Sunday 31 July 2016

REZEKI SEPOHON BELIMBING BULUH...

ASSALAMUALAIKUM....

Di rumah PI ada sepohon belimbing buluh yang PI tanam sebaik boleh bangun dari sakit terlantar lumpuh selama tiga tahun akibat kemalangan jalanraya.


Ada rezeki-Nya pohon itu tumbuh meninggi dan berbuah lebat. Pi akan ambil buahnya untuk digunakan dalam masakan apa saja yang bersesuaian. Daunnya pula kadang digunakan untuk menjelum kepala anak-anak yang demam dan memandikan cucu yang jaundice.

Buahnya yang sangat lebat selalunya tidak habis dimakan dan banyak yang gugur setelah terlalu masak.
Dan kini semenjak sambal itam Pahang viral dan popular di merata media maya nampaknya setiapkali belimbing buluh PI berbuah menjadi rebutan penggemar sambal itam untuk memetiknya.



 Bila ramai penggunanya tidaklah belimbing hanya gugur saja…siapa yang mahu PI  beri saja. Setakat PI sekeluarga yang makannya berapa butir sangatlah.

Jiran-jitan PI yang memasak sambal itam hasil belimbing yang diambil di rumah PI selalunya akan menghantar sebekas kecil sambal itam kepada PI…rezeki..PI tak minta heh..heh..tapi tak menolaknya.
Dapatlah PI merasa sambal itam enak buatan jiran tanpa perlu PI penat mengacaunya di kuali heh..heh…lama juga proses nak siapkan sambal itam ni.

     

13 comments:

  1. wow.. sedapnya. terliur tengok. penah rasa sekali sambal hitam tu. memang dapp

    ReplyDelete
  2. sedap ni nadhi mkn dgn nasi panas...tq

    ReplyDelete
  3. sambal hitam memang terbaikkkk!

    ReplyDelete
  4. belimbing di rumah pun dah makin kurang skrg ni
    kalau ada memang nak buat sambal hitam jugak sedappp P

    ReplyDelete
  5. Kak PI.. hehe jangan lupa emailkan alamat no telefon ke email CT ya.. sitiyangmenaip@gmail.com.. nak post hadiah da esok.. akak je x email lagi..

    ReplyDelete
  6. BAIK SITI NANTI KAK EMELKAN...TKSH

    ReplyDelete
  7. Sambal itam ni, kawan saya kata, kalau tak betul cara membuatnya memang tak menjadilah sambalnya. Teringin nak makan lagi. Sambal itam ni sedap. =)

    ReplyDelete
  8. Meriah kak..bila tengok macam tu girang rasa hati... :)

    ReplyDelete
  9. Belimbing buluh
    untuk bumbu masakan jadi enak sungguh
    walau rasa asamnya hingga pembuluh
    manfaatnya penyakit sembuh...

    ReplyDelete
  10. belimbing buluh terkenal masam, tapi khasiatnya sangat bagus bagi kesehatan

    ReplyDelete
  11. Wkmsalam.
    Betul tu, kalau ada sepokok, berbuah tak habis makan.

    ReplyDelete
  12. sambal hitam memang susah nak buat, tapi rasanya sedap..

    ReplyDelete
  13. org cekal je yg boleh msk ssambal hitam ni ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”