بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Anda dipelawa menulis rencana untuk disiarkan dalam laman Klik Web DBP - http://klikweb.dbp.my
Butiran rencana adalah seperti yang berikut:
1. “Berita”
Tulisan  berkaitan aktiviti dan kegiatan bahasa, sastera, seni dan budaya. Panjang antara 900 hingga 1200 patah perkataan.
2. “Bicara”
Tulisan  berkaitan dengan cadangan untuk memperkukuh bahasa, sastera dan persuratan Melayu. Anda juga boleh mengutarakan isu semasa yang berkaitan dengannya. Panjang antara 900 hingga 1200 patah perkataan.
3. “Puji & Tegur”
Tulisan berkaitan dengan penyalahgunaan/pengabaian bahasa Melayu pada papan tanda, nama kedai, nama tempat atau paparan media. Panjang antara 500 hingga 600 patah perkataan. Sila lampirkan foto yang berkaitan.
4. “Buku”
Ulasan buku terbitan DBP. Panjang antara 800 hingga 1000 patah perkataan.
5. “Seni Budaya”
Rencana seni persembahan rakyat yang semakin terpinggir. Panjang antara 500 hingga 600 patah perkataan. Sila lampirkan foto yang berkaitan.
6. “Bakat”
Rencana tentang tokoh/penulis/sasterawan/budayawan yang mempunyai bakat dalam bidangnya,  latar belakangnya, dan kejayaannya. Lampirkan foto yang berkaitan.
Rencana hendaklah ditulis dalam format Microsoft Word, menggunakan font Arial, saiz 12 point dan langkau 2 baris, manakala foto dalam format *.jpeg. Hanya rencana yang dihantar melalui e-mel akan dipertimbangkan.
Setiap rencana yang terpilih untuk disiarkan tertakluk pada dasar penerbitan DBP. Rencana yang terpilih juga akan dibayar honorarium mengikut kadar bayaran DBP.
Sila sertakan butiran berikut dalam setiap rencana yang dikirim:
1. Nama penuh mengikut kad pengenalan.
2. Alamat surat-menyurat.
3. Nombor kad pengenalan.
4. Nombor akaun bank.
Rencana yang tidak disertakan dengan butiran yang disebut di atas tidak akan dipertimbangkan untuk penyiaran.
Hantarkan e-mel anda kepada  hassan@dbp.gov.my atau hassan5947@gmail.com
Selamat menulis!


14 comments - "PELUANG MENULIS LAMAN KLIK WEB DBP..."

Warisan Petani delete icon 2 March 2019 at 22:44

Peluang bagi yang berkemahiran menulis untuk mengasah bakat

paridah delete icon 3 March 2019 at 12:33

TKSH WP KALAU TERASA BERBAKAT ELOKLAH MENCUBA...KALAU TAK CUBA TAK TAU HASILNYA

Abe nick delete icon 3 March 2019 at 14:09

knp macam x leh bukak laman web dbp tu ?

paridah delete icon 4 March 2019 at 07:55

TKSH ABE NICK MNGKIN MASALAHLINE KOT

dear anies delete icon 4 March 2019 at 09:28

nak cuba nasib jugalah

paridah delete icon 4 March 2019 at 10:35

TKSH ANIES CUBALAH PENULIS MCM ANIES DH BIASA MENULIS TIADA MSLH TU

Pha Is delete icon 4 March 2019 at 13:26

ada peluang macam ni..

Mrs. A delete icon 4 March 2019 at 14:34

Mrs. A takde bakat kot

sesiapa yg ada bakat, memang kena grab peluang ni. bagus sangat dah ni ^_^

paridah delete icon 4 March 2019 at 19:15

TKSH PHAIS CUBALAH

paridah delete icon 4 March 2019 at 19:16

TKSH MRSA..BLOGGER MMG BERBAKAT MENULIS SUKAR MEMPERTIKAINYA

paridah delete icon 4 March 2019 at 19:18

TKSH UMI NAZRAH MMG BENAR TU

ejulz delete icon 5 March 2019 at 12:30

peluang ni. Insyaallah cuba :)

paridah delete icon 5 March 2019 at 21:09

TKSH EJULTZ BAGUS TU CUBALAH

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”