..
“Wah! Dah siap kuih cara mak cik ni. Hijau warnanya dan
harum bau daun pandan. Cantik hijaunya. Mak cik letak pewarna ke?”
“Tak. Mak cik bubuh air daun pandan campur air daun
asin-asin.”
“Oh!” Info baru menjengah mindanya, petua masakan cara lama
yang tidak diketahuinya sebelum ini.
“Nak rasa ambillah.” Ingin saja tangannya mencapai kuih
cara itu seketul dan memasukan ke mulutnya. Tapi tidak dilakukannya. Kuih cara
yang dihijaukan warnanya daripada campuran daun asin-asin tua dan daun pandan yang
dihancurlumatkan amat mengait seleranya. Padanya sempurna sekali bentuknya dan
harum aromanya.
“Tak apalah, nanti kita sarapan sama-sama. Saya ni tadi
duk tunggu Lin sudah gunakan bilik air. Barulah saya boleh masuk mandi pula.”
Tiba-tiba Azalina muncul di tengah mereka.
“Kau dah siap solat Lin?”
“Dah! Kau tu yang belum.”
“Yalah Lin. Aku ralit pula tengok mak cik Ina buat kuih
cara pandan ni sampai tak sedarkau dah siap berwuduk dan solat.”
“Pergilah cepat. Nanti datang ke sini kita sarapan
sama-sama. Kalaukau lambat aku habiskan semuanya hih..hih.”
“Suka hatikaulah Lin.” Nurhusna meninggalkan ruang dapur
dan segera menuju ke bilik air. Padanya kata-kata Azalina adalah gurauan indah
yang menceriakan hatinya.
“Selepas bersarapan bolehlah kita ke dusun di belakang
rumah ni. Bolehlah kalau kau dan Suna nak ambil buah apa saja untuk dibawa
balik esok.”
“Aku nak panjat pokok manggislah Pikah. Aku intai-intai
belakang rumahkau petang semalam nampak pokok manggis rendang dan lebat
buahnya. Teringin nak makan manggis atas pokok hih..hih..”
“Sukahatikaulah Lin. Tapi kena hati-hati. Pokok manggis
ni walau banyak cabangnya dan senang nak letak kaki waktu memanjat tapi ramai
juga yang jatuh tersembam ke tanah. Silap gaya jatuh boleh patah tulangkau lin.
Baik-baikkau mengimbang badan.”
“Okey aku hati-hati. Tapi kau jangan cakap bukan-bukan
pula bimbang jadi doa.” Risau pula hati Azalina mendengar komen Nursyafikah
itu.
“Kalau takut jatuh, kait saja. Ada galahnya mak cik
sandar di pokok tu. Anak dara dah besar panjang, tak elok memanjat pokok. Malu
dilihat orang.”
“Mak ni cakap gitu pula. Kan dah putus angin Lin nak jadi
Tarzan. Tak apa Lin…kau panjat saja lepaskan hajat. Bukan ada orang yang nak
pandang pun. Cuma kita-kita saja.”
“Jangan kisah sangat apa yang mak cik cakap Lin. Mak cik
dulu pun memang suka memanjat pokok manggis sampai puas dilarang atok Pikah
ni.”
“Kan dah pecah rahsia mak akuni Lin.” Azalina dan
Nursyafikah tergelak kecil.
“Dah jangan asyik nak bergelak saja. Hidangkan sambal
tumis bilis, ikan pekasam goreng dan ulam-ulam atas meja. Nasi lemak dah masak
tu. Telur rebus tu kupas letak dalam piring.”
“Okey mak.”
“Banyaknya makcik masak. Nasi lemak lengkap lauknya dan
ada kuih cara lagi. Agaknya pukul berapa mak cik bangun siapkan semua ni?”
“Mak cik dah biasa bangun awal pagi Lin. Biasanya pukul
4.00 pagi. Selepas solat malam tahajjud, taubat, hajat dan witir, mak cik ke
dapur sekejap sambil tunggu waktu subuh masuk. Masaklah apa yang patut untuk
sarapan. Pabila dah jadi amalan dan kebiasaan sampai saja masanya mesti
tersedar dari tidur. Terus saja bangun.”
“Gitulah mak aku Lin. Tak reti nak duduk diam. Walau
tidur masih teringat kerja-kerja yang nak dibuatnya.”
“Bila dah jadi emak ni memang perlu tangkas dan cekap
semua urusan rumahtangga Lin. Nanti bila kauorang dah berumahtangga merasalah
semua tu.”
Nurhusna muncul ke ruangan dapur sambil menarik kerusi
merapati meja.
“Wah tuan puteri Suna sudah sedia hendak bersarapan ya.
Cepatkau sendukkan nasi lemak tu Pikah.”
“Kau ni Lina. Aku rasa kaupun dah tak sabar nak
bersarapan cuma tunggu aku datang saja kan Lin.”
“Cepatlah kausemua bersarapan. Makanlah masakan orang
kampung yang mudah saja ni. Cuma buat nasi lemak, sambal tumis bilis, goreng
ikan pekasam dan buat kuih cara sikit. Lepas makan kauorang ke dusun dengan
Pikah. Mak cik nak tunggu lori ikan lalu. Nak beli lauk-lauk sikit.”
“Adik mana mak? Tak ajak makan sekali?”
“Ada tidur kat bilik dia tu. Biarkanlah dia tidur. Malam
tadi dia balik lambat. Katanya ke rumah ayah kamu.”
“Oh! Rajin adik ke rumah ayah?”
“Biasalah adik kamukan gitu selalu. Suka ulang-alik ke
rumah ayahnya. Diakan sayang sangat dengan ayahnya tu.” Terkenang dia suatu
ketika dulu anaknya yang bongsu itu sangat disayangi mantan suaminya. Namun
setelah berlaku perpisahan antara mereka bekas suaminya itu tidak lagi
mengambil tahu tentang mereka.
“Tapi ayah tak pedulikan diapun mak. Sedih pula tenguk
adik tetap tak peduli walau ayah abaikan dia. Ayah tu nampaknya macam sangat
bencikan kita. Dahlah tak bagi kita belanja sara hidup. Mak tiri tu pun Nampak
macam bencikan kita. Dan tak mau kami adik beradik rapat dengan ayah. Sebab tu
saya terfikir langsung nak ke rumah ayah.” Kata-kata anaknya itu menyapa
hatinya yang sebak tiba-tiba. Terasa hendak berurai air matanya.
“Sudahlah Pikah. Tak payah fikir semua tu. Kauorang
sarapan dulu ya.” Sahutnya tidak mahu lagi menyambung bicara yang tidak
digemarinya itu.
“Mak cik pun duduklah sarapan sama.”
“Tak apa Suna. Mak cik kena keluar tunggu van yang jual
ikan sayur tu lalu. Kalau tak ditunggu tak berlauk sayur pula kita hari ni.”
Mak cik Salina mengatur langkah meninggalkan ruang dapur dengan gaya bersahaja.
Tidak terlalu laju dan tidaklah terlalu perlahan.
“Makanlah Suna, Lin. Tak payah gelut sangat nak
sudahkannya. Dusun kat belakang rumah aku tu tak lari kemana.”
“Memanglah tak lari kemana dusun tu tapi aku yang dah tak
sabar nak memanjat pokok manggis ni. Sedapnyalah dapat makan buah manggis atas
pokok. Huish! Tak terkata nikmatnya.” Husna dan Nursyafikah tergeleng-geleng
memerhatikan gelagat Azalina yang mengujakan dirinya itu.
* * *
“Wah! Dah banyak
buah-buah yang kita petik ni Lin. Nanti tak muat pula boot kereta Pikah kita
nak isi bawa balik. Turunlah dari pokok manggis tu Lin. Ke kau pandai naik saja
tapi tak reti nak turun.”
“Sekejap je lagi Suna
aku nak ambil sebiji lagi manggis kat ujung julai tu.”
“Okey hati-hati Lin.”
Suna memperhati
kelibat Nursyafikah di kejauhan. Sedang ialan beriringan bersama emaknya dan
seorang wanita separuh baya menuju ke arahnya. Sebentar tadi Nursyafikah
meninggalkannya dan Nurhusna pulang ke rumahnya mengambil raga untuk mengisi
buah-buahan yang telah mereka petik.
“Ini mak cik Poziah.
Isteri pak cik Din, bilal surau sini yang Suna tanyakan mak cik tu”
“Oh! Apa khabar mak
cik?” Tanya Nurhusna sambil menyalami mak cik Poziah.
“Baik saja. Bila
sampai?”
“Petang semalam mak
cik bersama Pikah dan Lin yang kat atas pokok manggis tu.”
Azalina segera
bergegas turun dari atas pokok manggis dan menghulur tangan bersalam dengan mak
cik Poziah yang tersenyum kepadanya.
“Laju je kauturun Lin,
macam nak lari dari sesuatu.”
“Aku Nampak macam ada
benda yang bergayut atas pokok tu Pikah. Seram pula aku rasa.”
“Lotong yang ekor
panjang tu kot. Biasanya kalau musim buah, haiwan hutan sebelah selalu saja ke
sini. Kadang kita tak sempat petik, haiwan-haiwan tu dah petik dulu. Kulit saja
ditinggalnya kat bawah pokok.” Celah mak cik Poziah menceritakan hal yang
diketahuinya selama ini.
“Mungkinlah kot. Tapi
cuba kau tenguk Suna. Aku nampak ada lagi benda tu duk bergayut kat situ.”
Nurhusna hanya
menjeling sekilas sambil mengurut dadanya.
Nursyafikah merenung
wajah sahabatnya itu yang ketara tidak berapa selesa di situ.
“Jomlah kita ke rumah.
Semua buahnya pun dah diisi dalam raga tu. Jomlah mak cik ke rumah dulu.
Bolehlah bersembang dengan kawan-kawan saya ni.”
“Aku rasa macam nak
demamlah Suna. Bulu roma meremang dan seram sejuk pula.”
“Ada sajalah kau ni.
Mungkin kau letih sangat memanjat pokok kot. Otak yang letih memberi kesan juga
pada tubuh kita Lin.” Nurhusna cuba mengingati beberapa fakta yang diketahuinya
mengenai itu.
Minda mengawal segala perkara yang dilakukan. Contohnya
pemikiran, perasaan, tingkah laku, keputusan, kelakuan, interaksi, pencernaan,
penilaian dan pekerti. Otak menggunakan 20% oksigen dan darah dalam
badan. Sel dalam otak disebut sebagai neuron. Otak adalah organ yang menghantar
mesej atau signal kepada badan. Jadi neuron ini perlukan banyak tenaga dan oksigen.
“Kenapa Lin, Suna?”
“Entahlah Pikah! Katanya
tak sedap badan.”
“Oh! Jom ke rumah
cepat. Aku bagikau pracetemol. Nanti rasa tak sedap badankau pasti hilang.”
Sampai di rumah saja
Azalina terus masuk ke bilik, naik ke katil dan berselimut.
“Kau kenapa Lin? Kau
kata demam. Tapi badankau tak panaspun.”
“Entahlah Pikah. Aku
rasa badan aku ni sekejap sejuk sekejap panas.”
“Penyakit ganjil ni!
Takpa kita jemaah solat zohor dulu. Lepas tu mak cik gi minta tolong pak cik
Din tengukkan kamu.”
Mak cik Salina yang
turut kerisauan akan hal Azalina cuba mencari solusinya. Pak cik Din walau
bukan seorang pengamal rawatan alternative tapi sentiasa dicari rakan dan
jiran-jirannya sekiranya ada keperluan terdesak sebegini. Beliau sekadar
membantu saja tanpa apa-apa pengerasnya.
“Panggil adikkau
Pikah. Biar dia imamkan kita.” Mak cik Salina meletakkan jag berisi air di
hadapan tempat solat mereka. Sering dilakukannya setiap kali dia lakukan solat
kerana mempraktikan ilmu yang di ajar ustaz di kuliah yang dihadirinya setiap
hari Jumaat.
Kata ustaz Solehin, “Saya yakin semua kita ada
dan pernah menghadiri majlis bacaan Yasin. Dan saya yakin kita ada melihat atau
kita sendiri menyediakan air kosong atau mineral diletakkan di tengah majlis
tersebut di mana tujuannya untuk dijadikan air Yasin.
Kenapa? Ini kerana air
merupakan "perakam" terbaik dan dibuktikan oleh ilmu sains.
Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita ( tanpa kata-kata ).
Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita ( tanpa kata-kata ).
Di sini saya ingin
berkongsi satu amalan baik yang boleh kita lakukan bersama dengan mudah.
Terutama suami, bapa dan lelaki khasnya. Amalkan meletak satu botol air semasa
solat. Amalan ini boleh dilakukan semasa solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Di
mana pada waktu solat fardu yang disebutkan tadi sunat untuk menguatkan bacaan
pada rakaat pertama dan kedua. Dengan ini secara tidak langsung air ini telah
merakamkan bacaan takbir, Al Fatihah dan bacaan ayat lazim.
In shaa Allah air ini
boleh dijadikan minuman yang terbaik untuk kita.
In shaa Allah berkat dari bacaan dalam solat tadi dengan izin Allah kita akan bertambah sihat.
In shaa Allah dengan izin Allah banyak kebaikan untuk anak-anak kita.
In shaa Allah berkat dari bacaan dalam solat tadi dengan izin Allah kita akan bertambah sihat.
In shaa Allah dengan izin Allah banyak kebaikan untuk anak-anak kita.
Tidak perlu lagi
mengeluarkan belanja untuk membeli air yang dijual di pasaran yang dikatakan
dibaca dengan ayat tertentu.
Sesungguhnya yang baik
itu dari Allah, saya cuma hambaNya yang lemah sekadar ingin berkongsi ilmu-Nya.”
Mak cik Salina berdoa
semoga air di dalam jag yang telah merakam hasrat dan bacaan ayat suci itu akan
segera memulihkan keadaan Azalina seperti sediakala.
Segera diminumkan
kepada Azalina setelah mereka selesai bersolat secara berjemaah.
“Mak! Pak cik Din dan
mak cik Poziah dah sampai.” Beritahu Khairul Idlan.
“Masuklah kak, bang
Din. Cuba tengukkan budak Azalina ni.”
“Ah! Tak ada apa-apa
tu. Terkejut sikit je.” Tersenyum dia kepada Nurhusna yang turut membalas
senyumannya seolah saling bepengertian. Nursyafikah menyedari itu. Dia meminta
segelas air putih daripada mak cik Salina sembari mulutnya komat-kamit membaca
selawat nabi dan surah al-fatihah berulang-ulang kali.
“Nah! Minum sikit dan
basuh muka. Sekejap lagi okeylah tu.”
Khairul Idlan menatang
dulang berisi beberapa cawan kopi dan sepiring biskut yang dibawanya dari dapur
disediakan kakaknya Nursyafikah dan meletakan di meja ruang tamu.
“Marilah minum pak cik
Din. Mak cik Poziah. Kak Suna, kak Lin jom sekali.” Khairul Idlan mempelawa
sopan.
“Duduk sini Lan. Pak
cik Din nak tanya sikit.”
“Nak tanya apa cik
Din.”
“Malam tadi kamu balik
lewatkan. Kamu kemana?”
“Tak ada kemana cik
Din. Cuma ke rumah ayah di bandar.”
“Oh! Ada yang kirim
kasih sayang ke sini tu. Lain kali kamu jangan balik lewat malam sangat. Takut
ada yang menumpang kamu ikut pulang.”
Mak cik Poziah dan mak
cik Salina menumpu pandang ke wajah pak cik Din menafsir makna kata-katanya.
Sedang Khairul Idlan langsung tidak memahami apa-apa. Nursyafikah tajam
menjelah pandang sahabatnya Nurhusna. Sebuah wajah yang sedang berayun di pohon ara
tersengih kepadanya dengan sinar matanya merah cerlang mengganggu skrin minda
Nurhusna.
“Tak mengapa. Apa yang
dikirim tu tak boleh masuk ke rumah ni. Sebab makkau dah pagar rumah ni dengan
ayat qursi dan kunci setiap sudut dan pintu dengan kalimat yasin.”
Masing-masing mengurut
dada sambil mengucap Astagfirullah dan menadah tangan mengaminkan doa yang
dibacakan pak cik Din agar mereka semua dilindungi Allah daripada sebarang
musibah angkara mereka yang dengki dan bersubhat dengan syaitan durjana.
TAMAT
TKSH DEWI AJA
ReplyDeleteTerbaik dari PI.
ReplyDeleteTeruskan berkarya.
TKSH WP HEH..HEH..MENARIKAN PENA SUKA2
DeleteOtai ..hebat..teruskan usaha
ReplyDeletebanyak pengajaran dari novelete ni...terbaik..
ReplyDeleteAstagfirullah = Astaghfirullah (ejaan DBP)
ReplyDeletebest baca. tpi belum habis lagi.. ada keje ni.. hihi
ReplyDeleteTKSH CIKGU ETUZA..XHEBAT MANAPUN BIASA2 JE
ReplyDeleteTKSH NOHAS SUDI BACA...WOW TINGGI PUJIAN TU JATUH SAKIT HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH ANIES TEGURANNYA AKAN DIPERBAIKI..
ReplyDeleteTKSH WAWA SUDI BACA...ADA MASA SAMBUNG BACA LAGI
ReplyDeleteRugi kalau dah mengikuti tak baca part akhir
ReplyDeleteKakak suka. Seronok hingga terimbau kisah sendiri pulak hihi...
TKSH KAKZAKIE SUDI BACA HINGGA AKHIR...HEH..HEH..KALAU RAJIN SAMBUNG TLS CITE BARU...KAKZAKI PUN BOLEH TLS IMBAUAN KSH LALU KALAU ADA MASA.
ReplyDelete