Monday 25 May 2020

KEHIDUPAN INI

ASSALAMUALAIKUM

KEHIDUPAN INI

Allah Allah kami memohon diampun,
akan dosa kami yang banyak terhimpun.
Lafaz bismillah nazam mula berlagu,
suara hati bergema sayu tapi ragu.
Mencitra dugaan menjadi masalah,
fikiran terawang keliru menelah.
Hidup itu tidak berwarna pelangi,
sekadar berharap semuanya wangi.
Kepada Ilahi menggantung harapan,
hamba nan kerdil niatnya disimpan.
Semoga segala dugaan merintang,
mampu dihadapi apa saja terbentang.
Selalu berdoa ke hadzrat Allah,
menyerah segala timbunan masalah.
Selagi bernafas menghirup udara,
bersyukur kerana nikmat-Nya segera.
Walaupun dugaan menguji selalu,
santunan kesabaran bak air lalu.
Karangan nazamku sekian sahaja,
maafkanlah kesalahan tidak sengaja.
Allah Allah kami memohon diampun,
akan dosa kami yang banyak terhimpun.

PARIDAH ISHAK
DMS
26/5020

4 comments:

  1. Amin. Salam Aidilfitri kak PI

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita semua dan sentiasa merahmati kehidupan kita dunia dan akhirat.. aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist