SALAM JUMAAT MULIA...
MUHASABAH DIRI...
Kita menginginkan Allah sayang kepada kita. Kita mendambakan Allah sentiasa mencintai kita. Mana mungkin Allah akan menyayangi dan mencintai kita kalau kita sendiri tidak menunjukkan sifat sayang dan cinta kepada Allah itu sendiri. Kita sering lalai dan alpa dalam tanggung jawab kita terhadap Allah. Kita langgar akan perintah larangan-Nya. Kita tidak patuhi akan setiap suruhan-Nya.
Sebagai insan kita tidak terlepas dari berbuat dosa. Setiap hari kita melakukan dosa. Kalau tidak dosa yang besar kita akan melakukan dosa yang kecil. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu untuk lari dari berbuat dosa. Maka yang demikian Allah berikan kita jalan yang mudah untuk kita menebus dosa-dosa tersebut. Allah hanya mahukan kita mengakui bahawa kita telah berbuat salah dan dosa. Mengakulah akan kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan itu. Kesalahan dan dosa yang sehabis-habis kecil hinggalah kesalahan dan dosa yang sehabis-habis besar. Kesalahan dan dosa yang kita lakukan dengan sengaja atau pun tidak sengaja. Kesalahan dan dosa yang kita lakukan di dalam sedar mahu pun di luar sedar. Termasuk juga kesalahan dan dosa yang kita lakukan kerana terpaksa. Kesalahan dan dosa yang terdahulu, terkini dan yang akan datang. Mohonlah keampunan dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Caranya adalah dengan bersolat taubat dan beristiqfar. Jikalah sekali-kali kita berhenti melakukannya kerana setiap hari kita pasti akan melakukan kesalahan dan dosa.
Kesimpulannya, jika kita menginginkan Allah sayang dan cinta kepada diri kita, maka sayangi dan cintailah akan diri kita dahulu. Kemudian buatlah sesuatu yang melambang kita sayang dan cinta kepada-Nya.
Sekian buat renungan kita bersama. Fikir-fikirkanlah.
Moga menjadi peringatan pada diri untuk sentiasa muhasabah diri serta mengakui kesalahan lalu
ReplyDeleteKakak teringat pesan Prof. Dr. Muhaya, katanya kalau kita tidak sayang diri kita bermakna kita tak sayang Allah. Sebab itu katanya menjaga kesihatan menjadi kewajipan diri kita sebenarnya, kena sayang diri kita. Bila sihat mahu beribadat pun senang..
ReplyDeleteSalam Jumaah kak PI.. t kasih atas peringatan dan perkongsian ini.
ReplyDeletein sya Allah kak PI :)
ReplyDeleteBetul kak...sayangi diri dulu...baru Allah sayangkn kita..lebih dekat kita padaNya
ReplyDeletesalam jumaat. :) tq atas peringatan..
ReplyDeletesalam singgah dan follow. awk dijemput join GA sy! :D
http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html
Salam Jumaat PI....semoga Allah sentiasa menyayangi kita.Takut sebenar nya bila terkenang kan dosa2 silam ...
ReplyDeleteSalam Jumaat, kak...syukran di atas peringatan...
ReplyDeletesyukur
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatannya kak.
ReplyDeleteAllahuakbar. semoga Allah ampunkan dosa2 kita sepanjang masa
ReplyDeleteAstagfirullah.
ReplyDeleteSemoga Allah mengampunkan dosa2 kita.
alhamdulillah perkongsian yg baik kak PI. :) terima kasih share :)
ReplyDelete