAN MEMERIAHKAN MAJLIS ANTARANYA NYANYIAN LAGU PUISI, DEKLAMASI SAJAK DAN KOMENTAR CERPEN OLEH PENULIS ZAEN KASTURI.

    ACARA MAKAN MIUM MESTILLAH ADA....PENAT SAJA PENULISNYA YANG DATANG DARI SELURUH MALAYSIA  SEKIRANYA TIADA APA APA YANG DIJAMU MERAIKAN TETAMU...
     PENULIS ZALEENA ENA SEORANG DJ RADIO PULAU PINANG JAUH DATANGNYA DARI PERLIS....NURIMAS DARI KEMAMAN...ILHAM PUJANGGA DARI BERA DLL PENULIS BERUASAHA MENGHADIRI MAJLIS PENUH BERMAKNA MEMBERI KENANGAN SEBAGAI SEORANG PENULIS..

    No automatic alt text available.No automatic alt text available.


    Image may contain: 3 people, people standing
    Image may contain: 6 people, people standing



    Image may contain: 2 people, people standing

    Image may contain: 4 people, people sitting and people standing

    Image may contain: 1 person, standing and indoor

    Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor

    PENUKIL ANTOLOGI CERPEN GURU SUMBER ILHAM

    1. Baharuddin Sairi 
    2. Md Share Abd Ghani 
    3. Noorlaila Ghafar 
    4. Paridah Ishak 
    5. Salleh Dermawan
    6. Akademik Sanggar Nurimas 
    7. Fadiyanur -fad 
    8. Siti Fatimah Zainol 
    9. Siti Noriha 
    10. TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar 
    11. Ainnur Mustaqim
    12. Amir Debu Alam 
    13. Empana Endin 
    14. Mustaffa Siraj
    15. Wadi Sofi 
    16. Mohd Fozi Jinggawan 
    17. Yus Effendy 
    18. Zaleena E-naa 
    19. Nurul Syahida Hassan 
    20. Ilham Pujangga 
    21. Jefri Zain 

    Friday, 24 March 2017

    SEMELAI...

    ASSALAMUALAIKUM...

    PI PERNAH MENULIS SAJAK BERTAJUK... SEBUAH BICARA ALAM AKULAH SEMELAI DALAM N3 BLOG KARYAKU...

    SEBENARNYA IA ADALAH SUMBANGAN PI KEPADA MURID-MURID DISEBUAH SEKOLAH DI DAERAH BERA YANG AKAN MENYERTAI PERTANDINGAN PUISI BAHASA INGGERIS...

    CIKGU ILHAM PUJANGGA YANG JUGA SEORANG PENULIS AKTIF BERA BERUSAHA MENGUMPUL KARYA SAJAK DARIPADA PENULIS PENULIS SAJAK YANG BERMINAT MENYUMBANG KARYA.... BELIAU AKAN MENTERJEMAH SAJAK YANG DINUKIL DALAM BAHASA MELAYU KE BAHASA INGGERIS.

    PI PUN TIDAK MAHU KETINGGALAN...MUDAH-MUDAHAN SAJAK PI YANG TIDAK SEBERAPA NILAINYA ITU TURUT MENYEMARAKAN SUASANA ACARA ITU.


    PENULIS ILHAM PUJANGGA SANGAT AKTIF PENUH DEDEKASI TERHADAP KERJAYA GURUNYA DALAM SEGENAP BIDANG DARIPADA SUKAN, KEBUDAYAAN, KARYA PENULISAN KREATIF HINGGA MASAK MEMASAK SEMUANYA BOLEH.
    BESAR SEKALI BAKATNYA.

    KESIBUKANNYA SEBAGAI GURU MEMANG TERNYATA.

    DAN ANAK-ANAK SEMELAI YANG COMEL BELAKA ITU MENJADI INSPIRASI KEPADANYA UNTUK LAMA BERADA DI PINGGIR TASEK BERA ITU.



    Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting, sunglasses, child and closeup

    CIKGU ILHAM PUJANGGA BERSAMA ANAK-ANAK MURIDNYA SUKU SEMELAI YANG SEMUANYA COMEL2 BELAKA


    ARTIKEL DIBAWAH INI MENJELASKAN KEPADA KITA GAMBARAN KEHIDUPAN KAUM SEMELAI

    Asal-usul suku kaum Semelai

    SEMELAI bunyinya seperti sejenis tumbuhan atau mungkin salah satu seni budaya sukuan etnik tempatan. Tetapi ia sebenarnya tidak ada kaitan dengan kedua-dua perkara tersebut. Sebaliknya Semelai adalah nama salah satu suku kaum dalam pecahan kumpulan masyarakat Orang Asli Melayu - Proto.
    Asal-usul kaum Semelai ini pula dikatakan wujud hasil gabungan dua pasangan bersaudara dari kelompok suku Temoq dan Semaq Beri yang terselamat daripada serangan buas seekor harimau yang digelar Petaling Juntai.
    Dua saudara lelaki Temoq (Sitam dan Siler) serta dua adik-beradik wanita Semaq Beri (Itang dan Iler) ditakdirkan bertemu ketika kedua-dua bersaudara itu bersembunyi daripada serangan Petaling Juntai di pondok sebuah kampung pinggir Sungai Serting.
    Namun, kedua pasangan adik-beradik berkenaan kemudian mengahwini satu sama lain dan hidup berkeluarga setelah mereka berjaya memerangkap dan membunuh Petaling Juntai.
    Dari situ, wujudlah kelompok suku kaum Semelai yang hidup mereka kini tinggal bertaburan di sekitar kawasan Tasik Bera dalam daerah Temerloh di Pahang, yang jauh tersisih dari pembangunan dan kemajuan moden.
    Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula, kaum Semelai kini berjumlah sekitar 1,260 orang yang melibatkan 238 keluarga. Program Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) yang dikendalikan oleh JHEOA bagaimanapun telah menghimpunkan mereka dalam satu kawasan khas dalam zon penempatan dan perlindungan Orang Asli di bawah projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera kelolaan kerajaan negeri Pahang melalui perunding profesional dari Wetlands International.
    Jika anda menghilir atau menyusuri Sungai Bera dari jeti Bera ke kawasan tasik, pasti akan terjumpa pondok bertiang tinggi di tengah-tengah atau di tebing sungai yang berserabut dengan tali dan jaring yang dinamakan tapuk dan jermai.
    Tapuk merupakan pondok kecil yang dibina di tengah-tengah sungai manakala jermai pondok yang dibina di tebing sungai bagi tujuan menangkap ikan.
    Pondok-pondok berkenaan bertindak sebagai tempat menyokong jaring atau pukat yang dipasang di permukaan sungai. Kedua-dua peralatan menangkap ikan itu antara pengenalan mengenai corak hidup suku kaum Semelai untuk menampung anggota keluarga.
    Ikan-ikan yang menjadi habuan suku Semelai melalui pemasangan tapuk dan jermai termasuklah lampam, toman, tapah, kelah, sebarau, tenggalan dan jelawat.
    Tetapi operasi penangkapan ikan menggunakan peralatan tradisi Semelai ini hanya dihadkan kepada mereka yang mendapat lesen daripada Jabatan Perikanan sahaja. Ini bertujuan untuk mengelak kepupusan sumber ikan di sungai dan Tasik Bera.
    Meskipun tersisih dari kemodenan, pembangunan moral dan pendidikan kaum Semelai tidak pernah terabai. Sekolah Kebangsaan Iskandar yang mempunyai lapan kelas dari tahun satu hingga lima beroperasi sejak tahun 1996 dengan 14 tenaga pengajar adalah bukti keprihatinan kerajaan untuk masyarakat itu.
    Sesetengah daripada anak-anak Semelai ini pula dihantar ke sekolah Sungai Dua di Bentong, Karak atau di Bahau, Negeri Sembilan. Malah, sehingga kini tiga anak kaum Semelai telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
    Manakala kelaziman menjadikan sumber hutan dan hidupan air sebagai sumber kehidupan juga sudah berkurangan. Sebaliknya mereka telah memiliki sumber pencarian tetap yang lebih terjamin sama ada menoreh getah mahupun kerja-kerja di ladang kelapa sawit.
    Sementara pemilihan Tasik Bera sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar yang dikendalikan oleh Wetlands International melalui Projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera sejak tahun 1994 pula membuka satu lagi sumber pendapatan untuk kaum Semelai.
    Melalui projek bersepadu ke arah mengekalkan kepentingan alam semula jadi dan tanah lembap, Tasik Bera turut menjadi destinasi dalam perkembangan ekonomi pelancongan asli kepada pengunjung dan pencinta alam.
    Ini menjadikan kepentingan Tasik Bera dan kekayaan sumbernya dapat dieksploitasi sama untuk keperluan kaum Semelai sebagai daya tarikan pelancong.
    Sekali gus membentuk dan menghidupkan semula kerja kraftangan wanita Semelai seperti anyaman bakul dan tikar di samping peralatan memburu oleh kaum lelaki sebagai sumber pendapatan bagi penghasilan tambahan yang mampu menampung kehidupan.
    Sementara itu kemahiran kaum Semelai terhadap selok-belok laluan Tasik Bera pula memberi tugas penting sebagai jurupandu melalui penyediaan perkhidmatan bot berkuasa rendah untuk membawa pelancong menikmati kesegaran tasik.
    Selain itu, kekayaan budaya tradisi Semelai juga turut menjadi agenda untuk mencorakkan kehidupan baru selaras dengan perkembangan Tasik Bera sebagai salah satu pusat kegiatan ekopelancongan setempat.
    Amalan adat pepatih dengan melakukan tradisi berkhatan ke atas kaum lelaki sebagaimana masyarakat Melayu antara salah satu keunikan Semelai selain pelbagai seni budaya lain termasuk tarian burung buai, jambul cip-cip dan jindrai yang kini dijadikan sebagai salah satu 'menu' untuk pengunjung ke Tasik Bera.
    Kini terdapat lima buah perkampungan Semelai di Tasik Bera iaitu Kampung Putat, Baapak, Gau, Jelawat dan Lengut atau Kuin yang mula menerima kemasukan arus kemajuan pembangunan. - Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN


    Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Thursday, 23 March 2017

    KASIH ALLAH...

    ASSALAMUALAIKUM...



    Bukan Allah tidak mengetahui remuknya hatimu
    Bukan Allah tidak peduli peritnya saat di uji
    semuanya itu dalam tatapan 
    kasih Nya
    USTAZAH SITI NURBAYA USMAN...

    Wednesday, 22 March 2017

    MENULIS CERPEN KANAK-KANAK...

    ASSALAMUALAIKUM...

    PI CUBA PULA BELAJAR MENULIS CERPEN KANAK-KANAK MUTAKHIR INI.. BERGURU DENGAN PENULIS HAMIDI MD YUDIN YANG BANYAK BERKARYA DALAM SASTERA GENRE INI...SEKADAR MENAMBAH ILMU SERBA SEDIKIT... TERIMA KASIH CIKGU ...

    MELALUI GRUP MMSK..FB...BELIAU MENGONGSI BEBERAPA TIPS UNTUK MEMUDAHKAN YANG BERMINAT MENULIS CERPEN KANAK-KANAK...TIDAK BOLEH MAIN TULIS SEMBERONO SAJA....MESTI DITIMBA SEDIKIT ILMU MENGENAINYA...
    TIP MENULIS CERPEN KANAK-KANAK (MENCIPTA RANGKA CERITA)
    . Fikirkan/cipta satu cerita yang mengandungi konflik antara 2 watak protagonis dan antagonis dengan pengakhiran cerita memberi kesedaran/keinsafan/teladan kepada watak-watak tersebut.
    . Watak protagonis = watak utama.
    . Watak antagonis = watak lawan protagonis.
    . Protagonis tidak semestinya berperwatakan baik yang berupaya menyedarkan/menasihati antagonis yang berperwatakan jahat/nakal. Boleh sebaliknya iaitu protagonis berperwatakan jahat/nakal dan antagonis berperwatakan baik yang berupaya menyedarkan kejahatan/menasihati watak protagonis. Contoh cerpen saya "Akibat Dengki", Asuh Februari 2017 mengisahkan protagonis/Musa yang nakal berkonflik dengan antagonis/Daud kerana dia dengkikan Daud. Namun setelah terjadi satu insiden iaitu Daud menolong Musa, akhirnya Musa berubah menjadi baik.
    . Watak antagonis tidak semestinya manusia, boleh ciptakan watak antagonis itu sebagai konflik/kesusahan hidup yang watak protagonis hadapi. Contoh cerpen saya "Hatinya Mengucapkan Syukur", Asuh Jun 2016 mengisahkan protagonis/Aminah yang kematian ayah berkonflik dengan antagonis/kesusahan hidupnya setelah ibunya jatuh sakit. Aminah yang berusia 12 tahun berjuang mencari rezeki bagi membeli barang dapur yang sudah kehabisan dan akhirnya dia mengucapkan syukur kerana usahanya itu berhasil.
    . Watak antagonis juga boleh jadi sikap negatif yang ada dalam diri protagonis sendiri. Jadi, boleh saja mencipta protagonis lawan/berkonflik dengan dirinya sendiri. Contoh cerpen salah seorang ahli MMSK, Puan Rohamiah Muda berjudul "Mencari Dengan Doa", Asuh Julai 2016 mengisahkan protagonis/Luqman berkonflik dengan antagonis/dirinya sendiri yang kehilangan bekas pensil. Setelah mencari tetapi tak jumpa, dia marah-marah dengan menghumbankan buku-buku sampai bertaburan. Setelah bekas pensilnya ditemui kerana dia dinasihati oleh ibu agar mencari dengan doa, maka Allah mengabulkan permintaannya, ibu bapanya menasihati agar Luqman kawal perasaan marah dan perlu banyak bersabar. Luqman menyesali sikap negatifnya dan berjanji akan berubah sikap.
    . Mencipta protagonis dan antagonis adalah mengikut kesesuaian cerita. Boleh jadi, protagonis sebanyak 2 orang dan antagonis sebanyak 3 orang. Contoh cerpen saya "Kerana Tin Minuman Aluminium", Asuh Februari 2016 protagonisnya 2 orang sahabat iaitu Haris dan Amri secara tidak sengaja berkonflik dengan antagonis iaitu satu sindiket penculik kanak-kanak yang terdiri daripada 3 orang. Akhirnya protagonis berjaya menumpaskan antagonis biarpun protagonis gagal mendapatkan tin minuman aluminium, namun dengan semangat keberanian, mereka telah membantu pihak polis menumpaskan kegiatan jenayah antagonis.
    . Contoh protagonis yang berperwatakan baik dan berupaya menyedarkan/menasihati antagonis yang berperwatakan jahat/nakal seperti cerpen "Kelip-kelip di Hatiku", Asuh Mac 2017, karya rakan ahli MMSK, Tuan/Cikgu Mohd Helmi Ahmad. Protagonis/Zharif berkonflik dengan antagonis/Aziman iaitu kawan sekolah Zharif yang menjual kelip-kelip. Zharif cuba menyedarkan Aziman kerana tindakan Aziman itu salah. Akhirnya Zharif berjaya menyedarkan Aziman dan Aziman berjanji tidak akan menganiaya kelip-kelip lagi. Nasihat Zharif itu bagi Aziman bagaikan kelip-kelip yang menyinari di hatinya.
    . Satu lagi contoh protagonis yang berperwatakan baik dan berupaya menyedarkan/menasihati antagonis yang berperwatakan nakal seperti cerpen "Maafkan Kami, Iman", Asuh April 2017, karya rakan ahli MMSK, Puan Siti Fatimah Zainol. Protagonis/Iman berkonflik dengan antagonis/kawan-kawannya yang suka mengejek disebabkan fizikal Iman gemuk, lalu bapanya terfikir satu aktiviti sukan yang membolehkan Iman sertai walaupun bertubuh gemuk. Akhirnya Iman berjaya harumkan nama sekolah dan kawan-kawan yang mengejeknya berasa malu dan mengucapkan, "Maafkan kami, Iman."
    . Jadi, rakan-rakan bolehlah mula mencipta rangka cerita dengan mencipta watak protagonis dan watak antagonis yang berkonflik seterusnya diciptakan penyelesaian kepada konflik itu dengan pengakhiran cerita yang memberi kesedaran/keinsafan/teladan kepada watak-watak terbabit. Mungkin boleh didasarkan pernyataan berikut:
    # Aku tidak akan sombong lagi.
    # Aku tidak akan nakal lagi.
    # Aku tidak akan engkar kata ibu lagi.
    # Aku tidak akan malas belajar lagi.
    # Aku tidak akan takut lagi.
    # Dan lain-lain pernyataan: "Aku tidak akan ... lagi." (gantikan ... dengan perkataan yang sesuai).
    Selamat menulis sastera (cerpen) kanak-kanak.