Di rumah PI
ada sepohon belimbing buluh yang PI tanam sebaik boleh bangun dari sakit
terlantar lumpuh selama tiga tahun akibat kemalangan jalanraya.
Ada rezeki-Nya
pohon itu tumbuh meninggi dan berbuah lebat. Pi akan ambil buahnya untuk
digunakan dalam masakan apa saja yang bersesuaian. Daunnya pula kadang
digunakan untuk menjelum kepala anak-anak yang demam dan memandikan cucu yang
jaundice.
Buahnya yang
sangat lebat selalunya tidak habis dimakan dan banyak yang gugur setelah
terlalu masak.
Dan kini
semenjak sambal itam Pahang viral dan popular di merata media maya nampaknya
setiapkali belimbing buluh PI berbuah menjadi rebutan penggemar sambal itam
untuk memetiknya.
Bila ramai penggunanya tidaklah belimbing hanya gugur saja…siapa
yang mahu PI beri saja. Setakat PI
sekeluarga yang makannya berapa butir sangatlah.
Jiran-jitan
PI yang memasak sambal itam hasil belimbing yang diambil di rumah PI selalunya
akan menghantar sebekas kecil sambal itam kepada PI…rezeki..PI tak minta
heh..heh..tapi tak menolaknya.
Dapatlah PI
merasa sambal itam enak buatan jiran tanpa perlu PI penat mengacaunya di kuali
heh..heh…lama juga proses nak siapkan sambal itam ni.
wow.. sedapnya. terliur tengok. penah rasa sekali sambal hitam tu. memang dapp
ReplyDeletesedap ni nadhi mkn dgn nasi panas...tq
ReplyDeletesambal hitam memang terbaikkkk!
ReplyDeletebelimbing di rumah pun dah makin kurang skrg ni
ReplyDeletekalau ada memang nak buat sambal hitam jugak sedappp P
Kak PI.. hehe jangan lupa emailkan alamat no telefon ke email CT ya.. sitiyangmenaip@gmail.com.. nak post hadiah da esok.. akak je x email lagi..
ReplyDeleteBAIK SITI NANTI KAK EMELKAN...TKSH
ReplyDeleteSambal itam ni, kawan saya kata, kalau tak betul cara membuatnya memang tak menjadilah sambalnya. Teringin nak makan lagi. Sambal itam ni sedap. =)
ReplyDeleteMeriah kak..bila tengok macam tu girang rasa hati... :)
ReplyDeleteBelimbing buluh
ReplyDeleteuntuk bumbu masakan jadi enak sungguh
walau rasa asamnya hingga pembuluh
manfaatnya penyakit sembuh...
belimbing buluh terkenal masam, tapi khasiatnya sangat bagus bagi kesehatan
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteBetul tu, kalau ada sepokok, berbuah tak habis makan.
sambal hitam memang susah nak buat, tapi rasanya sedap..
ReplyDeleteorg cekal je yg boleh msk ssambal hitam ni ;-)
ReplyDelete