Saturday 21 March 2020

NOVEL KELARAI IMPIAN...

ASSALAMUALAIKUM

KELARAI IMPIAN

Tiada yang paling membahagiakan  dalam hidup selain dapat mencapai impian yang diingini sejak kecil. Walau bagaimaapun bukan semua orang mampu mencapai impian yang diidamkan dengan mudah.  Ada yang menggapainya dengan jerih perih dan berendam air mata. Setiap cabaran dan dugaan yang menghalang ditempuh dengan keringat yang tidak sedikit. Inilah kisah yang melatari  novel KELARAI IMPIAN. Aisyah seorang gadis yang bercita-cita tinggi, mahu melanjutkan pengajian sehingga peringkat tertinggi walau serba kekurangan. Kesedaran betapa pentingnya pendidikan menjadi tunjang utama Aisyah menganyam impiannya. Kemiskinan menghalang Aisyah dan dia dibanti Salina dan Zahari, juga Faizal, jejaka yang menawan hati Aisyah. Mereka berpusah antara beua pabila Faizal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tanpa diduga keluarganya menerima pinangan Syamsi. Aisyah terluka tapi tidak tergamak melukakan hati ibu bapanya. Dia menerima dengan syarat dia mahu melanjutkan pelajarannya. Kemudian satu persatu peristiwa berlaku dalam hidupnya begitu merobek hai Aisyah. Faizal pergi meninggalkannya tanpa pesan. Syamsi pula menderita sakit tak diduga. Hanya tinggal Salia dan Zahari yang tetap setia menyokong  Aisyah. Mampukah gadis ini menganyam kelarai impiannya dengan sempurna atau itu cuma mimpi indah yang menghiasi tidurnya!

- CATATAN EDITOR KELARAI IMPIAN DBP....

TARAA...NOVEL KELARAI IMPIAN KARYA PI SUDAH DITERBITKAN DBP...ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA-NYA..
TERIMA KASIH BANYAK EDITOR PEYELENGGARA NOVEL INI KERANA BERSUSAH PAYAH MENGHASILKAN TERBITAN YANG SEMPURNA...COVER LUAR AMAT CANTIK REKA LETAKNYA...
JOM PAKAT BELI DI KEDAI DBP.....SOKONGLAH USAHA PI MENULIS....WALAU SEKADAR PENULIS BILIS SAJA PUN...

ALHAMDULILLAH PENGHARGAAN SIFU TABIR ALAM
TERIMA KASIH SIFU


 

6 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah kak PI..mmg cover cantik dan amat sesuai dgn judul. Mudah2an memberi nilai tambah yg baik buat kehidupan insan.. aamiin :)

    ReplyDelete
  2. AMIIN TKSH DIK KK..GARAPA ILHAM MINDA MOGA BERMANFAAT

    ReplyDelete
  3. TKSH AJ CUBALAH BACA NOVEL KAK YANG PERTAMA N MUNGKIN YG TERAKHIR JUGA

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan Paridah Ishak, saya Hafizan Aliff, pelajar dari Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk pengetahuan Puan, saya sedang membuat kajian novel hasil penulisan Puan iaitu Kelarai Impian. Mohon keizinan dari Puan untuk saya membuat kajian ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam subhanallah tksh nanda Hafizan terharu bonda moga Allah permudahkan usaha nanda mengkajinya amiin

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist