Thursday 2 January 2020

PUTRAJAYA

ASSALAMUALAIKUM


AKROSTIK
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
OLEH
PARIDAH ISHAK

Wawasan pimpinan utama nusa tercinta
Iltizam  perubahan selari masa
Lembah dibangun mercu jati diri bangsa
Anggar segala semampu daya
Yakin percaya mampu laksana
Allah restui hajat dimakbulkan-Nya
Hamparan lanskap lengkap pasarana

Prang Besar nama warisannya
Empunya kerajaan negeri Selangor asalnya
Ramai bertumpu dibangun pesat
Saling berkarya bersyukur  nikmat
Enggan kompromi perkara mungkar
Khasad insaniah menerap iman
Unggun nyalaan murni kasih
Tandanya warga yang istiqomah
Unsur  perlu demi jaya bersama
Ambil gaulkan kebaikan sebenar
Negara sentosa aman makmur

Pesona menyerlah wajah bandar raya
Umpama taman indera buana
Tunku Abd Rahman Putera PM pertama
Ringkasan nama ambil sempena
Amat dibangga pemimpin wibawa
Jayakan impi makna merdeka
Alangkah indah kemenjadian-Nya
Yang tersurat untuk hamba-Nya
Amiin syukur kepada-Mu  Allahurobbi.

PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol Pahang DM
11/11/019

12 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist