Friday 28 February 2020

PERKONGSIAN ILMU: BAHAGIAN AKHIR SURAH 36: YASIIN. Ayat: 77 - 83

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



PERKONGSIAN ILMU: BAHAGIAN AKHIR SURAH 36: YASIIN. Ayat: 77 - 83
"Ayat 77: Merupakan DALIL AQLI. Untuk kita melihat dan berfikir kebesaran Allah SWT." Aku menyambung tafsir.
"Allah SWT mengetahui apa yamg ada dalam hati manusia kerana DIA yang mencipta manusia. Bagaimana kejadian manusia?" Aku melontar tanya.
"Daripada sperma..." Jawab Azya.
"Ya... Allah jadikan manusia daripada sperma dalam air mani yang hina. Kemudian mereka menjadi penentang, syirik kepada Allah."
"Ayat 78: Penentang2 Nabi Muhammad saw bertanya; Siapa yang hidupkan tulang2 yang telah hancur? Baginda diam tak jawab."
"Ada Musyrikin Mekah yang mempersendakan Nabi Muhammad saw dengan beri tulang2. Minta baginda hidupkan semula tulang2 tersebut."
"Dalam ayat 79: Allah SWT suruh Rasulullah saw jawab begini; Pencipta tulang2 itu yang akan hidupkan kembali tulang2 itu."
"Cuba lihat kanak2 tulangnya kecil. Kemudian tulang2 itu membesar. Kanak2 jadi remaja, dewasa, tua dan mati. Jadi mudah bagi Allah hidupkan semula, manusia yang telah mati."
Anak2 dan menantu2ku mengangguk2 tanda faham. Aku menyambung tafsir.
"Ayat 80: Allah SWT membuat perbandingan, pokok2 yang telah mati, layu dan kering boleh mengeluarkan api. Contoh mancis."
"Petroleum yang jadi bahan api, asalnya pokok2 dan tumbuhan yang telah mati." Anum bersuara.
"Petroleum dari dasar laut macam mana?" Amiru bertanya.
"Berasal daripada hidupan dalam laut yang telah mati. Seperti kulit2 kerang, lokan, siput dan lain2." Aku cuba memberi penjelasan dan menyambung tafsir.
"Ayat 81: Allah SWT tunjuk DALIL AQLI yang besar iaitu langit dan bumi."
"Bagi Allah SWT, matikan dan hidupkan manusia lebih mudah, daripda penciptaan Langit tujuh lapis dan bumi tujuh lapis."
"Ayat 82: Allah Yang Maha Berkuasa hanya sebut 'KUN FAYA KUN' . Maka JADILAH perkara yang DIA kehendaki."
"Indahnya Bahasa Arab, bahasa Al Quran sebut KUN ringkas jer, maknanya JADILAH. Budak2 umur setahun lebihpun boleh sebut KUN bukan?"
"Yaa..." Serentak mereka menjawab.
"Ayat 83: Keseluruhan surah Yasiin., Allah SWT simpulkan dalam ayat ini. Kita diminta bertasbih dan memuji Allah atas kehebatanNYA dan -kemurahan NYA kepada kita."
"Semua kerajaan di dalam genggaman Allah SWT. Samada makhluk taat atau tidak, semua pasti kembali kepada-NYA."
"Mama.. Bertasbih sebelum tidur, yang Nabi ajar begini kan; Subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 34 kali." Kata Afya.
"Ya betul. Hadis sohih. Rasulullah saw mengajar tasbih tersebut kepada anakanda baginda, Fatimah. Amalan ini supaya kita bangun pagi, sihat dan bertenaga."
Anak2 dan menantu2ku mencatat dalam buku nota masing2.
"Bertasbih juga membawa maksud mengerjakan ibadat2 seperti solat, baca Quran dan lain2. Ibadat yang diajar dalam Quran dan Sunnah.Jangan buat ibadat yang Nabi tidak buat."
Selesai majlis ilmu, kami solat Isyak berjemaah. Zainudin suami Azya, mengalunkan azan dan iqamah. Ammar menjadi imam.

Thursday 27 February 2020

nCOV-2019

ASSALAMUALAIKUM

pic radio klasik (c)

SONIAN nCoV - 2019
#1
Kalut gempar bimbang
virus Corona
ganas serang
musibah
#2
Ambil langkah cegah
dunia peka
sekat punca
masalah
#3
Bersikap positif
usaha rawat
tanpa jemu
berhasil
#4
Allah uji hamba
mengukuh takwa
takbur sombong
istidraj

Wednesday 26 February 2020

INDAHNYA SEMPORNA..

ASSALAMUALAIKUM

CANTIK SEKALI SEMPORNA SABAH...SEMUA PIC HANTARAN SAHABAT PI PENULIS BAYU PAGI PEGAWAI POLIS ASAL SEMPORNA KINI MENETAP DI SEGAMAT JOHOR.


PIC PENULIS BAYU PAGI (C)





Tuesday 25 February 2020

ADILA KE 4 @ RADIO KLASIK

ASSALAMULAIKUM

Alhamdulillah ADILA D'KLASIK 5.15 ptg Isnin 24 Feb 2020 penerbit Eira Syahira menyiarkan karya PI....terima kasih banyak atas kesudian dj membacanya...terima kasih banyak dj Puan Anisma Klasik justeru sudi memilih karya PI yang seadanya... didoakan kerabat Radio Klasik dan kita semua dirahmati Allah sihat nyaman sejatera dan saling menggembirakan
ADILA ini karya keempat PI melepasi saringan.

Pantun D’Klasik
Berpesan-pesan

Ayam serama ramai berminat,
diberi makan tidak segala;
Rejab menjelma puasa sunat,
rajin amalkan besar pahala.

Roti sebuku dibelah-belah,
mengait pinang di kala petang;
apa berlaku kehendak Allah,


bawa bertenang berfikir matang.


PIC RADIO KLASIK (C)

Monday 24 February 2020

KERJA HAJI

ASSALAMUALAIKUM

RAMAI MUSLIMIN MUSLIMAT TELAH MENERIMA SURAT PEMBERITAHUAN DARIPADA TABUNG HAJI MENYATAKAN PERMOHONAN UNTUK MENGERJAKAN HAJI TELAH DILULUSKAN.....ALHAMDULILLAH SYUKUR SANGAT...TERHARU...TERKEDU KATA...BERGENANG AIR MATA SEDU....ALLAH MENYERU HAMBA YANG DIKASIHI MENEMUINYA PENUH TAWADUK...RAMAI YANG MASIH MENANTI GILIRAN MENGERJAKAN HAJI DI TANAH SUCI TAPI HAJAT YANG LAMA DISIMPAN BELUM TERTUNAI....WAJIB HAJI CUMA SEKALI BERUSAHA DIPENUHI DENGAN MENEMPUH PELBAGAI RINTANGAN... SANGGUP BERKORBAN APA SAJA....JIKA SUDAH TERSENARAI SEBAGAI SEORANG JEMAAH AMATLAH BERTUAH ....RUGI SANGAT JIKA MENOLAK...RAHMAT ALLAH TERSEMBUNYI HIKMAHNYA...

TERMENUNG LAMA....MERENUNG JAUH

Saturday 22 February 2020

PUSAKA

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

DATO RADZUAN PALING HUJUNG 


Jika seorang suami meninggal dunia dan ada isteri serta anak lelaki ... yang berhak ke atas harta pusaka si mati ialah isteri, anak dan ibu bapa si mati. Adik beradik si mati tidak berhak. Jadi, jangan pandai-pandai nak mengawal selia harta benda si mati. Biarkanlah waris-waris yang berhak sahaja menguruskannya. Lagipun dalam harta itu, isteri arwah boleh mohon harta sepencarian dulu di Mahkamah. Selepas pembahagian harta sepencarian dan selepas ditolak hutang piutang, barulah boleh dibahagi harta pusaka. Abang-abang, adik- adik dan kakak-kakak si mati sila ke tepI.

DATO RADZUAN IBRAHIM - PEGUAM

Friday 21 February 2020

COVID-19

ASSALAMUALAIKUM

NOVEL CORONA VIRUS
N-egara dunia gempar dan kalut
O-lahan Novel corona virus
V-ia-berita tular menggugat
E-nggan percaya tetapi nyata
L-ambat dan cepat bimbang hadirnya
C-uba ditangkis pelbagai cara
O-rang mengambil langkah berlindung
R-isau di hati tidak terkira
O-ngkos ubatan tinggi jumlahnya
N-asib perhitung tawakal berpasrah
A-gar Allah hindari wabak musibah
V-as kesihatan dijaga cantik
I-nginkannya segar lestari
R-upa dipandang sihat berseri
U-ntuk bergiat seiring hayat
S-elamat hidup dunia akhirat

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Thursday 20 February 2020

PANTUN BERPESAN-PESAN

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi Malaysia! Terus dengar #sajianklasik bersama-sama @amelin_idrus 0600-1000 pagi. Menarik dalam Sajian Klasik...ada..Motivasi D’Klasik, Apa Yang Tular, Info Pagi, Cubit-Cubit Manja, Pantun D’Klasik, Gapura Bahasa, Jalan-Jalan Malaysia, Sembang Seni & Tahukah Saudara

PANTUN RADIO KLASIK
PANTUN D’KLASIK
Jom pantun berpesan-pesan antara kita....


  PIC RADIO KLASIK (C)

TERIMA KASIH DJ AMELIN SUDI BACAKAN PANTUN KAK PI

Di atas tangga leka berperi,
Letih bersandar alih sedikit;
Tiasa jaga kebersihan diri,
Agar terhindar virus penyakit.

Mengayuh beca sambil mengaji,
Tali disimpul ikan temenung;
Usah mencerca mengata keji,
Hanya mengumpul dosa menggunung.

Wednesday 19 February 2020

SANAH HELWAH

ASSALAMUALAIKUM

MAJLIS SANAH HELWAH

ANAK-ANAK  SAUDARA PI MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BUNDA KESAYANGAN MEREKA BARU-BARU INI ALHAMDULILLAH.....CUMA MAJLIS KECIL BERSAMA KELUARGA NAMUN MERIAH DAN MENGGEMBIRAKAN SEMUA YANG HADIR...TERMASUK PI BERSAMA ANAK CUCU..

SANAH HELWAH ADINDA FAZILAH MOGA SIHAT SEJAHTERA PANJANG USIA DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DAN BAHGIA DUNIA AKHIRAT




Tuesday 18 February 2020

TAFSIR SURAH YASIN 55-60 dan 62-7 0

ASSALAMUALAIKUM
PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. AYAT: 62 - 70.


"Ayat 62: Allah SWT memberi tahu, syaitan menyesatkan sebahagian besar manusia melalui bisikan2." Aku menyambung tafsir.
"Allah telah beri peringatan, tetapi manusia degil, tidak mahu berfikir. Dalam 1,000 orang manusia hanya seorang sahaja yang masuk syurga. 999 orang lagi masuk neraka."
Berkerut dahi anak2 dan menantu2ku.
"Semoga kita termasuk seorang yang masuk syurga daripada 1,000 orang itu." Amiru berdoa. Kami mengaminkan doanya.
"Ayat 63 hingga 65: HUKUMAN ORANG2 YANG INGKAR."
"Ayat 63: Ditunjukkan kepada orang2 yang berdosa - keadaan neraka jahanam. Sewaktu di dunia dahulu telah diberi peringatan kepada mereka."
"Ayat 64: Mereka dicampakkan ke dalam neraka. Dibakar dalam api neraka yang sangat panas."
"Ya Allah, takutnya..." Kak Nah, kakak iparku bersuara.
Kak Nah, sering datang ke rumahku setiap malam Jumaat. Untuk sama2 menyertai majlis ilmu ini. Dia akan bermalam di rumah kami.
"Ayat 65: Para pendosa ini tidak mengakui perbuatan jahat mereka. Maka Allah SWT kunci mulut2 mereka. Anggota2 badan mereka yang bercakap, menjadi saksi dosa2 yang mereka lakukan."
"Contohnya, kaki mereka bercakap, memberitahu pergi ke tempat maksiat. Tangan membenarkan kata2 kaki."
"Mata, telinga dan kulit2 para pendosa semuanya boleh bercakap. Memberitahu dosa2 yang dilakukan oleh tuan mereka."
Melihat mereka diam, aku menyambung tafsir.
"Ayat 66 hingga 68: ANCAMAN DUNIA."
"Ayat 66: Jika Allah SWT kehendaki, dibutakan mata hati orang2 yang degil. Mereka tidak dapat melihat petunjuk dan hidayah, jalan yang benar."
"Ayat 67: Jika Allah SWT kehendaki, DIA boleh ubah fizikal manusia yang degil. Sebagaimana pada zaman Nabi Daud as, manusia menjadi kera."
"Sebab apa Ma?" Tanya Anum.
"Allah SWT melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka membuat tipu helah, dengan memasang pukat pada hari Jumaat."
"Pada hari Sabtu, banyak ikan masuk ke dalam pukat tersebut. Kemudian mereka angkat pukat dan ambil ikan2 itu pada hari Ahad."
"Mereka beranggap dapat tipu Allah! Lalu Allah, tunjukkan kekuasaan-NYA tukar mereka menjadi kera."
"Ada lagi ke keturunan kera tu, Ma?" Azya pula yang bertanya.
"Tak ada." Jawabku.
"Kera2 itu hanya hidup tiga hari sahaja."
"Ayat 68 pula: Jika Allah kehendaki, manusia yang hidup umur panjang akan kembali seperti kanak2."
"Orang2 tua kena pakai pampers, makan minum disuap. Ada yang pelupa (nyanyuk), macam budak2 balik. Betul tak?" Aku melontar tanya.
"Betul..." Afya menjawab. Yang lain hanya mengangguk.
"Ayat 68: Allah SWT, menafikan tuduhan2 Musyrikin Mekah bahawa Nabi Muhammad saw bersyair."
"Allah SWT menegaskan ayat2 al Quran bukan syair, bukan rekaan Nabi. Ia adalah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah, melalui malaikat Jibril."
"Menyeru manusia mentauhidkan Allah. Sembah dan minta tolong hanya kepada Allah sahaja."
"Ayat 70: Tugas Nabi Muhammad saw mentablighkan wahyu kepada manusia. Hidayah itu milik Allah kepada sesiapa yang DIA kehendaki."
"Baginda memberi tahu peringatan daripada Allah SWT, sesiapa yang syirik akan diazab."
Majlis ilmu diakhiri dengan tasbih Kaffarah.
Zainuddin, suami Azya melaungkan azan dan qamat. Solat Isyak keluarga besar kami, pada malam itu diimami oleh Amiru, anak kelimaku.
PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 55 - 60
"Amiru pimpin bacaan." Aku mengarahkan Amiru.
"Baik Ma...."
Selesai Amiru memimpin bacaan Yasiin keluarga kami. Aku memulakan tafsir.
"Ayat 55: BERITA GEMBIRA. Nikmat dalam syurga kepada orang2 yang Allah SWT beri hidayah. Sewaktu di dunia, mereka tinggalkan keseronokan, maka Allah SWT akan balas di syurga. Keseronokan seperti pergi bercuti selama2nya."
"Ayat 56: Ahli2 syurga bersama pasangan masing2. Jika suami beramal soleh, isteripun beramal soleh mereka sama2 di syurga. Duduk2 , berehat di singgahsana."
"Kalau salah seorang sahaja masuk syurga, macam mana?" Tanya Azya.
"Allah SWT beri pasangan yang lebih baik, di syurga."
"Begitu juga yang tidak berkahwin ketika di dunia. Jika beramal soleh, Allah SWT beri pasangannya di syurga."
"Setiap pasangan bersama merasai nikmat cinta, kasih sayang dan seks."
"Ayat 57 pula: Penghuni2 syurga juga boleh makan buah2an yang diinginkan tanpa ikut musim."
"Minta strawberi boleh?" Azya bertanya lagi.
"Boleh jer Azi...!" Norhajar isteri Amiru yang sedang meriba kembar, tolong memberi jawapan.
"Hi..hi..ya boleh, ikut keinginan. Terus dapat petik buah2an itu. Suasana nyaman dan aman diteduhi pohon2 yang besar."
"Ayat 58: Ahli2 syurga mendapat nikmat yang paling besar. Iaitu Allah SWT mengucapkan salam kepada mereka. Selamat sejahtera... Selamat sejahtera..."
"Penghuni2 syurga mendongak ke atas. Kagum melihat wajah Allah yang tidak dapat digambarkan indahnya."
"Boleh lihat Allah?" Afya pula melontar tanya.
Aku segera menjawab; "Dalam sebuah hadis sohih. Aisyah, isteri Nabi bertanya; Ya Rasulullah... Manusia begitu ramai daripada zaman Nabi Adam hingga kiamat. Bolehkah semua dapat lihat wajah Allah SWT?"
"Nabi jawab; Boleh.
Seperti kita lihat bulan. Seluruh dunia dapat lihat."
"Semoga kita semua dapat nikmat terbesar ini..."
"Aamiin...." Anak2 dan menantu2 mengaminkan doaku. Doa dalam majlis ilmu, Allah SWT makbulkan. Insya Aallah.
"Wajah Allah macam bulan ke?" Tanya Anum.
"Anak2ku...wajah Allah SWT, bukan seperti bulan. Sebagai anologi atau bandingan sahaja.
Semua ahli syurga dapat lihat wajah Allah tanpa perlu berebut2... Seperti kita melihat bulan." Aku menjelaskan.
"Berdoalah supaya kita semua masuk Firdaus dan dapat lihat wajah Allah SWT."
"Ayat 59: MERUPAKAN ANCAMAN AKHIRAT: Orang2 yang sebenar2 mukmin dipisahkan daripada orang2 yang berdosa."
"Ayat 60: Allah SWT tidak zalim. DIA telah beri peringatan dalam al Quran ini. Disampaikan kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril."
"Perintah Allah SWT. Jangan ikut bisikan2 syaitan. Jangan buat amalan2 yang bercanggah dengan Quran dan Sunnah."
"Ayat 61: Allah SWT juga telah memberi peringatan supaya mentauhidkan DIA sahaja. Sembah hanya Allah. Minta tolong hanya kepada Allah sahaja."
Give Feedback



MyBloglist