Wednesday, 27 March 2013

HIDUP BERJASA MATI PUN BERJASA

Erti air mata seorang Lelaki berjiwa pejuang:

Seorang Pagawai polis berpangkat Inspektor yg merupakan rakan rapat kepada Inspektor Zulkifli yg terbunuh di Lahad Datu baru baru ini tidak dapat menahan sebak sewaktu bertemu dengan Balu Allah...See More
 — with Zie Musa and 40 others.
SIAPA TU? RAMAI INSAN YANG BEGITU. TERUTAMA PARA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK DAN MENURUNKAN PELBAGAI ILMU DUNIA DAN AKHIRAT YANG MEMANAFAATKAN SEMUA. DAN TENTULAH CIKGU-CIKGU KITA ITU AKAN MENERIMA DIVIDEN SAHAMNYA DARI DUNIA HINGGA KE AKHIRAT KELAK. ITU CERITA YANG UMUM SAJA. DAN RAMAI LAGI INSAN-INSAN BERJASA MENURUT KEPAKARAN MASING-MASING.

TAPI INSAN YANG SATU INI MEMANG SANGAT ISTIMEWA KERANA SETIAP MASA MERAIH PAHALA JUSTERU FILEM-FILEMNYA, LAGU-LAGUNYA SENTIASA MENENANGKAN, MENYENANGKAN, MENGHIBUR DUKALARA MELAMPAUI ZAMANNYA.

SIAPA YANG DIPERKATAKAN TU? SIAPA LAGI KALAU BUKAN TAN SRI P.RAMLEE.
AGAKNYA SIAPA YANG BERANI MENAFIKAN SUMBANGAN KARYA BESARNYA MESKI RAMAI YANG TURUT TERLIBAT MEMBANTU DENGAN IDE-IDE YANG BERNAS.

SIAPA YANG AKAN MENYANGKA ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE JUGA BERPERANAN PENTING DALAM KESELAMATAN NEGARA TERCINTA MESKI TELAH ARWAH SEKIAN LAMA. TENTU KITA MASIH INGAT BAGAIMANA LAGU P.RAMLEE YANG MENJADI KESUKAAN PENGGANAS AL-MAUNAH MAMPU MELEMAHKAN JIWA TEGARNYA SEHINGGA MUDAH DITUMBANGKAN PEGAWAI TENTERA APABILA LAGUNYA DIMAINKAN.

HATIKU PULA TERSENTUH AMAT MELIHAT WATAK COMBI YANG MENANGISI KEMATIAN SUAMINYA SEORANG PRAJURIT YANG TEWAS DI MEDAN PERANG DALAM FILEM IBU MERTUAKU,. TENTULAH TERIMBAU  KITA AKAN KESEDIHAN YANG TERAMAT SANGAT YANG DIRASAI BALU-BALU ANAK-ANAK YANG KEHILANGAN SUAMI TERCINTA DI PERBATASAN NEGARA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR DARIPADA PENCEROBOHAN WARGA ASING YANG MENGGANAS DI LAHAD DATU...

JIKALAU KITA TIDAK MAMPU BERJASA SEPERTI MEREKA ALANGKAH BAIKNYA KITA MENGIRIMKAN DOA AGAR ALLAH MEMELIHARA KESELAMATAN MEREKA DAN PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN AGAR PASUKAN KESELAMATAN KITA BERJIWA TENANG MENGHADAPI RANJAU PERJUANGAN SEHINGGA ADA YANG TERGADAI NYAWA...INNALILLAH...AL FATIHAH...

Tuesday, 26 March 2013


Mungkin aku harus pergi darimu
Untuk selamanya..
Kerna cintaku telah kau dustai
Tak sanggup aku
hadapi semua ini
Kerana aku tak biasa
tanpamu disisi
Aku juga tak biasa
bila tidak mendengar suaranu
Bayanganmu sering mengganggu
Tidurku
buat aku sering menangis
Maafkan aku kerana tidak bisa
Melupakanmu


oleh Kejora hati