Tuesday 12 March 2019

CERITA KUCING...

ASSALAMUALAIKUM

Syaizul Amal
yang bertajuk KUCING PALING.
.
CERPEN ini untuk bacaan pelajar sekolah berumur 12-15 tahun.
.
HADIAH RM200 UNTUK 5 PEMENANG
Ya, kita akan pilih 5 pemenang sahaja. Setiap pemenang akan menerima hadiah RM200.
.
PEMILIHAN PEMENANG
Pemilihan melalui pemarkahan oleh 3 juri profesional dan 10 pembaca sasaran yang berumur 12-15 tahun.
.
MENERBITKAN CERPEN YANG MENANG
.
Pihak penganjur berhak menerbitkan cerpen yang menang beserta nama penulisnya dalam apa jua bentuk penerbitan.
.
FORMAT CERPEN
Kita mahukan cerpen yang ditulis dalam 12 mukasurat word document langkau 2 baris dengan font TIMES NEW ROMAN.
.
JUDUL CERPEN
Judul cerpen mesti dimulai dengan perkataan Kucing Paling... kemudian tambahlah judul itu ikut kreativiti masing-masing. Contoh judul : KUCING PALING KUAT MAKAN.
.
KISAH KUCING
Cerpen mesti berkisar tentang kucing, cerita kelakar boleh, sedih boleh, marah-marah boleh, misteri pun boleh. Cerita mesti lengkap, habis dalam 12 mukasurat, tidak bersambung.
.
TIP DARI KAMI
Tolong jangan merendah-rendah pemikiran pembaca 12 tahun ini. Cerita skema dengan konflik mudah akan mendapat markah rendah. Ini bukan cerpen kanak-kanak. Ini cerpen untuk remaja.
.
TARIKH TUTUP
Ia bermula sekarang hingga 1 April 2019. Submit melalui emel kepada cerpen@blinkblink.my dengan maklumat nama, alamat dan nombor telefon.
.
MOHON SHARE
Tolong kongsikan pertandingan ini kepada rakan-rakan yang suka menulis. SHARE post ini atau copy paste ke grup Whatsapp.
.
TERIMA KASIH
Selamat menyahut cabaran menulis cerpen kucing ini.
.
Sebenarnya kami juga sedang melihat-lihat potensi pengambilan penulis baru untuk BLINK melalui penulis cerpen ini.

20 comments:

  1. menarik juga ni kan buat sesiapa yang minat dalam bidang penulisan ni, saya ni minat juga bidang penulisan ni tapi sekarang dah takde idea untuk menulis

    ReplyDelete
  2. kalau dana yg dh tua ni pun kak, nk bt cerpen sampai 12 mukasurat, mau nngis kak hahhaha
    dpt buat 2 mukasurat pun dh baik

    ReplyDelete
  3. Bila tarikh tamatnya dan terbuka kepada siapa?

    ReplyDelete
  4. yg suka menulis suka suka boleh cuba ni

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik..lagi-lagi berkisahkan kucing..

    ReplyDelete
  6. Mrs. A suka kucing, nak tulis cereka kisah kucing tak pandai heheehee...

    ReplyDelete
  7. boleh lah cuba ni kak. thanks kak kongsi

    ReplyDelete
  8. TKSH YAN KALAU MINAT MENULIS KENALH TULIS

    ReplyDelete
  9. TKSH DANA CBALAH TLS DANA...KALAU DH MULA SUSAH PULA NAK RENTI

    ReplyDelete
  10. TKSH EYNA..TUTUPNYA 1 APRL 019..TERBUKA KPD SESIAPA SAJA

    ReplyDelete
  11. TKSH ANIES TAK RUGI MENCUBA

    ReplyDelete
  12. TKSH PC KISAH KUCING RAMAI YANG SUKA BACA

    ReplyDelete
  13. TKSH MRSA KALAU SUKA KUCING SENANG NK TLS KISAH KUCING CUBALAH

    ReplyDelete
  14. Peluang bagi yang rajin berkarya untuk mengasah bakat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist