Saturday 11 January 2020

PERBIDALAN...

ASSALAMUALAIKUM


Lama bersimpuh membongkok perih,
diselar malu silu terbelit,
haru terkujat duduk di anjung;
umpama tumbuh si pokok sirih,
menjalar dulu lalu melilit,
baru memanjat ke pucuk junjung.

Merantii  merbau zahir terhimpit ,
sela senduduk mengalah lejang,
langkan dan pandan merendah sasar;
seperti kerbau leher tersepit,
dihela tanduk sudahlah panjang,
lalukan badan sudah membesar.

Ruwat mengetam merana pipit,
ruwat mengurung lana merayap,
ruwat terangkan di mana handai;
kuat ketam kerana sepit,
kuat burung kerana sayap,
kuat ikan kerana radai.

Nenas sepohon lenjan di guri,
reputlah tanjung hatinya galau;
panas setahun hujan sehari,
liput lah tanjung dengannya pulau.


Sarat sebaris pajang di teluk,
ratna Sembawa merona geluk;
ibarat keris panjang berkelok,
ke mana bawa ke mana elok.


Mengukur merbau lara dan bimbang,
memandang rakan mana hilangnya;
seekor kerbau gara berkubang,
sekandang akan kena loloknya

8 comments:

  1. waalaikumussalam. Allahu sangat bagus perkongsian ni. sebelum ni tak penah amek kisah sangat pasal perbidalan

    ReplyDelete
  2. TKSH UMI AZRAH PERBIDALAN LAMA BERKIAS MAKSUDNYA

    ReplyDelete
  3. Ada perkataan yg saya tak jelas dan faham

    ReplyDelete
  4. TKSH KHAM BM KLASIK BANYAK YG KITA XTAHU

    ReplyDelete
  5. Mendalam maksud ni dan bahasanya pun tinggi... subhanallah.

    ReplyDelete
  6. Banyak perkataan baru yang PC dapat bila setiap kali Kak PI berkongsi sesuatu.Alhamdulillah.Terima kasih kak PI.

    ReplyDelete
  7. TKSH DIK KK BAHASA MELAYU KITA KLASIK DAN INDAH MELUAS RANGKUMNYA

    ReplyDelete
  8. TKSH PC KALAU NK FAHAM KENA SEMAK KAMUS DBP HEH..HEH..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist