Friday 23 August 2019

SAMBAL TOTOK..

ASSALAMUALAIKUM

pic google (c)

CORETAN PAK ENGKU
Dari Dapur Selera Pak Engku
Aku ni memang orang kampung totok. Selera makan pun ikut selera orang kampung. Satu tabiat aku kalau aku teringin nak makan sesuatu, masakan kampung, aku suka buat sendiri. Aku tak mahu orang lain buat. Orang lain buat memang tak sama rasanya. Aku masak ikut stail arwah emak aku. Aku belajar masak ngan emak aku waktu aku bujang dulu.
Minggu lepas aku teringin nak mkan sambal gesek. Atau ada orang kampung aku panggil sambal jolok. Mudah je nak buatnya. Ambil 15 ke 20 biji cili, segenggam ikan bilis jenis yang lembut. Yang dah siap berkopek. Harga mahal sikit tak apa. Limau kasturi 7 ke 8 biji. Basuh cili api, ikan bilis dan limau bersih-bersih. Tumbuk cili api lumat-lumat. Kemudian masukkan ikan bilis. Terus tumbuk hingga cili api dan ikan bilis biar jadi sebati. Tak perlu dilumatkan ikan bilis tu. Lepas tu perah asam limau kasturi. Kemudian masukkan air asam limau kesturi tadi ke dalam sambal yg telah bercampur dengan ikan bilis tadi. Gaulkan. Dah siap.
Hari ini pula aku teringin nak makan anyang. Anyang tauge. Ini juga makanan kegemaran aku sejak kecil. Kalau kat kampung dulu-dulu selain anyang tauge emak juga selalu buatkan anyang pucuk paku. Nak buat anyang ni sama ada anyang tauge atau anyang pucuk paku memang mudah. Macam aku buat anyang tauge tengah hari tadi le.
Bahannya: Tauge, limau kesturi, udang kering, kerisik, lada hitam, bunga kantan, bawang kecil dan sedikit cili api. Aku tak tahu berapa banyak taugenya. Tadi aku beli tauge RM 1.50. Limau kesturi 10 biji, udang kering 2 sudu besar, kerisik satu senduk kecik atau lebih sedikit tak apa. Sedap. Lada hitam 15 ke 20 butir. Kalau malas nak tumbuk untuk hancurkan beli saja serbuk lada hitam. Beres. Bunga kantan sekuntum. Cili api 5 – 6 biji. Bawang kecil 5 – 6 ulas. Sedikit garam halus.
Cara membuatnya:
1. Basuh tauge dan celur dalam air panas. Sebaik layu angkat dan tuskan airnya. Kemudian letakkan dalam pinggan atau mangkuk yang sesuai.
2. Goreng setengah biji kelapa parut hingga garing. Kemudian tumbuk atau di’blender’ untuk jadikan kerisik.
3. Basuh udang kering kemudian tumbuk hingga lumat. Asingkan.
4. Basuh lada hitam dan tumbuk hingga lumat. Asingkan. Kalau malas gunakan saja serbuk lada hitam yang telah siap yang ada dujual di kedai.
5. Basuh limau kesturi dan perah airnya. Asingkan dalam bekas. Ambil 3-4 biji kulit limau kesturi yang telah diperah airnya tadi dan dimayang halus. Asingkan.
6. Bawang kecil dimayang halus.
7. Basuh bunga kantan kemudian dimayang halus. Asingkan.
8. Tumbuk cili api hingga lumat dan asingkan.
9. Semua bahan-bahan yang ditumbuk dan dimayang serta kerisik digaulkan biar serata. Kemudian masukkan air perahan limau kesturi.
10. Akhir sekali bubuh garam seukupnya dan gaul sama rata.
Dah siap untuk dimakan.
Selain dimakan bersama nasi, anyang ini juga sedap dimakan dengan pisang goreng utk minum petang. Kena pula dengan segelas kopi o kaw. Perghhhh.. terangkat. Cubalah siapa yang nak cuba dan tak pernah memakannya. Inilah makan kegemaran aku yang aku makan tengah hari tadi dan disambung pula makan malam baru sebentar tadi.
Untuk masakan tengah hari esok ialah Ikan Baung Masak Lomak Cili Api. Masakan orang Nogoghi Semilan. Siapa yang berminat tunggukan resepinya esok. Hehehe

12 comments:

  1. boleh dicuba nie..

    cara penyediaan juga tidak la sesukar mana

    ReplyDelete
  2. menarik... anyang tu kira sambal ye kak... tak pernah dgr lak nama masakan gitu... mcm menarik jgk kak

    ReplyDelete
  3. TKSH ANIES MASAKAN TRADISI NISMILAN SEDAP TU

    ReplyDelete
  4. TKSH TN HANAFI YA MUDAH SAJA SEDIAKANNYA CUBALAH

    ReplyDelete
  5. TKSH DANA ANYANG MACAM KERABU KOT

    ReplyDelete
  6. sedap nih, mkn dgn nasi panas2..kerabu makan dgn goreng pisang, belum pernah buat lagi..

    ReplyDelete
  7. Bertambah2 nasi kalau makan dengan sambal totok ni

    ReplyDelete
  8. TKSH NOHAS SELERA ORANG LAMA MUDAH SAJA TAPI SEDAP

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist