Thursday 29 October 2015

KEPIALU JANGAN AMBIL RINGAN...

ASSALAMUALAIKUM...

DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda. Wabak itu sedang merebak kini dan seharusnya kita berhati-hati menjaga kesihatan diri.


pic google images.

Simptom-simptom

1.   Keletihan.
2.   Demam.
3.   Cirit-birit.
4.   Muntah.
5.   Sakit perut.
6.   Sembelit.
7.   Sakit kepala.

Kaedah penyebaran

Melalui makanan dan minuman.

Komplikasi
1.   Pendarahan kebocoran saluran penghadaman.
2.   Keradangan otak.
3.   Psikosis.

Langkah pencegahan

1.   Minum air yang dimasak atau dibotolkan.
2.   Elakan makanan yang tidak dimasak.

sumber astro awani.


26 comments:

  1. Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for akak. Tq sudi ke blog KA jg. Yang penting kena jg pemakanan dan kesihatan. tq berkongsi info yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq KA doakan kak...sama2 kita saling mendoakan...insyaAllah...

      Delete
  2. teeimakasih P perkongsian kepialu, kadang org kita ni biasa nya ambil mudah ja kan lagi tk terok mmg tk gi cek punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 noor soall penyakit ni jgn ambil mudah kena baik2 jaga kshtn..tq noor..

      Delete
  3. Kakak ni dah seminggu sakit kepala tapi lain-lain ok tetap bimbang juga
    Sampaikan kakak gunting rambut sebab mungkin ikat rambut jadi pening. Entahlah... dah tua agaknya macam-macam. Tapi yg penting bukan kepialu - takut juga sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..moga sakit pening yg biasa n bnyk berehat n mkn ubat ya kakzakie..harap segera sembuh..tq.

      Delete
  4. Moga kita semua dijauhkan dari penyakit ini..
    Moga kita semua selamat dan sihat hendakNYA.

    ReplyDelete
  5. TQ kak atas perkongsian... kena lebih berhati2 terutama dlm bab2 kebersihan makanan kan.. buat masa ni kena kurangkan makan di luar.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. WC ATIE..KALAU NK MKN DILUAR KENA PILIH TEMPAT YG DIYAKINI AMALAN KEBERSIHANNYA...TQ

      Delete
  6. Terima kasih PI atas perkongsian. Moga kita semua dijauhi segala penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA2...MOGA PERKONGSIANNYA BERMENAFAAT..TQ ZAI...

      Delete
  7. Semoga dijauhkan la dari demam kepialu nie...

    ReplyDelete
  8. Saat-saat begini eloklah elakkan makan di luar... sebab kita tak tahu kebersihan dan bagaimana penyediaannya.

    Macam2 skrg... penyakit2 ni semua dah lama tak ada di negara kita... skrg timbul balik kerana kita mengabaikan kebersihan lebih-lebih lagi ramainya pendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA SWEETIE..MKN DILUAR TIKA WABAK MULA MENULAR ELOK DIELAK...SBB KITA XPASTI CARA PERSEDIAAN MAKANAN TU BERSIH KE TAK...TQ

      Delete
  9. X berapa familiar dengan demam kepialu tu..yang tau demam denggi je hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEPIALU NI DH LAMA HAPUS DINEGARA KITA TAPI TIBA2 ADA PULA MUTAKHIR INI..TQ WA.

      Delete
  10. Asalam...ambil tahu, sangat bahaya jaga pemakanan kena makan semua dari yang halal bersih di masak..selalu dalam berita kapilu melanda di beberapa tempat.Mohn jauhkan

    ReplyDelete
  11. WSALAM..BETUL TU CIKGU MESTI JAGA MAKAN N MINUM UTK PEROLEH KSHTN YG BAIK..TQ.

    ReplyDelete
  12. Kena sentiasa berhati hati.
    Sebaiknya jangan makan kat luar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela fidah...kena rajin msk sendiri..tq fidah.

      Delete
  13. sekarang ni kena jaga kebersihan dan kesihatan diri.. kurangkan makan di luar sebab kita tak tahu tahap kebersihannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xyakin dgn tahap kebersihan kedai mkn tu eloklh xpyh mkn di situ kan aiza..tq.

      Delete
  14. laa takut sket nk mkn kt luar esp yg diragui kebersihannya

    ReplyDelete
  15. anies xsusah nk mkn diluar sbb anies rajin msk..kan...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”