Friday, 31 May 2013
GUBAHAN BUAH-BUAHAN...
SERING KITA TEMUI BUAH-BUAHAN BERANEKA DIGUBAH DAN DIUKIR CANTIK SEMPENA ACARA ATAU MAJLIS YANG ISTIMEWA DIADAKAN UNTUK MENYERINYA. MISALNYA GUBAHAN BUAH-BUAHAN DILETAKAN DI MEJA MAKAN BERADAB PASANGAN PENGANTIN. BIASANYA BUAHAN YANG TELAH DIUKIR DAN DIRAPIKAN SEBAIKNYA ITU TIDAK DISENTUH SESIAPA PUN. AKHIRNYA TERBUANG APABILA TELAH LASUH. AMAT MEMBAZIR DAN MERUGIKAN TABIAT KITA ITU KAN...SUKAKAN KECANTIKAN YANG MENYERIKAN SESUATU MAJLIS...TAPI AMALAN YANG TIDAK PRAKTIKAL PUN...ITU KATAKU.
SELERA TEKAK MUSIM PANAS.....
TIKA MUSIM KERING DAN AGAK PANAS SEPERTI SEKARANG RAMAI YANG MEMILIH MAKANAN YANG DINGIN DAN AGAK BERAIR KANDUNGANNYA SEPERTI PUDING, KOLEH, AGAR-AGAR ATAU BUBUR PADA HIDANGAN PETANG. PASTI ENAK DAN LAZAT SAMBIL MERENGGUK AIR BATU BERGELAS-GELAS. BOLEH DIMINUM TAPI BERPADA-PADA KERANA MINUMAN BERAIS TIDAK BEGITU BAIK UNTUK KESIHATAN PABILA KITA TELAH BERUSIA KELAK. TAKUT DAPAT SAKIT URAT TAK TERDERITAKAN PULAK YER....TAK PAYAHLAH BERCERITA PASAL MINUMAN KESUKAAN RAMAI NI TAPI KITA KONGSIKAN KEENAKAN PIC MAKANAN YANG DISEBUTKAN TADI. SEMUA PIC DISHARED DARI WALL RAKAN-RAKAN FB...
PIC IDA ZURAIDA
AH! MENYELERAKAN BUKAN?
Thursday, 30 May 2013
Tuesday, 28 May 2013
Monday, 27 May 2013
SELIRATAN CINTA BAB 22/23....
Malam yang sangat
tenang. Bintang-bintang bergemerlapan di dada langit. Keadaan laut tidak
terlalu bergelombang. Angin sentiasa berpuput nyaman. Belum lagi membawa monsun
Timur Laut yang akan menggelorakan Laut China Selatan ini dan merumitkan
penghidupan di persisir perairannya dengan musim tengkujuh.
Ketika ini
nelayan-nelayan pantai yang menaiki bot kecil dan peralatan penangkapan ikan
yang minima tidak berani turun ke laut untuk mengait sedikit rezeki.
Kini masih di
bulan Ogos. Cuacanya masih berseri dan metah sesuai berwisata di tempat
peranginan di tepi laut. Dan aktiviti nelayan-nelayan berterusan sebagaimana
biasa. Di kejauhan kelihatan cahaya bergerak di tengah samudera. Ada kapal yang
sedang belayar merentas lautan.
Rizal berdiri di
tepi bot memerhati alam sekeliling yang sunyi. Yang kedengaran hanya lagu ombak yang berdebur menampar
bot dan suara enjin bot yang tidak putus. Dia menilai situasi laut yang
melengkonginya. Berdasarkan dari sedikit pengetahuan yang diperolehi tentang
kejuruteraan laut yang di pejajarinya dari universiti di Amerika.
Pelayarannya
bersama bot yang dinaiki ini pasti sangat lancar ke destinasinya kerana tiupan
angin yang lembut tidak akan menyebabkan tekanan ombak yang menggelora.
Ketenangan
suasananya melekakannya menikmati keindahan laut Cina Selatan yang terbentang
dan tidak tercapai hujung pandangannya.
Bot sudah tiba di
jeti. Rizal masih alpa, termenung seketika. Dia tidak melangkah turun dari bot
lagi. Fareez segera mencapai begnya dan beg temannya itu untuk dibawa
bersamanya. Rizal tersedar dari lamunannya yang melayang jauh. Dicapainya
begnya daripada genggaman Fareez. Langkah Fareez dituruti.
Di hadapannya
terpampang papan tanda Resort Sri Jelapang. Fareez kagum sekali melihat
persekitaran resort yang cantik dengan rekaan chalet yang unik bentuknya
walaupun hanya kelihatan samar diterangi lampu jalan.
Fareez terus
melangkah mendekati kaunter pertanyaan resort yang masih terang benderang. Ada
sesaorang yang kelihatan mundar-mandir di dalamnya. Seakan sedang menanti
kehadiran sesaorang.
Langkahnya
terhenti bila terasa tangan Rizal menyentuhi bahunya. Dia segera berpaling. Dia
menanti buah bicara temannya itu. Hatinya merasa gusar, tidak enak.
“Fareez..”
“Kenapa Rizal? Kan
aku dah kata kita datang esok saja. Tidaklah kena bayar tambang bot
mahal-mahal. Sekarang kau takut nak masuk ke situ sebab sudah tidak ada duit?”
Tanya Fareez yang terpinga-pinga dengan gelagat temannya itu. Di hatinya timbul
dugaan yang tidak disenanginya.
“Bukan begitu…”
pendek saja ayatnya.
“Habis tu…jomlah.
kau kata kau ada kawan yang berkerja di sini. Lambat-lambat sangat nanti bila
dia sudah tidur, kita pula yang susah.” Tangan Rizal di tariknya. Rizal terpana
kebingungan. Tetapi langkah Fareez dituruti juga. Tidak teragak-agak lagi.
Kedua-duanya sudah
berada di lobi resort. Sesaorang datang menyongsong dan memperkenalkan dirinya
sebagai pengurus Resort Sri Jelapang. Yakin sekali bahawa orang-orang ini
memang yang dinantikannya berjam-jam lalu.
“Saya Azmi. Datin
Majmin ada telefon saya siang tadi. Katanya anaknya Encik Rizal hendak
datang...maafkan saya…yang mana satu Encik Rizal. Maklumlah saya tidak kenal
Encik Rizal sebab dia tidak pernah datang ke sini.”
“Saya Fareez. Ini
Rizal anak Datuk Shaari.” Rizal memintas pantas. Membiarkan Fareez diserbu
kebingungan yang mengelirukan. Renungan mata berbaur pertanyaan menujah anak mata
Rizal. Dia terkapa-kapa dibungkus tandatanya.
Rizal menarik
Fareez berpaling menghadapnya. Membelakangi Azmi. Dua jarinya di letakan di
bibir. Matanya disaluti renungan bermakna.
“Kenapa ada yang
tidak kena ke?” Tanya Azmi yang mulai berprasangka kerana telatah kedua-dua
pemuda itu. Dia perlu berwaspada juga kerana ramai yang menyamar seperti
umang-umang yang suka membawa sarang siput yang cantik sebagai pelindung
dirinya.
Dia sangat
berharap keputusannya terhadap kedua-dua pemuda ini tidak silap. Risiko kerana
kesilapan menentukan Rizal anak Datuk Shaari yang sebenar amat berat. Tidak
terdaya hendak dipikulnya kelak.
“Tidak...tak.”
Azmi merasa yakin dengan instink dalamannya dan tidak ragu-ragu dia menyalami
Fareez selayaknya di antara seorang perkerja dengan majikannya. Sangat
menunjukan rasa hormatnya. Fareez merasa amat kekok diperlakukan sebegitu.
Dia melihat Rizal
tersenyum membalas pandangannya yang mengandung pelbagai persoalan yang tidak
terjangkau jawapannya. Untuk mengelakan sebarang persoalan yang bakal menambah
kerumitannya, dia hanya menurut arusnya.
‘Apalah yang tidak
kenanya dengan Rizal ni. Rupanya dia anak Datuk Shaari saudagar besar yang kaya
raya tu. Sudah jadi anak Datuk tak nak mengaku pulak. Seperti cerita Mark
Twain, Anak Raja dengan Anak Papa le pulak kisahnya. Tapi aku ni bukannya papa
kedanapun. Susah benar nak faham keletah orang-orang kaya ni.’ Fareez
diselubungi pelbagai persoalan yang membingungkan.
“Eloklah Encik
Rizal datang di ketika ni. Sebab esok saya akan pergi dari sini.”
“Kenapa?” Tanya
Fareez. Seolahnya dia sudah mengikut rentak Rizal yang mahukannya menjadi Rizal
anak Datuk Shaari. Rizal tersenyum di sisinya.
“Saya akan
berkerja di Mauritius. Saya sudah beri notis berhenti kerja sebulan lalu. Hari
ni sebenarnya hari terakhir saya di sini. Tetapi saya masih boleh lanjutkan
sehari lagi kerana hendak kenalkan Encik Rizal dengan pengurusan di sini. Tentu
Encik Rizal tidak kenal perkerja yang sentiasa bertukar ganti sepanjang Encik
Rizal berada di US.” Wajah Rizal yang tersenyum dengan mata kuyunya ditatapnya
sambil mengulum bibirnya.
‘Wah lulusan luar
negara rupanya ‘mamat’ ni. Bijak sungguh kau menyamar ya Rizal.’ Fareez
menggeleng-gelengkan kepala melirik arah Rizal yang tersenyum lebar.
“Mulai esok kaulah
bos di sini.” Tukas Rizal. Fareez semakin menggelabah. Mahu saja dilukunya
kepala teman itu yang tersengih sentiasa kepadanya. Tiba-tiba saja dia terpaksa
menjadi pengurus sebuah resort terkenal tanpa mengetahui suatu apapun yang
berkaitan dengannya.
‘Agaknya boleh ke
aku jadi pengurus ni?’ Fareez termangu. Dahinya dipicitnya buat melegakan
kebengangannya. Rasa pening berputar-putar di kepalanya.
‘Apalah motif
sebenar kau Rizal? Kalau aku rasa kau hanya hendak mengenakan aku, esok aku
cabut. Jika tidak ada bot atau feri, berenang pun aku sanggup. Tapi tidak
mungkin Rizal yang baik budi bahasanya sanggup hendak menganiaya aku kut.’
Fareez berusaha menenangkan perasaan haru birunya yang berkecamuk tidak
menentu. ‘Bagaimana pun aku nak tengok dulu rentaknya. Aku pun bukan mudah
hendak dikelentong, lulusan U lagi.Walau U tempatan tidak kalah juga dengan U
luar negara.’
“Tentu tidak jadi masalahkan. Lagi pun ramai
yang akan membantu. Datuk Shaari pun selalu datang ke sini.” Rizal tersentak.
Fareez melihat gaya temannya yang kalut dan gawat itu. Wajahnya kelat.
“Oh ya ke. Datang
dengan Datin Majmin ke?” Rizal bersuara. Azmi agak kehairanan kerana Fareez
yang bertanya, bukan Rizal seperti yang sepatutnya tetapi dia menjawabnya juga
sebagai menghormati kawan kepada Rizal anak kepada bosnya.
“Tidak. Selalunya
dengan klien perniagaannya.”
“Kami dah penat ni, di mana kami hendak tidur
malam ni?” Fareez mencelah,
setelah melihat
Rizal dengan gaya bahasa isyarat menurut pemahamannya tidak mahu lagi
berpanjang lebar bercerita.
“Oh itu sudah saya
uruskan awal-awal sebaik saja Datin telefon. Tapi Datin tidak sebut pula hendak
datang berdua.” Pandangannya terlontar ke wajah kedua-duanya.
“Tulah kau…aku dah
kata dah, mama kau mesti marah kalau aku ikut sama.” Sela Rizal sambil
mengerut-ngerutkan dahinya. Fareez mulai berfikir untuk ikut bertandak selari
dengan gaya nada temannya itu. Beriya-iya menyusun skrip yang spontan.
“Apa pula dia
hendak marah, kalau aku bawa perempuan lainlah.” Fareez bertukar senyum dengan
Rizal. Tersengih sedikit kemudiannya. Saling faham memahami. Rizal mengangkat
jari telunjuknya dengan maksud lakonan Fareez memang bagus.
“Marilah...saya
tunjukan chalet Encik Rizal dan Encik Fareez.” Ketiga-tiganya sedang mengatur
langkah kearah sebuah bangunan yang lebih besar untuk kediaman seorang majikan
berbanding dengan chalet untuk kediaman pekerja. Terletak di bahagian sipi
pejabat pengurusan.
“Lupa pula saya
hendak beritahu, tempat ni memang popular di kalangan artis. Setiap bulan pasti
ada yang datang shooting di sini. Kadang
tu untuk produksi filem. Kadang pula untuk drama.” Azmi menerangkan serba
sedikit tentang keistimewaan resort itu.
“Wow hebat, hebat.” Balas Fareez teruja.
“Buat masa ini
tidak ada shooting, tetapi dua hari lagi akan datang satu grup buat shooting selama
sebulan.” Rizal tidak gembira mendengar penerangan Azmi itu. Wajahnya selamba
polos..
Dibiarkan saja
Azmi dan Fareez bercerita tentang pelbagai info mengenai resort itu di
sepanjang perjalanan yang singkat menghala ke chalet tanpa mencelah sedikit pun.
Majmin meneruskan
kebiasaannya setiap hari. Selesai solat isyak dia akan berbaring di depan TV.
Sambil menonton sempat juga membaca majalah
apabila siaran iklan memenuhi slot. Sering juga menulis diari yang
dicatat tentang beberapa peristiwa besar yang berlaku di dalam mahupun di luar
negara. Dan yang menyangkut kehidupannya seharian.
17 Jun 01, Ahad.
Pramoudiya Anantatoer, penulis yang dianggap
setanding dengan penulis terkemuka dunia memberi komen yang positif tentang
ekonomi, sosial dan sikap mandiri rakyat Malaysia di bawah pucuk pimpinan PMnya
berjaya menangani tangan-tangan asing yang amat berminat hendak mencampuri
urusan negara dan membentuknya mengikut acuan ciptaan mereka.
Beliau membandingkan nasib sebaliknya yang
menggeluti Indonesia sendiri yang di
sifatkan sudah hilang kewibawaan dan keterlaluan lemah jati diri dari segenap
aspek. Penulis Pro Sukarno dan aktif era Sukarno ini membandingkan tindakan Dr.
M menyamai tindak-tanduk Sukarno yang telah berjaya memerdekakan Indonesia dari
penjajahan Belanda dengan pelbagai cara. Dan memakmurkan negara itu setelahnya.
Semua akhbar arus perdana hari ini memetik
pandangannya hasil temuramah RTM (Radio Televisyen Malaysia) di Bogor. Novelnya
Keluarga Gerilya memang ketara nilai sasteranya. Namun aku tidak berminat untuk
menghabiskan pembacaannya. Lebih selesa pula membaca novel hasil novelis
tempatan seperti Abdullah Hussain atau Azizi Hj. Abdullah.
17 Dis 02, Selasa;
Berita TV menyatakan keputusan penghakiman
di The Hague. Belanda berkenaan kedudukan Pulau Ligitan dan Sipadan yang
direbutkan Malaysia dan Indonesia, rupanya memihak kepada Malaysia. Agaknya
lega sungguh hati Dr. M kerana sebelum persaraannya dari jawatan PM dia telah
mengembalikan banyak harta Malaysia yang telah diambil dan hendak diambil
orang. Itulah kebijaksanaannya dengan izinNya jua.
Tetapi dia tidak rajin menulis setiap hari.
Diarinya juga sarat dengan pantun pantun karyanya. Baginya seni pantun melayu
sangat indah dan halus.
Kelapa sebatang tepi perigi
Kudup mengkudu di hujung dahan
Kenapa datang kenapa pergi
Menyimpul rindu tak berkesudahan.
Riang ria ke sana sini
Patah rusuk apa jadinya.
Riang ria hari ini
Entah esok apa jadinya.
Thursday, 23 May 2013
Wednesday, 22 May 2013
Tuesday, 21 May 2013
KEK BUAH
AIKK....ADA RESEPI PULAK KAT DALAM BLOG NI? KATA BUKAN BLOG MASAKAN....SEBENARNYA KEK BUAH INI SANGAT-SANGATKU MINATI...KEBETULAN ADA YANG SHARE RESEPI KAT FACEBOOK JADI AKUPUN COPY PASTE DAN SHARED KAT SINI. MUNGKIN DAPAT MEMBANTU KAWAN-KAWAN YANG BERMINAT UNTUK MEMBAKE KEK INI....
Kek Buah Bakar
Resepi Lilydvalley dari myresipi.com
Adunan utk 1 loaf
150g mentega
120g gula perang (saya guna gula halus,gula perang xde stok)
160g tepung gandum/cake/superfine (saya guna tepung gandum) *
1sk baking powder *
3 biji telur
1sk orange paste
3sb orange juice (saya guna sunquick)
150g buah campuran
- rendamkan buah campuran dgn orange juice - ketepikan
- ayak bhn2 bertanda * - ketepikan
- pukul mentega + gula hingga kembang
- masuk telur satu persatu sambil pukul sebati
- masukkan tepung berselang seli buah sambil kaup balik dengan senduk (tp saya masuk tepung dulu,kaup balik sebati baru masukkan buah dan kaup balik sekadar rata,jgn terlalu lama nanti buah turun)
- masuk dlm acuan loaf (saya guna loyang 6x6) yg telah dilapik kertas
- bakar 40-50 min @ 170C
- sejukkan
- simpan dlm peti ais terlebih dahulu supaya mudah utk dipotong dan kek x hancur

RUMAH RUMAH CANTIK YANG DITINGGALKAN....
KENAPA AGAKNYA RUMAH-RUMAH YANG BENTUKNYA CANTIK DAN AGAM TAPI TIDAK BERORANG. KOSONG TIDAK BERPENGHUNILAH TU. HATIKU SERING TERTANYA BEGITU SETIAP KALI MELEWATI RUMAH-RUMAH ITU DALAM PERJALANANKU KE SMY. SMY TU SEKOLAH MENENGAH YAN. TIADA JAWAPAN YANG DIPEROLEH MELAINKAN UCAPAN SAYANG... KERANA MEMBIARKAN RUMAH-RUMAH CANTIK ITU TERABAI TANPA PENJAGAAN.
SEKIAN TAHUN BERLALU KINI BARUKU KETAHUI KENAPA KEADAAN SEBEGITU TERJADI DENGAN SEBAB-MUSABAB TERSENDIRI SETELAH MELIHAT SITUASI ITU UJUD JUGA DI KAMPUNG HALAMANKU DI MANA RUMAH-RUMAH AGAM YANG TERBINA DENGAN BELANJA YANG TIDAK SEDIKIT DITINGGALKAN BEGITU SAJA.
ANTARA SEBAB-SEBABNYA IALAH ANAK-ANAK TIDAK MAHU TINGGAL DI RUMAH ITU SETELAH KETIADAAN IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA DAN MEREKA MEMILIKI KEHIDUPAN JAUH LEBIH BAIK DI RUMAH BARU DI TEMPAT BARU.
ADA PULA YANG TERPAKSA MENINGGALKAN RUMAH KESAYANGAN TERABAI KERANA JATUH SAKIT DAN TERPAKSA TINGGAL BERSAMA ANAK-ANAK UNTUK KEMUDAHAN PERAWATAN DAN KESELAMATAN.
RASANYA SEMACAM TIDAK BERBALOI SUSAH PAYAH IBU BAPA MENYIAPKAN RUMAH CANTIK LAGI MAHAL UNTUK ANAK-ANAK SEKIRANYA LANGSUNG TIDAK DIHARGAI SETELAH KETIADAAN MEREKA. TERABAI BEGITU SAJA. NAMPAKNYA BERPADA-PADALAH MEMBUAT SESUATU AGAR TIDAK MERUGIKAN SEMATA....
LAGIPUN SEPERTI KATA PANTUN;
HALIA INI TANAM-TANAMAN
KE BARAT JUGA CONDONG AKARNYA
DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN
AKHIRAT JUGA AKAN SUDAHNYA...
PIC GOOGLE

PIC TOHID ROSDI

Monday, 20 May 2013
SELAMAT PENGANTIN BARU DAN KEKAL BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT....
MUSIM KENDURI KAWIN AKAN BERMULA SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PADA AKHIR MEI INI. KEBIASAANNYA MEMANG BEGITU KERANA UNTUK BERKENDURI PERLUKAN MASA YANG FLEKSIBEL BUAT SEMUA YANG HENDAK MENGHADIRINYA APALAGI TUAN RUMAH BERNIAT MENGUMPULKAN SAUDARA MARA, KAUM KERABAT, SAHABAT HANDAI, RAKAN TAULAN DAN PARA UNDANGAN UNTUK MEMENUHI MAJLIS YANG JARANG KALI DI ADAKAN ITU. BARANGKALI MUSIM CUTI SEKOLAH ADALAH MASA YANG CUKUP SESUAI PADA PERKIRAAN MEREKA YANG INGIN MENGADAKAN MAJLIS SEBEGINI...
PENGHARAPAN KEPADA PASANGAN YANG TELAH DIIJAB KABUL DI MAJLIS YANG SANGAT MERIAH INI DAN TELAH MENELAN BELANJA PULUHAN RIBU, RATUSAN RIBU, JUTA RINGGIT BUAT YANG MAMPU TENTULAH PERKAHWINAN ITU KEKAL BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT WALAU APA SAJA ARAL YANG MELINTANG KEHIDUPAN MEREKA. DIHARUNGI RANJAUNYA TANPA MENYERAH KALAH...
CONTOHI PERKAHWINAN PASANGAN-PASANGAN IDOLA YANG ADA DI DEPAN MATA KITA SEPERTI TUN DR.MAHATHIR DAN TUN DR.SITI HASMAH BEKAS PM YANG KEKAL BERSAMA BERCINTA, BERBAHAGIA.
ARWAH TOK JUGA BEGITU. KASIH SAYANG ARWAH TOKWAN SENTIASA DIKENANG-KENANG WALAU RAMAI YANG MASUK MEMINANGNYA SETELAH KETIADAAN TOKWAN. TANDANYA KASIH SAYANG TOKWAN ITU SENTIASA MEMBEKAS DI HATI TOK DAN SUKAR MENUKAR PENGGANTINYA.
BEGITU JUGA DENGAN EMAKKU, SETELAH KETIADAAN ARWAH BAPA ADA YANG MEMINANGNYA UNTUK DIJADIKAN ISTERI. BUKAN SEBARANGAN ORANG, KAYA RAYA BERILMU LAGI. JAWAB MAKKU MUDAH SAJA "TAK LAPAQ AKU NAK KAWIN LAGI.."
TAPI LAIN PULA YANG TERJADI KEPADA SEORANG JIRAN KAWANKU. BEGITU SUGUL SETELAH KEPULANGAN SUAMINYA KEPADA YANG BERHAK. KOMENNYA YANG AKU DENGAR, "LEPAS NI TAK NAK DAH KAHWIN LAGI...BIARLAH SEKALI SAJA, TAPI KALAU DAH JODOH NAK BUAT LAGU MANA."
DAN JODOHNYA MEMANG ADA LAGI. TIDAKLAH SALAH BERKAHWIN SEMULA SETELAH ISTERI/SUAMI MENINGGAL DUNIA. LAGIPUN MEMANG DIGALAKAN ISTERI/SUAMI YANG KEHILANGAN PASANGAN MENCARI PENGGANTINYA. TAPI ISTERI-ISTERI BAGINDA RASULLULLAH SAW TIDAK DIBENARKAN BERKAHWIN LAGI.
NAMUN JODOH PERTEMUAN ITU ALLAH YANG MENGATURNYA. KITA BOLEH MERANCANG BEGITU BEGINI DAN TERJADI DENGAN IZIN ALLAH JUGA. TAPI LEBIH ELOK MERANCANG UNTUK KEBAHGIAN DIRI.
SELMAT PENGANTIN BARU KEPADA BAKAL-BAKAL MEMPELAI SEMOGA KEKAL BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT DAN MEMBAWA KE SYURGA...

Sunday, 19 May 2013
PENYEMBUH PENAWAR ANUGERAH ALAM - TEH HIJAU
INFO RASA: KHASIAT TEH HIJAU
Minuman teh hijau sangat baik untuk kesihatan. Dek kerana khasiatnya yang tinggi, ia menjadi minuman amalan masyarakat cina sejak berzaman lagi. Antara kebaikan teh hijau adalah:
• Menurunkan tahap kolesterol dalam badan
• Sumber antioksidan dan mampu mengekalkan awet muda
• Boleh menurunan berat badan
• Melindungi buah pinggang
• Mencegah penyakit diabetes
• Mencegah keracunan
• Mengawal bau mulut
• Mengurangkan risiko serangan strok
• Kaya dengan mineral dan vitamin
• Melancarkan sistem pencernaan
• Mencegah hepatitis

TIPS KESIHATAN
Make sure to SHARE this so you can have this SAVED to your timeline
Get Rid Of Blackheads In 5 Minutes.
Half lemon and add 3-4 drops of honey. Rub the lemon on your face, emphasize the blackheads prone areas like nose, chin etc. Leave the lemon and honey mixture on your face for 5 minutes, then wash it with cold water. You will see the results immediately. Additionally, lemon juice will also fade other marks/spots on the face and honey will moisturize

Saturday, 18 May 2013
PANTUN-PANTUN INDAH OTHMAN K.LEE ...2
SAUDARA OTHMAN K.LEE ADALAH SEORANG PEMANTUN YANG AKTIF DAN SERING MENZAHIR KARYANYA YANG BERMUTU DALAM GRUP PANTUN WARISAN BUDAYA BANGSA FACEBOOK.
Thursday, 16 May 2013
SELAMAT HARI GURU / ORKID-ORKID CANTIK PILIHAN....
SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU DALAM SEGENAP BIDANG PERGURUAN PILIHAN YANG DENGAN PENUH DIDIKASI MENCURAH ILMU KEPADA ANAK DIDIKAN BERTERUSAN TANPA JEMU. SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMENAFAAT DITURUNKAN DENGAN JUJUR IKHLAS ITU GANJARAN PAHALANYA AMAT BESAR DAN AKAN MEMAYUNGI DIRI DI ALAM BARZAH HINGGA KE AKHIRAT KELAK....
SAMBIL ITU KITA NIKMATI KEINDAHAN ORKID-ORKID YANG DI SHARE DARIPADA bunga-anggerik.blogspot.com
SAMBIL ITU KITA NIKMATI KEINDAHAN ORKID-ORKID YANG DI SHARE DARIPADA bunga-anggerik.blogspot.com