CORAT-CORET PAK ENGKU
SELOKA PESANAN KEPADA YANG DIUSIA SENJA
(ISTIMEWA BUAT RAKAN PESARA)
(ISTIMEWA BUAT RAKAN PESARA)
Hidup insan di dunia yang fana
Akan meniti usia senja
Tak dapat hendak lari ke mana
Pastikan sampai tiba masanya.
Akan meniti usia senja
Tak dapat hendak lari ke mana
Pastikan sampai tiba masanya.
Dalam usia di penghujung ini
Apakah lagi hendak diharapkan
Bersyukur kita pada Ilahi
Umur kita Dia panjangkan.
Apakah lagi hendak diharapkan
Bersyukur kita pada Ilahi
Umur kita Dia panjangkan.
Masa yang ada begitu singkat
Buatlah amalan jangan berhenti
Untuk bekalan dihari akhirat
Di sana semuanya dihisab nanti.
Buatlah amalan jangan berhenti
Untuk bekalan dihari akhirat
Di sana semuanya dihisab nanti.
Masa hidup yang tinggal sedikit
Sebaik mungkin gunakan ia
Susah dan sakit jangan diungkit
Berserahlah pada Yang Maha Kuasa.
Sebaik mungkin gunakan ia
Susah dan sakit jangan diungkit
Berserahlah pada Yang Maha Kuasa.
Janganlah kita harapkan anak
Menjaga kita setiap hari
Bukan sengaja mereka tak hendak
Masalah mereka kita tak ketahui.
Menjaga kita setiap hari
Bukan sengaja mereka tak hendak
Masalah mereka kita tak ketahui.
Jangan lupa untuk beriadah
Walaupun sekejap setiap hari
Apabila peluh di badan membasah
Barulah sihat akannya diri.
Walaupun sekejap setiap hari
Apabila peluh di badan membasah
Barulah sihat akannya diri.
Wang yang ada jangan disimpan
Gunakan ia kepada yang perlu
Apa teragak selera nak makan
Jangan dihalang terlalu-lalu.
Gunakan ia kepada yang perlu
Apa teragak selera nak makan
Jangan dihalang terlalu-lalu.
Jika terasa diri kesepian
Pergilah melancung ke mana-mana
Atau pergi bertemu kawan
Bercerita akan kisah yang lama.
Pergilah melancung ke mana-mana
Atau pergi bertemu kawan
Bercerita akan kisah yang lama.
Jikalau masih ada pasangan
Berkasih sayanglah setiap hari
Bergaduh jangan berperang jangan
Tiada indahnya kehidupan dilalui.
Berkasih sayanglah setiap hari
Bergaduh jangan berperang jangan
Tiada indahnya kehidupan dilalui.
Saat dinanti pastikan tiba
Salah seorang akan pergi dahulu
Yang tinggal jangan berhiba-hiba
Sedekahkan Al Fatihah setiap waktu.
Salah seorang akan pergi dahulu
Yang tinggal jangan berhiba-hiba
Sedekahkan Al Fatihah setiap waktu.
Hidup ini jangan harapkan
Anak-anak membantu kita
Nanti kita menjadi kempunan
Bantuan diharapkan tak kunjung tiba.
Anak-anak membantu kita
Nanti kita menjadi kempunan
Bantuan diharapkan tak kunjung tiba.
Andai anak-anak tak ambil peduli
Hidupnya kita dihari tua
Mungkin dia ada masalah sendiri
Biarkanlah mereka hidup bahagia.
Hidupnya kita dihari tua
Mungkin dia ada masalah sendiri
Biarkanlah mereka hidup bahagia.
Kepada yang hidup seorang diri
Janganlah hendaknya berasa gundah
Carilah teman peneman sunyi
Agar hidup tak resah gelisah.
Janganlah hendaknya berasa gundah
Carilah teman peneman sunyi
Agar hidup tak resah gelisah.
Itulah sedikit nukilan hamba
Buat sahabat, handai dan taulan
Usah diragu pastikan tiba
Saat kita dijemput Tuhan
Buat sahabat, handai dan taulan
Usah diragu pastikan tiba
Saat kita dijemput Tuhan
Kakak gelihati tengok dan baca katun itu PI:)
ReplyDeleteBiarpun perginya seseorang bukan kerana tua usianya
tapi memang menjadi kebiasaan yg tua pergi dulu
sebaiknya bersedia tak kita yg tua atau pun yg muda..
heh..heh..sebenarnya kakzakie kartun tu xmenggambarkn keadaan sebenar situasi hidup kini...penjawat2 awam r swasta walau tlh berusia tetap cntik n msh produktif berkrja...tapi nk selama mana kan...berilh masa kpd diri sendri tnpa dibebani stres kerja..hidup mati kita Allah dh suratknnya tnpa mengira usia n selagi ada masa siapkn bekalnya....tq kakzakie.
ReplyDeletekatun ni kuar balik bila katanya umur pencen dilanjutkan ke 62 tahun
ReplyDeleteuwaaaaaaaaaaaaaaaa
skrg baru 36tahun, lama lagi tu nak keje (kalau pjg umurnya)
sy harap tua nanti tak susahkan anak2
kerja bila dh capai target yg ditentukn saja kot...betul tu kata irfa moga usia akhir kita xsusahkn anak2 kita...tq irfa.
DeleteBest gila kartun tu
ReplyDeleteheh..heh..kartun mengusik...tq MKL.
ReplyDeletemasa muda jgn berlengah-lengah dgn masa agar kala tua xterkejar-kejar nk mngisinya bimbng xsempat lagi tq diana.
ReplyDeleteYang muda pastikan tua... sedang hampir dah untuk melaluinya...
ReplyDeletep/s: kartun tu memang kelakor! :0
kadang terasa seolah kartun tu mnghina yg tua tapi niat pelukisnya sekadar humor kot...masa tua akan dilalui sesiapa saja demi hari yg berlalu...tq BM.
ReplyDeletePic kartunnya unik dan lucu :)
ReplyDeleteheh..heh..lucu kan////tq pengetahuan produk.
ReplyDeleteheh..heh..lucu kan////tq pengetahuan produk.
ReplyDeletehahaha... cukup laa 56 thn...62 tu better d rumah n beribadat
ReplyDeleteumur panjang tu rihattlh pulak ya..ni nk kerja sampai mati...tq anies.
DeleteKepada yang hidup seorang diri
ReplyDeleteJanganlah hendaknya berasa gundah
Carilah teman peneman sunyi
Agar hidup tak resah gelisah.
Yang ni JM cuma ada teman sekerja huhhu
heh..heh..sepi sendiri tu rugi JM..tq
ReplyDeletehuhuhu...ada sape yg sudi tak..meh 'register' hihih
Deletekena register ya...boleh2 ramai yg tunggu peluang ni..tq JM
ReplyDelete