Saturday 16 March 2019

AMARAH ALAM

Assalamualaikum

                                         PIC GOOGLE IMAGE KREDIT






AMARAH ALAM

Kegelojohan yang melangkaui batas tersengaja tindak laku
Rakus   serakah nafsu menguasai mercu gemala kecil di ubun
Denyutannya tidak terasa,  lalu tega mencurah  kimia pelarut organic benzene toluene xylene ethylbenzennne d limonene   
Mencemari sungai Kim Kim dengan sisa toksik buangan
Maka bersatu udara tanah hujan menghukum kezaliman tidak tersanggah
Cedera alam sekitar deruan pawana   beracun memual rasa   menyesak dada
Anak-anak sekolah, warga dewasa yang kalah
Wad hospital tumpuan ribuan
merawat kesakitan termudah sekiranya  
Lebih awal dicegah  
duka pilu menyerbu
ampuni hamba-Mu
yang tidak berdaya lagi berdosa ini Ilahi Rabbi
api amarah alam ini mohon reda-Mu padamkanlah


PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
15/03/019                                            

6 comments:

  1. Semoga tidak berlarutan dan cepat reda seperti sediakala

    ReplyDelete
  2. TKSH WP YA BERSAMA KITA DOAKANNYA

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak PI atas ingatan, semoga kita sentiasa beringat alam juga ada perasaan

    ReplyDelete
  4. allahuakhbar. ujian sungguh buat penduduk Pasir Gudang.
    semoga mudah urusan mereka disana dan kembali reda seperti sedia kala..

    ReplyDelete
  5. betul tu kak, gelojoh tamak haloba yg menyusahkan org lain...

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan urusan mereka di sana..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist