Tuesday 23 July 2019

SIFAT 20...

ASSALAMUALAIKUM

PUISI SIFAT 20
OLEH LATTY LATISSA

PANTUN SIFAT 20

1. WUJUD
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

2. QIDAM
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

3. BAQA
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

5. QIAMUHU BI NAFSIHI
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

6. WAHDANIYYAH
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

7. QUDRAT
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

8. IRADAT
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

9. ILMU
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

10. HAYAT
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

11. SAMA'
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

12. BASYOR
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

13. KALAM
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya juaj
Baik buruk pasti dihitungNya.

20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...

Aminnn
Yahti Hayati

15 comments:

  1. kecik2 duk nyanyi lagu sifat 20 nih.. bila baca ja kat sini, automatik teralun alunan lagu sifat 20 itu kak

    ReplyDelete
  2. terus teringat nasyid raihan

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH PC ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  4. TKSH AZUE YA MASA KECIL LAGI KITA DH HAFAL SIFAT 20 NI

    ReplyDelete
  5. TKSH ANIES YA LAGU RAIHAN TENTANG SIFAT 20 MENDAYU JE

    ReplyDelete
  6. Kat sekolah agama dulu, selagi tak hafal duduk kat luar

    ReplyDelete
  7. AZUE KENAPA KAK XBOLEH DROP KOMEN KAT BLOG AZUE ASYIK NOT FOUND JE...MUSYKIL JUGA

    ReplyDelete
  8. Allahu dah lama tak baca nih!
    Dulu rajin je baca sambil nyanyi

    ReplyDelete
  9. ku ingin memahmi rahsia di dalam rahsia tapi ku kuatir ku tersalah pilih pedoman.. maka ku pegang pesan RAsulullah untkt terus berpegan pada qalamullah dan as sunnah.. salam kenal semoga sukses selalu

    ReplyDelete
  10. tksh mrsA ya kita sejak kecil diajar sifat 20 n mnghafalnya

    ReplyDelete
  11. TKSH ADI SAPUTRA BERPEGANGLAH DGN KALAM ALLAH N RASUL-NYA

    ReplyDelete
  12. Subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar.

    ReplyDelete
  13. lagu2 sifat Allah ni memang dari kecik dok nyanyi. now menurun kat anak2 buah pula.
    btw cantiknyaa bunga2 itu walaupun hanya bunga kertas <3

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist